Lazada Website Murah dan Amat Berbaloi

Bella adalah pembeli online tegar. Bella kalau tiada barang yang posmen sampai dalam sebulan itu, memang akan rasa lain. Bella selalu...

Bella adalah pembeli online tegar. Bella kalau tiada barang yang posmen sampai dalam sebulan itu, memang akan rasa lain. Bella selalunya akan shopping di website yang Bella percaya sahaja. Setakat ini Lazada memang tidak pernah mendatangkan masalah kepada Bella. Lambat sampai itu, sepatutnya masa korang beli tu, korang kena periksa berapa hari yang diambil untuk barang sampai, sebab bukan semua barang datangnya dari Malaysia. Ada juga yang di Import. Bagi Bella, LAZADA WEBSITE MURAH DAN AMAT BERBALOI.

barang murah lazada

Selama ini, Bella memang beli kesemua barang yang Bella idamkan dekat Lazada. Tapi, Sempena SAMBUTAN ULANG TAHUN LAZADA YANG KE 5, Bella pula yang dapat Surprise Box. Memang mengujakan. Kotak yang penuh kejutan dan hadiah. Ramai yang tertanya - tanya. Bella dapat apa? Boleh baca dekat sini. 


Hari ini Bella tunjukkan satu per satu. Korang juga boleh mengambil peluang ini untuk membeli sakan di Lazada sempena Lazada 5th Birthday sale yang bermula dari 22 March sehingga 24 March. Tiga hari sahaja!

APA DALAM BOX SURPRISE SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE YANG BERMULA DARI 22 MARCH SEHINGGA 24 MARCH 2016?

kasut carlo rino

Paling Bella tidak sangka. Bella dapat kasut CarloRino.Ramai yang dapat bag. Tapi Bella dapat kasut. Alhamdullilah. LAZADA WEBSITE MURAH DAN AMAT BERBALOI  ini macam tahu - tahu jer apa yang Bella suka dan idamkan. Korang juga boleh dapatkan di Lazada dibawah nama CarloRino. 

Bonia murah, bonia original

Comelnya bag syiling Bonia ini. Bella dapat hitam putih. Sayang pula nak guna. Brand Bonia lagi. Terasa kualiti nya dan ke originality Bonia ini. Macam - macam kad ada dalamnya. Seronoknya. Terasa hendak tengok apa lagi yang menarik Brand Bonia? Korang pergi terus ke Lazada. Korang akan rambang mata. Potongan harga hebat pula tu.


Siapa yang pakai rangkaiaan produk Eversoft, tidak perlu lagi beratur masa hendak membayar. menyelit masa hendak pilih produk. Boleh dapatkan di Lazada juga.

CANTIK LOREAL

Cantik dengan Loreal. Kualiti produk Loreal memang tidak dapat disangkalkan lagi. Bella bertuah sebab diberi mencuba brow artist genius kit ini. Mesti kalau Bella guna, cantik macam artis. Selain pakaging yang sangat menarik, sizenya yang kecil juga amat mudah untuk dibawa kemana sahaja. Tidak sabar Bella hendak tenyeh kat mata. Boleh buat tema SMOKEY EYES.. gitew.


Bella pernah beli A4 botol ini online juga. HB dah ambil bawa pergi opis. Korang tahu, design botol A4 yang nipis ini amat berguna kerana bentuknya yang nipis membolehkan korang bawa ke mana saja. Bella bawa pergi camping. Sangat membantu. Bila Lazada bagi botol ini, Seronoknya Bella. Jadi sekarang, Botol rekabentuk macam ini dah ada dua. Tidak payah lah berebut dengan HB. Korang nak cari botol juga? Tidak nak yang design macam ini? Senang sangat. korang klik dekat Botol Berbagai Rekabentuk. Sila kelabu biji mata lah yer. Semua menawan.

losyen pemutih

5th Birthday Surprise Box Bella, memang bau wangi sangat. Rupanya bau itu datang dari Enchanteur Paris Belle Amour. Ia adalah perfume losyen. Memutihkan dengan vitamin b3, sakura dan liquorice. Lepas ini tidak ada lagi "muka je putih, tangan hitam!". Bella paling suka bau nya. Perrgh. Harum. 




Dapat Levis kit ini juga. Comel habis. Tapi memang ambil masa hendak menjahit bagai. Ini kalau budak kelas menjahit dapat, menjerit ini. Korang yang minat seni jahitan ataupun nak tengok design Levis yang cantik tapi dah diskaun gila - gila boleh tengok Levis official Store Menggila tengok.

cantik dengan maybelline, mekap,

Lama dah beli teringin hendak cuba bedak jenis macam ini. Bila korang ada bedak yang jenis macam ini, tidak perlu lagilah beli penutup cela. Lelaki mesti tidak faham. Kurang satu langkah bermekap. 
Tidak tipu, korang kena klik link ini Maybelline SALE 90% potongan harga sehingga jadi rm4.95 pun ada. Rm12.00 puna ada. Penggila Brand Maybelline macam Bella ini, memang buntang biji mata bila nampak SALE macam itu. Habis cerita kat korang ini, Bella terus sambung shopping.. Syok nya!


NYX Cosmetic. Bella selalu nampak Brand ini dijual merata - rata dekat pasar. Bella ingatkan ini Brand local. Rupanya diciplak yer. Korang mesti dan pastikan Bella yang original. Korang sanggup ke muka rosak kesan daripada bahan mekap yang diperbuat daripada lemak binatang yang terbuang. Pastikan original ke NYX Cosmetics Original. Original dan penuh dengan kejutan diskaun. 


nichi


Kemuncaknya!! Korang!! Bella dapat handbag brand Nichii. Masa Bella tengok itu, barang pertama Bella tengok adalah handbag ini. Menjerit Bella dalam kereta. Tulah dalam video nampak tidak teruja sangat. Sebab dah tahu. Padahal sebelum tu, marah HB Bella jerit kuat sangat. Macam mimpi dapat hadiah Handbag. Warnanya, Design, Rekabentuk semua memang citarasa Bella. Terbaik Lazada. Mungkin korang rasa ini bukan citarasa korang. Tidak apa. Korang pilih saja di Nichii Official Store.

Korang layanlah sekejap Bella buka hadiah yer.. Jangan lepas tengok kemurungan plak.Enjoy..




Macam mana? Terbaik kan Surprise Box Bella sempena Lazada 5th Birthday. Maklumat lanjut:-

Website : www.lazada.com.my 

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.