Tuesday

Idea Decorasi Tangga Yang Menarik

Tangga?? Ya, Topik Bella pagi ini adalah Tangga. Tangga untuk menaiki tingkat atas ke rumah. Bella sedang memikirkan design tangga ataupun pengubahan tangga supaya kelihatan lebih menarik, tertarik dan The Boom!!! 



renovate tangga

Bella rasa macam perlu sedikit pengubahsuaian memandangkan tangga rumah Bella kelihatan kosong dan tiada seri dan seni. Disini Bella dah senarai pendekkan Design dan keseniaan yang telah dilakukan kepada tangga rumah. Sekarang ini, Tangga rumah Bella sudah ber tiles. Bella tidak pasti sama ada pengubahsuaian ini boleh dilakukan atau tidak. 

mencantikkan tangga

Bella senaraikan dululah Idea Decorasi Tangga Yang Menarik pilihan Bella. (Sumber Google) Sebab Tangga - tangga yang telah diubahsuai dan di Decorasikan ini kelihatan amat cantik dan menarik.

tangga cantik 

Tangga yang mengenegahkan konsep kayu. Ukiran diatas tangga tu menjadikan tangga ini nampak lebih Exclusive dan mewah. Bella suka. Tapi, untuk konsep rumah Bella ini, Bella mahukan konsep yang lebih moden dan segar. Jika material nya atau design nya kebanyakkan kayu, Bella rasa ia lebih berkonsepkan klasik dan "old school" walaupun nampak mewah

idea dekorasi tangga

Masih berkonsepkan tangga kayu. Tapi dinding yang putih itu menampakkan tangga itu kelihatan sangat menyerlah. Lebih kurang macam tangga rumah Bella. Cuma design tangga kayu itu Bella tidak berapa berkenan. Dinding dan dekorasinya mungkin boleh diketengahkan. Agak comel.

idea mencantikkan tangga

Ini pun comel. Nampak kemas, Bersih dan ringkas. Masalah yang sama juga bagi Bella, Bahagian atasnya menggunakan kayu. Mesti nak renovate dan memerlukan bajet yang tinggi. Jadi, Idea ini Bella ketepikan dahulu.


Tangga ini pun cantik. Atasnya, iaitu permukaan asalnya diletakkan kayu. Tapi, untuk mencantikkan lagi. Menambahkan decorasi Tangga ini. Karpet ditambah. Cantik. Tapi Bagi rumah Bella memang tidak sesuai.



Sangat kretif!! Hasilnya juga memuaskan. Bella nak cuba buat jika boleh menggunakan wallpaper dan tampal di Tiles.Boleh ke tidak.



Menggunakan corak dan seni lukisan sebagai penghias tangga juga, satu idea yang menarik. Bella pun tertarik nak buat. Cuma Bella rasa, lebih sesuai buat tangga yang berwarna.



decoration tangga 


decorasi tangga 

Bella suka kesemuanya!! Alaaa.. Macam mana ini? Masalahnya cuma satu. Tangga Bella dah ber "mozek" Bella mungkin boleh mencantikkan tangga hanya dengan mencantikkan pemegang tangga dan cuba menggunakan pelekat segera atau wallpaper seperti dalam gambar. Cantik kan?? Mungkin idea bagi korang yang baru hendak membina atau men decoration bahagian tangga rumah korang. Bella akan cari dulu corak dan Bella sukakan 4 gambar terakhir. Sekarang masa untuk "hunting" Wallpaper!.

Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari