Keupayaan HONDA CIVIC Telah TERBUKTI

Bella hendak tahu. Apa kereta idaman korang? Mesti macam - macam kan? Bella cadangkan, Korang lupakan saja semua kereta idaman koran...

honda terbaru, honda canggih,

Bella hendak tahu. Apa kereta idaman korang? Mesti macam - macam kan? Bella cadangkan, Korang lupakan saja semua kereta idaman korang. Lebih baik korang tumpukan pada HONDA CIVIC yang terbaru ini. Ia adalah HONDA CIVIC GENERASI KE-10 yang Menawarkan “NILAI SEGMEN D” PADA HARGA SEGMEN C”. Korang faham ke Apa maksud  “NILAI SEGMEN D” PADA HARGA SEGMEN C” ? Haaa Apa itu? Ia membawa maksud, Harga ditawarkan amat rendah berbanding apa yang diberikan. Spesifikasi yang sangat mantap. Harga bermula hanya dari RM113,800 dan Honda menyasarkan untuk menjual 1,200 unit sebulan. Bella rasa memang boleh terjuallah. Sesiapa yang sudah Mencuba dan menguji kereta ini mesti setuju.Bella sudah mengujinya dan Keupayaan HONDA CIVIC ini memang telah TERBUKTI.


HONDA CIVIC, HONDA BARU, KERETA BARU

Bella diminta untuk berkumpul di Loft Hotel KL Sentral untuk memilih kereta idaman hati dan kawan- kawan sepasukan untuk bergilir - gilir memcuba Honda Terbaru ini. Bella telah memilih untuk mencuba dan membawa Honda White Orchid Pearl 1.5TC-P yang sangat menawan dan menarik hati. Ia dilengkapi dengan 4Cylinder, 16Valve, DOHC VTEC TURBO. Mahunya tidak power?? Ditambah pula dengan Electronic Fuel injection (PGM-FI). Ia boleh mencapai maximum power 173(127) @ 5,500 dan maximum Torque 220(22.4 ) @ 1,700-5,500. Ia menggunakan Transmission jenis CVT (Continuous Variable Transmission) yang boleh membawa kepada kelajuaan maksimum 200km/jam. Memang power dan jauh perginya beb! Bella memang teruja. Masa Bella diberi masa untuk menguji kehebatan Honda Civic terbaru 2016 ini, Bukan sejam atau 2 jam. Tapi, 2 hari! Jadi Bella memamg boleh ceritakan kehebatan Kereta Honda Civic Terbaru ini dengan korang. Secara lengkap okeh??


Kami kumpulan yang menaiki kereta No.2. Bella dengan Farah berebut hendak membawa dulu. Tapi, Bella bagi jelah Farah bawa sebab Bella jarang bawa kereta ini. Pergi dan balik kerja, Suben yang bawa kereta. Tiba - tiba hendak bawa balik macam takut lak. Bella kalau boleh memang tidak perlu bawa pun tidak mengapa (macam lagu plak) . Tapi Program ini adalah untuk Bella menguji HONDA CIVIC baru ini dan ceritakan buat semua. Kalau Bella tidak memandu dan merasai sendiri Kereta HONDA CIVIC ini agak sukar bagi Bella untuk terangkan pada korang. Tujuan kami sekarang adalah untuk melihat bagaimana perkhidmatan servis untuk Honda dilakukan. Ini kerana, Honda Civic terbaru ini, Sangat istimewa berbanding Honda yang lain. Kami akan memandu ke KAH WAH MOTOR SELAYANG - SERVICE CENTRE TOUR.

kereta terbaik, Honda terbaik

Apabila kami sampai di pusat servis ini, Bella diberi penerangan mengenai bagaimana proses kereta di servis.Bella dah lihat betapa teraturnya proses servis Honda.Mula - mula kita akan ke kaunter pendaftaran dan digalakkan korang membuat temujanji terlebih dahulu. Kalau korang hendak main redah saja, Seram kalau penuh. Habis masa korang dengan menunggu sahaja. Apa yang Bella faham, minyak hitam akan ditukar dan diperiksa.  Tayar juga diperiksa menggunakan alat khas dari Honda. Memang canggih.

kereta canggih, honda


Pemeriksaan bateri kereta turut dilakukan. Siap keluar laporan pemeriksaan lagi. Laporan pemeriksaan ini, akan menunjukkan tahap keupayaan bateri dan tahap tenaga didalam bateri tersebut. Paling terbaik dan sepatutnya, kedua - dua keputusan itu perlu memberi keputusan 100%. Maknanya bateri kereta kita sihat.Proses servis ini juga mesti dilakukan mengikut jadual yang disediakan didalam buku servis HONDA yang turut disertakan semasa korang membeli kereta Honda ini.PENTING!! Untuk korang menghantar servis kereta mengikut jadual dan di pusat servis HONDA yang dilantik untuk memastikan WARANTY kereta korang tidak terjejas. 




Owh my god!!!! Sekarang sampailah masa Bella untuk membawa kumpulan Bella makan tengahari. Bermula dari KAH WAH MOTOR SELAYANG - SERVICE CENTRE TOUR ke Closer Cafe di Mutiara Damansara. Wahhh!! Berdebarnya tuhan saja yang tahu.Sejuk tangan Bella. Bella memulakan pemanduan dengan bacaan Bismillah dan menekan PEDAL BREAK seiring dengan menekan PUSH START BUTTON. Tanpa kunci ya. Diulangi, Keyless. Hebat bukan?? Terus kereta Honda Civic ini meluncur laju. Bella macam tekan tak tekan saja minyak. Sangat lancar. Jatuh cinta terus.





Terlalu asyik Bella memandu HONDA CIVIC baru ini, Sehingga tidak sedar yang Bella sampai ke destinasi. Perrghhh!! Asyik sungguh. Langsung tidak rasa gegaran. Lancar dan paling penting sangat selesa. Tempat duduknya juga lembut. Langsung tidak terasa kita sedang memandu. Tidak dilupakan juga, screen yang besar banyak membantu Bella sewaktu Bella mahu mengundur dan meletakkan kereta. Magic!! Perasaan gemuruh Bella tadi telah bertukar kepada perasaan yang sangat teruja dan menyeronokkan. Lepas ini Bella nak berebut untuk memandu lagilah.



Kami seterusnya bergerak ke Setia City Convention Center Car-park, dan kali akan melihat dan merasai sendiri. Bagaimana AVS system yang ada pada Honda Civic ini, dapat membantu kita atau pemandu untuk mengawal kenderaan sekiranya ada halangan dihadapan ataupun hampir terbabas. Bella bukan saja tengok dari luar kereta, Tetapi turut berada didalam kereta Honda Civic ini, untuk merasai sendiri bagaimana keadaan kenderaan sekiranya hampir terbabas. Seram beb!! Bella menjerit macam orang gile. Hebat betul stereng Honda Civic ini menerima arahan untuk meluruskan dan menstabilkan balik kenderaan. Maknanya aspek dan ciri - ciri keselamatan amat dititik beratkan supaya keselamatan pemandu dan penumpang lebih terjamin.


honda malaysia

Setelah melalui hari yang panjang dan amat mengujakan, Sekali lagi kami ke Aloft Hotel KL Sentral untuk merehatkan badan sementara menunggu malam untuk melihat keupayaan Honda diwaktu malam. Selepas menikmati makan malam di Nasi Ayam Kukus, Bella ditunjukkan kecantikkan lampu Honda Civic dan Keupayaan lampu ini menyuluh jauh. Lebih mendalam mengenai keistimewaan Honda Civic ini diwaktu malam, Korang tengok www.honda.com.my.



Morning!!! Bangun2x saja dari tidur, Aloft hotel menyajikan berpuluh pilihan makanan untuk Bella sarapan. Bella tengah diet! Tapi Bella makan juga sebab hari ini kami akan memandu lebih jauh. Bella perlukan tenaga. Selepas ini kami akan ke Bentong untuk menguji sistem kawalan semasa selekoh dan keadaan semasa memandu jauh. Jauh atau dekat, Rasa dan kualiti pemanduaannya tetap sama. Terbaik. Memang rasa hendak tukar kereta lama kepada Honda Civic baru ini.


Setelah abis tenaga dan debaran mengelakkan kenderaan dan mengawal pergerakkan Honda Civic ini, 
Kami singgah untuk makan tengahari sebelum membuat aktiviti air. Bella tidak mencuba. Bella takut air. Jadi, berbahagialah kawan - kawan Bella yang berani mencuba. 
 

Tamatlah pengembaraan Bella bersama Honda. Sedih sebab Honda yang bella pandu selama dua hari ini, Bella tidak boleh hendak bawa balik. Kenangan yang sangat indah bersama Honda. Korang, seriously Honda adalah yang terbaik. Silalah pergi ke 'Dealer' berdekatan dan pandu ujilah.Pasti jatuh cinta. Macam Bella.Bella juga memandu HONDA. Bila korang dah pandu HONDA korang mesti akan setuju HONDA adalah yang terbaik.



Korang kalau hendakkan maklumat yang lebih lengkap, klik sini 10 Sebab Kenapa Honda Civic Generasi ke 10 Menjadi Idaman. Bella dah kaji satu per satu. Korang mesti setuju Honda Civic terbaru ini sangat terbaik. 

#ridethedreamcivic





You Might Also Like

24 ulasan

  1. syok gila civic ni! rasa nak bawa lg jeee hehe

    ReplyDelete
  2. hotel aloft pun best kan? servis mantap . berapa star hotel tu?

    ReplyDelete
  3. Berkenan juga dengan Honda nie..ehehe..

    ReplyDelete
  4. Honda Civic baru ni memang best. Tengok pun dah gah semacam, dapat pandu mesti terasa bangga sekejap. Hoho

    ReplyDelete
  5. Atas hiway best tak bawa kete ni?

    ReplyDelete
  6. brand kereta idaman. suka semua keluaran honda

    ReplyDelete
  7. Walaupun mera takde kereta tapi mera mmg suka honda civic baru ni. Design dye cantik gila kot! Berangan nak ada sebiji. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg terbaik ni. Nanti minta hantaran honda sebijik k.

      Delete
  8. bestnya.. ko bawa tak bella hihi kete idaman aku gak ni..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah bawa, walaupun mengigil. Tapi berjaya!! Seronok plak rasanya.

      Delete
  9. Dah lama ushar civic sbb mmg dlm list kereta idaman pun.. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Dah lama ushar civic. Mmg dah dlm list kereta idaman pun... Hehehe

    ReplyDelete
  11. Gigih nak cr duit beli kereta Honda plak lepas ni....

    ReplyDelete
  12. bestnya bella.. dulu2 penah berangan jugak nak beli honda.. ala2 keta idaman la kononnya tp...kemudiannya cuma mampu idam je la..huhu

    ReplyDelete
  13. Kereta idaman...tp mampu tgk je dulu

    ReplyDelete
  14. Saya sama seperti anda! Model ideal ialah Honda Civic! Apa kebetulan!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.