Tempat Menarik WAJIB Singgah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur menjadi kebanggaan kita Rakyat Malaysia. Bella bukanlah lahir dan berasal dari Kuala lumpur, tetapi Bella mencari rezeki di Ku...

Kuala Lumpur menjadi kebanggaan kita Rakyat Malaysia. Bella bukanlah lahir dan berasal dari Kuala lumpur, tetapi Bella mencari rezeki di Kuala Lumpur. Jadi Kuala Lumpur memang sudah sebati dan dekat dengan diri Bella. Boleh dikatakan banyak Tempat Menarik WAJIB Singgah Di Kuala Lumpur yang Bella tahu, dan Bella nak kongsikan dengan korang semua. Eh! Bukan sahaja Tempat Menarik, banyak lagi Bella nak ceritakan. Jadi apa lagi? Jom Bella kongsikan Apa yang menariknya tentang Kuala Lumpur yang terkenal dengan Kota Metropolitan ini.

LAMBANG KEBANGGAAN MALAYSIA MENARA BERKEMBAR PETRONAS


Kuala Lumpur amat terkenal dengan bangunan yang tinggi - tinggi terutama Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Sebut saja Kuala Lumpur, mesti semua orang akan teringat dua banggunan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini. Bukan saja rakyat Malaysia, malahan ramai pelancong datang ke Malaysia untuk melihat sendiri bangunan gah ini. Masa Bella ke Myanmar, banyak reptilika Menara Berkembar ini dibina. Mereka amat menyukai bangunan ini selain menjadi tarikan kepada rakyat Malaysia. Bangga kejap bila tengok betapa mereka berbangga dengan Menara Berkembar Petronas ini. Menara Berkembar ini yang turut dikenali sebagai KLCC juga merupakan pusat membeli belah yang popular. Selain itu, terdapat beberapa tempat menarik di sekitar bangunan ini untuk korang lawati :-


  • KLCC Park 
  • Aquaria KLCC
  • Petrosains, The Discovery Centre KLCC
  • KLCC Observation deck
  • Sky Bridge KLCC
  • Galeri Petronas KLCC

LAMBANG KEBANGGAAN RAKYAT MALAYSIA MENARA KUALA LUMPUR


Menara Kuala Lumpur juga tidak kurang hebatnya. Ia adalah menara telekomunikasi yang ke-7 tertinggi di dunia dan paling tinggi di Asia. Ia bukan hanyalah sekadar menara tetapi ia juga penuh dengan berbagai tarikkan seperti :-


  • Observation Deck
  • Sky Deck
  • Sky Box
  • Tower Lightings
  • Cultural Show
  • Jelutong Tree
  • Mini Zoo
  • Upside Down House
  • Blue Coral Aquarium
  • XD Theater
  • F1 Simulator
  • KL Forest Eco-Park
Disini juga terdapat tempat makan yang popular iaitu Atmosphere 360 yang lebih dikenali sebagai restaurant berputar. Bella rasa bagi sesiapa yang tidak pernah datang ke Kuala Lumpur, 2 bangunan lambang kebanggan rakyat Malaysia ini adalah Tempat Menarik WAJIB Singgah di Kuala Lumpur sebelum korang pergi ke tempat lain. Tempat - tempat yang terletak di tengah - tengah bandar Kuala Lumpur ini, memang memerlukan bajet yang besar. Jika korang tidak memperuntukkan bajet yang besar, bolehlan korang ke taman yang tidak kurang cantiknya untuk korang beriadah dan merehatkan minda. Paling penting, kebanyakkan taman di sekitar Kuala Lumpur ini masuk adalah percuma.


TAMAN MENARIK WAJIB SINGGAH DI KUALA LUMPUR



Selain daripada taman yang terdapat di tengah - tengah KLCC, terdapat banyak lagi taman di sekitar Kuala Lumpur yang menarik dan cantik untuk dikunjungi. Selain daripada beriadah, korang juga boleh mengabadikan gambar - gambar menarik di sekitar taman ini. Antaranya :-

  • Taman Tasik Perdana
  • Taman Tasik Titiwangsa
  • Taman Orkid Kuala Lumpur
  • Taman Eko Rimba KL, Huan Lipur Bukit Nanas


Bagi pencipta binatang pula, Terdapat juga taman - taman yang menunjukkan kita tentang haiwan yang terkenal di Malaysia. Selain daripada Zoo Negara. Kita ada :-

  • Taman Rama- Rama
  • Taman Burung Kuala Lumpur
  • Taman kancil dan rusa

Bagi yang jarang - jarang melihat binatang ini yang biasanya hidup liar di hutan, bolehlah ambil kesempatan ini untuk mengajar anak - anak tentang wujudnya binatang - binatang ini, selain daripada kucing dan anjing yang biasa kita lihat.

 TUGU NEGARA


Tugu Negara adalah tugu memperingati askar kita yang telah berkorban untuk negara daripada dirampas penjajah. Selain daripada persekitarannya yang indah, kita juga dapat belajar mengenai Malaysia yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Banyaknya Tempat Menarik WAJIB Singgah di Kuala Lumpur ini. Kena duduk lama lah. Sekurang - kurangnya 2 hari 1 malam. Jadi, jom Bella kongsikan penginapan pula.


PENGINAPAN TERBAIK DI KUALA LUMPUR

Ada berlambak Hotel di Kuala Lumpur yang korang boleh pilih dan jadikan ia penginapan utama korang. Paling penting, ia masih dibawah bajet korang, bersih dan amat memudahkan korang untuk kemana sahaja. 

1. TUNE HOTEL


Tune Hotel hotel bajet yang sangat bersih dan terbaik. Korang bolehlah memilih hotel mengikut jumlah ahli keluarga yang bersama - sama korang. Apa yang istimewa dan Bella suka mengenai Tune Hotel ini, korang boleh mengurangkan atau menambahkan kemudahan yang korang inginkan untuk sesuatu penginapan. Tune Hotel ini bukan saja bersih, selesa, tetapi juga amat berdekatan dengan tempat - tempat membeli belah yang popular bukan saja dikalangan pelancong, tetapi juga amat popular  dikalangan masyarakat setempat. 

2. THE ROYAL HOTEL


Korang yang ada bajet lebih dan bercuti dengan gaya mewah, bolehlah menginap disini. Hotel ini diitiraf sebagai hotel 5bintang dengan kemudahan dan kecantikkan bilik tidurnya. Bella betul - betul jatuh cinta dengan kecantikkan dan kekemasan dalamannya. Tatahias dalaman hotel ini juga memang terbaik. Pekerja juga amat ramah dan sudi membantu jika kita memerlukan pertolongan. Bella menginap disini untuk 1 malam dan layanan yang diberikan sangat terbaik dan memuaskan. Setiap biliknya tersedia segala kemudahan seperti sterika, tub mandi, air pancur, balkoni, TV, peti ais mini, cerek elektrik dan banyak lagi. Apa yang paling Bella suka tertarik, bau hotel ini wangi! korang boleh tengok di www.traveloka.com juga untuk dapatkan tawaran terbaik.

3. ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL


Penginapan yang patut korang pertimbangkan juga adalah A LOFT Kuala Lumpur yang bagi Bella, ia adalah hotel yang penuh warna warni dan amat menarik. Ia menggunakan sistem pintu tanpa kunci yang pertama di Malaysia. Canggih kan? Sarapan yang disediakan juga sedap - sedap belaka. Jika korang rasa macam tak berkenan dengan Hotel yang Bella cadangkan ini, korang bolehlah terus survey di www.traveloka.com 

TEMPAT MAKAN SEDAP DI SEKITAR KUALA LUMPUR





Tempat makan di sekitar Kuala Lumpur memang terlalu banyak. Korang tinggal pilih sama ada mahukan masakan tradisional, barat, makanan dari negara luar seperti Korea, Jepun, China, Taiwan, Indonesia, Thailand dan banyak lagi.Sekiranya mahukan masakan barat cari saja di dalam Mall yang terdapat di setiap sudut di Kuala lumpur. Jika mahu rasa masakan tempatan dan masakan Thailand, cari saja di sepanjang jalan Kampung Baru.

TEMPAT MAKAN ROMANTIS DI KUALA LUMPUR



Mesti atau mungkin juga ada yang datang Ke Kuala Lumpur untuk meraikan seseorang ataupun menyambut sebarang perayaan. Korang jangan risau. Setiap Hotel mewah disekitar Kuala Lumpur ada menyediakan pakej sebegini. Samaada :-

  • Makan malam romantik.
  • Menyambut Hari jadi.
  • Makan malam keluarga.
Apa juga sambutan, korang tinggal pilih hotel dan bagitahu bajet korang sahaja. Malahan, kebanyakan hotel menyediakan buffet yang berpatutan dengan harga dan perkhidmatannya.

TEMPAT MEMBELI BELAH YANG MURAH- MASJED JAMEK

Tempat shopping murah di kuala lumpur

Masjed Jamek bukan sahaja terkenal dengan keunikkan seni binanya, tetapi ia turut terkenal sebagai salah satu tempat membeli belah wajib singgah jika tiba di Kuala Lumpur. Lebih daripada 90% peniaga adalah orang tempatan yang menawarkan harga yang amat murah berbanding yang dijual di dalam pasar raya. Sebelum balik ke destinasi masing - masig, haruslah korang singgah ke sini untuk membeli buah tangan. Bagi dapatkan maklumat lebih lanjut silalah klik di BEST PLACE IN KUALA LUMPUR atau nak tahu tentang tempat -  tempat menarik yang lain di seluruh Malaysia dengan checkout list, bolehlah klik UNSEEN MALAYSIA.

Selamat bercuti. :)

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.