Aktiviti
Bajet
cantik
Idea Cantik
Kongsi Sikit
Kuala Lumpur
Spa
Massage Dan Facial Murah Terbaik Di KUALA LUMPUR - RIESSA ROSE
18 NovemberAssalamualaikum...
Hari ini Bella nak kongsikan mengenai kecantikkan.Perempuan, gadis atau wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik, anggun, bergaya dan cun apatah lagi menawan??? mesti nak kan? kan sini Bella nak kongsikan satu tempat yang best sangat dan korang mesti cuba.Tempat dimana kita akan dimanjakan bagaikan puteri. RIESSAROSE beauty & Health Spa. Ia adalah tempat Massage Dan Facial Murah yang Terbaik Di KUALA LUMPUR - RIESSA ROSE
RiessaRose Beauty & Health Spa
Lot F-07A First Floor
G-Village NO.35
Jalan Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
G-Village NO.35
Jalan Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92865499
Jalan lupa screen shot alamat ini dan simpan no tel spa ini. Kali ini Bella datang untuk massage satu badan Bella ni. Terasa tersimpul sana sini. Masa Bella diet ni, bahagian perut sehingga ke belakang badan, memang selalu terasa seperti masuk angin dan sakit. Jadi, memanglah masa yang amat sesuai untuk membuang segala angin jahat yang tak mahu keluar dari badan Bella ini. Apa tunggu lagi? Jom masuk.
Bila masuk saja, terus disambut dengan senyuman manis pemilik spa ini. Korang tak dibenarkan bawa anak. Takutlah anak menangis, ganggu pelanggan yang lain pula. Ini juga adalah ruangan menunggu dan ruang untuk kita memilih urutan apa yang kita mahukan. Walaupun agak kecil, tapi ruangan ini masih Cantik dan selesa. Bertemakan warna merah nampaknya. Bagi musimah jangan risau,sangat terlindung dan pekerjanya semua perempuan. Lupa plak nak habaq, beauty studio ini terletak ditingkat 1 ya. Bawahnya ada restoran. Korang naik atas. Tapi lebih baik lagi kalau korang buat appointment dulu tau. Kalau tak, takut penuh.
Banyaknya!! Semuanya nampak "best" dan berbaloi untuk dicuba. Bella cadangkan korang pilih mengikut masa yang korang ada dan juga bajet korang. Bella hari ni memang banyak masa. Tambahan pula Bella nak buang angin jahat dalam badan Bella ni. Bella minta pandangan therapist dan kak Lisaridz juga mencadangkan agar Bella cuba Herbal Ball Massage.
Macam tahu - tahu je tau. Dari mula - mula masuk tadi Bella dah memang teringin nak tahu dan rasa benda yang seakan - akan sup bunjut ni. Ia sebenarnya adalah Herbal Ball yang didatangkan khas dari Thailand. Perrrghhh!!! Tak sabar nak cuba.
Jom kita masuk, tengok macam mana tempat urutnya kan. Jangan risau, ia amat "privacy". Kalau korang pernah masuk pusat urut dekat Thailand, keadaannya juga sama. Korang tak perlulah rasa takut ke, sangsi ke, tak perlu. Masuklah tanpa was - was. Semuanya perempuan dan niat nak sihat dan cantik je ok. Cantik buat suami.
Bilik masuk saja ke pusat kesihatan dan kecantikkan Riessa Rose ini, korang akan lihat di sebelah kanan lebih kepada tempat massage, dan sebelah kanan tempat buat rawatan muka. Bagi yang nak bawa pasangan untuk urut sekali pun boleh. Pilih saja tilam yang sebelah - sebelah ni. Korang boleh tengok dengan jelas rawatan yang dilakukan. Paling penting selesa dan bersih.
Ini pula bahagian sebelah kanan. Selain
daripada massage, Riessa Rose juga pakar dan mahir dalam
membantu pasangan pengantin mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi
hari indah.Haaa biar berpinar2x mata tetamu tengok wajah kita
berseri-seri kan. Jika bukan untuk tetamu pun, untuk menghadapi malam indah
kitew...auuwww.. biar suami kita terduduk bila tengok "wah! cantiknya bini aku!" Kadang kala,bahagian belakang kan susah kita nak nampak. Jadi
biar Riessa Rose bantu kita sental yer.
Korang pergi la Riessa Rose cecepat. Tengoklah walaupun kecil, lengkap sangat. Lagi - lagi buat bakal pengantin. Ia ada berbagai rawatan. Bella tak cuba rawatan muka lagi. Tapi apa yang Bella tahu, rawatan muka disini paling murah rm58. Tapi kalau korang rasa macam eh!! mahal nya. Korang boleh saja bincang dengan Lisaridz dan mungkin korang akan dapat package yang korang inginkan. Sebab macam - macam treatment ada. Tinggal pilih saja.
Ini antara pakej satu badan yang ada dekat sini. Menariknya! Tapi sebab Bella fokus nak keluarkan angin dalam badan ni, jadi jomlah kita teruskan dengan urutan. Tak sabar!
Kak Lisariz ada tanya Bella, pernah cuba tak herbal massage sebelum ini? Bella memang tak pernah cuba. Tapi Stone Massage Bella memang pernah cuba. Dia kata lebih kurang macam tulah. Ok. Sedap tu. Sebelum memulakan urutan, pakaian yang sesuai akan diberikan. Kalau tak tukar baju, abislah baju korang nanti bau minyak urut. Bella sekarang dah tukar baju. Nanti tudung pun kena buka. Bella kena baring dekat bawah saja, senang sikit dorang nak lipat badan Bella ni. Kalau ikutkan, Herbal Ball Massage ini akan mengambi masa selama 2jam. Mak ai!! Jangan jadi lempeng sudah.
Thai Herbal Compress Massage ini memang banyak kebaikan termasuklah :-
- Memberi rehat kepada urut dan otot dalaman.
- Merehatkan minda.
- Menghilangkan tekanan.
- Mempertingkatkan perjalanan darah.
- Memulihkan kesakitan sakit belakang dan otot.
- Menghilangkan sakit kepala.
Kandungan dalam herbal ball ini,akan membuatkan otot badan kita betul - betul berehat. Sebelum herbal ball ini diletakkan diatas tubuh Bella, ia dipanaskan terlebih dahulu menggunakan teknik kukus.
Urutan dimulakan terus dari belakang Bella. Macam tahu - tahu je Bella sakit belakang. Bella kan diet, angin penuh satu badan. Dari perut bawa ke belakang. Setiap tekanan rasa macam betul - betul kena point yang sakit. Tukang urut ni, tak tahu berbahasa melayu. Jadi, korang cakap apa - apa kena sekali dengan gaya tangan.
Lepas urut bahagian pinggang, naik ke bahagian belakang, hinggalah ke kaki. Lepas itu, badan Bella di tekap dengan herbal ball ni. Bella kena dekat bahagian yang kejang tu, memang terasa lega macam tu. Tapi jujur Bella cakap, memang SAKIT!!! sakit - sakit sedap macam tu. Bella memang jarang pergi urut ni. Tidak ada masa. Bila dapat peluang manjakan diri macam ni, memang terbaik. Masa herbal ball di tekapkan ke kulit kita, kalau korang tak tahan panas, bagitahu je. Bella ok. Bella rasa macam mandi air panas je. Akhir sekali, urutan kepala dan bahu. Sedap!! Masa urutan di jalankan, lampu memang suram lah. Muzik slow. Kalau terngangan tidur Bella tak tahu. Bella pun beberapa kali terkhayal. Tapi takut berdengkur, Bella tahan je la.
Selesai!! Memang sedap. Bangun terasa sangat ringan. Sampaikan Bella bangun, terasa huyung hayang. Drama betul lah ko Bella.Hahaha. Teh O dihidangkan. Memang nikmat. Terasa relax, segar dan penat. Penat tahan kot. Tahan jangan bagi tidur dan tahan diri dari menjerit.
Inilah dua orang tukang urut berpengalaman. Korang kalau badan sakit - sakit mesti datang sini. Bagi Bella, pusat rawatan kecantikkan dan urutan Riessa Rose ini memang terbaik. Bagaikan berada di Thailand. Rasa urutan yang sama Bella rasa masa di Thailand. Mungkin lebih baik. Betul lebih baik dari di Thailand sebab di sana dorang buat cepat - cepat dan bukan meneliti bahagian otot badan mana yang perlu dirawat. Bella rasa siapa - siapa yang sakit dan lenguh badan itu mesti kesini sebab ( Pandangan jujur dan ikhlas Bella ):-
- Tukang urut berpengalaman dari Thailand. (Bukan tukang urut yang cun @ seksi semata)
- Banyak mengurut bahagian badan Bella yang sakit. Bukan main hentam saja.
- Urutan kuat dan bertenaga.
- Urutan masih boleh tahan dan lembut (Cuma Bella jarang-jarang urut. Rasa sakit)
- Setiap sentuhan tepat mengenai otot yang sakit.
- Peralatan semua bersih dan terjaga.
- Tempat sederhana besar, tapi amat lengkap.
Terbaik kan tempat ni? Korang yang nak pergi terus bolehlah ke alamat yang Bella bagi dekat atas, Bella sarankan telefon dan bookinglah dulu. Nak maklumat lanjut, bolehlah ke :-
FaceBook :- RIESSAROSE BEAUTY & HEALTH SPA
InsTagram :- RiessaRoseBeauty
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :)
7 ulasan
sangat berminat, tq sis, dkt jer dgn rumah
ReplyDeleteMesti datang ke #SPATERBAIK NI
DeleteLelaki pon die buat ke??
ReplyDeleteBuat.
DeleteWaaa...dah jumpa spa yang under bajettt... tq tau sudi berkongsi..
ReplyDeleteSama - sama. Jangan lupa cuba.
DeleteEh murahnya bayarannya. Kalau dekat dengan rumah ni dah lama pergi. Lepas berpantang boleh gi kot spa
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.