Sunday

SHIZENS Cosmetic Dengan Konsep Terbuka

Bella berpeluang dan dijemput untuk menghadiri pembukaan Shizens, Brand kecantikkan yang sedang meningkat naik. Korang tahu kan? Shizens ini adalah produk yang dicipta dan dihasilkan dengan ekstrak semulajadi dalam memelihara dan memulihkan kecantikkan kita. Sekarang! SHIZENS Cosmetic Dengan Konsep Terbuka yang memudahkan korang untuk mendekati dan mendapatkan khidmat nasihat dari pakar Shizens dengan lebih dekat lagi. Bella memang pengguna setia Shizens dan sudah merasai kebaikan yang shizens buat keatas kulit muka Bella. Puas hati! 

SHIZENS Cosmetic Dengan Konsep Terbuka

shizens, produk terbaik shizens

Sejak berada di Malaysia selama 7 tahun, Shizens telah berkembang menjadi lebih daripada 10 kedai di seluruh negara dan pada12 October 2017, Shizens telah melancarkan kedai utama mereka di pusat bandar di Tingkat 1, Isetan The Gardens Mall, Kuala Lumpur. Apa yang paling best, ia adalah berkonsep terbuka. Shizens Cosmetic Dengan Konsep Terbuka ini lebih mesra pelanggan dan lebih selesa untuk kita membelek produk ini satu persatu sehinnga puas hati.

tips kecantikkan shizens

Bella telah menggunakan Shizens ini sejak 3bulan lalu secara "ON" & "OFF" sebab terlupa. Kadang - kala terlalu penat terus tertidur. Tapi!! walaupun Bella pakai jarang - jarang dan secara bermalas - malasan, kesannya tetap dapat dirasai. Bella hanya pakai satu produk di waktu siang sebelum mekap, dan salah satu produk Shizens di waktu malam sebelum tidur. 

Best Seller SHIZENS Cosmetic Produk

harga shizens

Jadi, kalau korang nak cuba product Shizens ini dan tak tahu hendak cuba yang mana dulu, Korang cubalah mengikut carta "Best Seller" ini.

  1. Lip Tatoo
  2. Time Resistance Essence 
  3. Aqua Pore Perfection
  4. Natural Pore Nutrient Foundation Pro
  5. Silky Renewal Gel
Bella pakai pagi-pagi sebelum mekap ialah Time Resistance Essence dan sebelum tidur adalah Time Resistance Night Cream. Memang terbaik.

Syatilla Melvin Kongsi Rahsia Kecantikkan



Bella dah kongsikan Tip Kecantikkan Bella. Mungkin tak cukup menguatkan dan mengukuhkan yang produk Shizens ini bagus dan terbaik! Pada hari pembukaan Shizens Cosmetic ini, Syatilla Melvin telah dijemput untuk berkongsi Tip Kecantikkan, ataupun rutin harian yang menyebabkan kulit muka dia sempurna tanpa cela. Cantik kan? Lagilah plak kamera asyik zoom rapat dekat kulit muka dia masa berlakon, memang perlu sangat - sangatlah dia sentiasa kelihatan cantik. Produk Shizens yang wajib dan selalu ada dekat Samtilla adalah Lip Tatoo untuk membuatkan lipstik dia sentiasa kekal dan Ultimate Potent untuk memastikan kulit muka dia sentiasa nampak berseri dan mekap kekal lama.

SHIZENS Cosmetic Dengan Konsep Terbuka



Bella dah bagitahu banyak Tips Kecantikkan dengan menggunakan Produk Shizens tapi korang masih tak ada idea dan masih keliru hendak cuba yang mana satu? Korang cepat - cepat kunjungi  SHIZENS Cosmetic Dengan Konsep Terbuka di The Garden Mid Valley.


FACEBOOK     :-SHIZENS MALAYSIA 
WEBSITE         :-WWW.SHIZENS.COM
INSTAGRAM   :- MYSHIZENS

6 comments:

  1. Wahh cantiknya tempat tu. Thanks Bella untuk tips tu

    ReplyDelete
  2. oooo...ni rahsia kulit Bella mulus ya...tq tau sharing

    ReplyDelete
  3. Bestnya tempat konsep terbuka tu, menarik!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari