Cara Memilih Kerjaya Melalui Warna-MYRYL

Hari ini Bella nak kongsikan rasa bertuah sebab dapat menghadiri satu kelas ataupun bengkel yang berkait rapat dengan kerjaya . Bertempat...


Hari ini Bella nak kongsikan rasa bertuah sebab dapat menghadiri satu kelas ataupun bengkel yang berkait rapat dengan kerjaya. Bertempat di Hotel Bangi Putrajaya dan pengasas MYRYL Shuhada Alauddin seorang pakar dalam pembentukkan personaliti, telah menjemput wakil dari Kelab Blogger Ben Ashaari termasuklah Bella untuk mempelajari sendiri mengenai apa itu MYRL. MYRL adalah singkatan bagi Master Yourself  Revamp Your Life. Berkait rapat dengan perubahan kerjaya. Sangatlah penting, sebelum korang bertukar kerjaya korang kena kaji dulu kerja apa yang sesuai supaya korang tak membuang masa dan pengorbanan korang untuk menukar kerjaya itu menjadi sia - sia. Jadi, disinilah pentingnya Bengkel Cara Memilih Kerjaya Melalui Warna-MYRYL 

Pakar kaunseling, pakar motivasi, pakar warna,

Bella perkenalkan Pn. Shuhada Alauddin,pakar pembentukan personaliti. Baik, murah senyuman dan telah menghasilkan berbagai modul-modul khas untuk membantu sesiapa saja yang ingin melakukan perubahan kerjaya ataupun memulakan perniagaan. Pada hari ini pula, istimewa pelancaran DVD buat julung kalinya oleh MYRL. Terbaik. Lepas ni Bella akan ceritakan pula apa ada didalam DVD tu yer. 

Pakar kaunseling, pakar motivasi, pakar warna,

Perkongsiaan hari ni lebih kepada:-
  • Teknik mengenal diri melalui warna dan nombor. 
  • Teknik untuk mengatasi kekangan minda & mencapai matlamat.
  • Aplikasi warna dalam kehidupan.

Pakar kaunseling, pakar motivasi, pakar warna,

Kenapa kita perlu tahu warna kita? Warna apa? Warna kegemaran kah? Warna kereta Kah? Semua bukan yer, ini warna dalaman kita. Kita perlu tahu sebab warna ni dapat memberikan kita semangat dalam kesusahan. Kita juga boleh mengenali potensi, kekurangan, kelemahan dan kekuatan dalam diri kita. Haaa macam mana tu? Tapi sebelum tu harus diingatkan, ini bukanlah tilik nasib, tapi Pn. Shuhada hanya membantu kita melalui warna dalaman untuk mencari potensi diri kita. Contoh sekarang korang adalah seorang peguam. Rasa macam nak ubah kerjaya la. Tiba - tiba bosan pula la jadi peguam. Nak belajar balik nak jadi doktor. Jadi, bengkel ini akan menganalisis melalui warna sama ada sesuai atau tidak daripada kerjaya seorang peguam kita nak bertukar 360 kepada doktor. Macam tu la lebih kurang.

Pakar kaunseling, pakar motivasi, pakar warna,

Cara yang digunakan adalah melalui Applied Kinesiology (AK).  AK hanya boleh dilakukan oleh sesiapa saja tetapi mestilah belajar dengan Pn. Shuhada dulu atau pakar - pakar warna yang lain. Takut korang buat salah cara dan keputusan yang korang dapat salah. Kesianlah orang yang korang analisis tu nanti. Bella sendiri telah mencuba melakukan AK ini bersama Pn. Shuhada. Amat mengejutkan. Bella tahan tangan Bella tak nak bagi jatuh, jatuh jugak!! adui.. ahahhahaa... bagi yang nak mengalaminya sendiri, sila hubungi Pn. Shuhada di
  1. Instagram        :  @myryl @shuhadaalauddin
  2. Hubungi terus :  03 4065 0091 
  3. Laman Web    : www.myryl.net
Pakar kaunseling, pakar motivasi, pakar warna,

Bila kami telah belajar teknik AK. Kami diajar pulak teknik rahsia nombor dalam warna. Teknik pengiraan nombor ni memang agak glamour, sebab Bella dah banyak kali tengok dalam majalah dan juga surat khabar. Nombor ini di ambil dari tarikh lahir kita. Tarikh lahir kita akan ditambah dan akan muncul satu nombor saja yang menwakili nombor luaran kita. Maknanya keputusan nak tahu kita warna apa bukan semudahnya dibuat ya. Pelbagai sudut akan diambil kira. Bella nak cerita semuanya kat sini memang susahlah korang nak faham.

Pakar kaunseling, pakar motivasi, pakar warna,

Memang amat tidak rugi korang pergi jumpa Pn. Shuhada, minta khidmat nasihat. Tak apalah keluarkan belanja sikit, sebab ni untuk masa depan. Boleh pakai nasihat dia seumur hidup. Ilmu yang Pn. Shuhada ajar ni, bukan sebarangan ilmu tau. Dia sendiri telah mengamalkannya dan alhamdulilah, berjaya. Pn. Shuhada dulu peguam, pergi belajar ilmu ni dan warna nya kena dengan kaunselor terus berhenti kerja buat MYRYL ni. Takkan korang tak percaya kot? bukti pengasas sendiri kan.

Secara peribadi memang Bella galakkan bagi sesiapa yang nak cari kerja, memulakan business baru ataupun bertukar kerjaya datang ke MYRYL ini. Baiklah laburkan sedikit untuk mendapatkan keputusan yang betul dari menyesal dengan keputusan salah yang telah dibuat. Bengkel ini sangat seronok ditambah pula dengan kehadiran @zumbadarlyn. Mula - mula semua malu. Sekali dah start, semua tak mahu berhenti plak. Korang boleh baca mengenai perkongsiaan Bella tentang video dari MYRYL pula disini Cara Memilih Kerjaya Melalui WARNA.

Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

7 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.