Wednesday

Resepi Mudah - Roti Berinti Pisang Nutella

Tengok dekat dapur ada beberapa pisang yang dah masak. Hendak digoreng takut masuk minyak. Hendak dibuat cekodok mesti tidak cukup. Cekodok pisang sedap kot. Teringat plak pernah nampak resepi yang menitiskan air liur haritu. Resepi strawbery Nutella. Apa rasa kalau Bella tukar saja Strawberry kepada pisang. Jom Bella kongsikan dengan korang Resepi Mudah - Roti Berinti Pisang Nutella.

roti gardenia

Haruslah ada Nutella dan Roti. Roti gardenia saja. Brand ini jelah yang Bella paling suka. Kebetulan memang ada dekat dapur Bella.

resepi roti nutella

Roti tu plak, korang tekan - tekan menggunakan apa saja yang korang rasa selesa. Janji roti itu menipis. Kalau tebal tidak cantik bentuknya nanti. Bella malas nak membasuh. Jadi Bella guna saja pisau tu. Tumbuk pakai tangan pun boleh. Lagipun roti ini lembut saja.

nutella coklat

Selepas korang puas hati dengan ketebalan roti yang korang dah penyekkan itu, apa lagi. Sapukan saja nutella. Suka lebih rasa coklat. Sapukan lebih. Hendak kurang manis, sapukan ala kadar sahaja. Tapi, nutella ini. Makin banyak disapu makin sedap.

resepi pisang nutella

Sinilah kelainan Resepi Mudah Roti Berinti Pisang Nutella yang Bella buat ini. Korang perlukan pisang masak ranum. Lenyekkan. Pisang yang makan begitu saja pun sedap.


Ambil secukupnya pisang lenyek tu, dan letak memanjang diatas roti yang telah di sapu Nutella. Jangan terlalu banyak. Nanti terkeluar plak pisangnya. Sebab Bella hendak gulungkan roti ini.

resepi minum petang mudah

Dah siap!! Woi!! Senangnya. Korang gulung cantik - cantik. Hendak hidangkan terus dan makan pun boleh.

resepi, resepi mudah, resepi nutella

Bella sejukkan dulu. HB pun tidak bangun lagi. Jangan letak bahagian beku pula. Sejukkan pun ala kadar saja. Bagi Nutella keras sikit. Kalau lama sangat, takut roti jadi kering dan keras. Itu jadi tidak sedap. Rosaklah resepi ini.



Sedapnya! Rasa macam makan kek coklat pisang secret plak. Melampau. Tapi memang sedap. Sejuk. Rasa nutella dan pisang bergabung. Paling seronok, roti dan pisang tidak terbuang begitu saja. 

Selamat Mencuba.


1 comment:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari