ZACK KAPCAI - Santai dan Bersahaja

Korang dah tengok Filem Zack Kapcai ? Ini adalah filem ke - 113 dari MIG Pictures . Zack Kapcai ini adalah sebuah Filem yang bergenre komed...

Korang dah tengok Filem Zack Kapcai? Ini adalah filem ke - 113 dari MIG Pictures. Zack Kapcai ini adalah sebuah Filem yang bergenre komedi aksi. Filem ini adalah arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib. Meletakkan elemen permotoran sebagai subjek utama kerana mereka merasakan elemen permotoran dilihat tidak pernah tenggelam dan sentiasa menjadi trend. Bagi Bella FILEM ZACK KAPCAI sangat Santai dan bersahaja. Ia menyuntikkan elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang dan juga percintaan.



zack kapcai

BARISAN PELAKON ZACK KAPCAI
Zack Kapcai membariskan pelawak sebagai peneraju utama iaitu Fad Bocey sebagai Zack, Shuk SYJ sebagai Roy dan Rahim R2 sebagai Rudy yang sememangnya terkenal dengan lawak mereka. Turut sama dalam menjayakan filem ini adalah Epy Kodiang sebagai Botak, Shahfiez sebagai Wan, Serina Redzuawan sebagai Minah dan juga pelakon baru iaitu Julia Farhana sebagai Tasha.

zack kapcai

SIAPAKAH QISTINA??
Ceritanya bermula dengan kehadiran Zack dan Roy yang bergaduh berebutkan Qistina. Bella fikirkan Qistina adalah seorang gadis yang cantik jelita. Sampai berebut - rebut bagai. Rupanya Qistina adalah sebuah motorsikal. Adeh.. Dasar Mat Rempit. Zack dan Roy bertaruh lumba dan siapa yang menang akan dapat hadiah Qistina sebagai ganjaran. Masa dorang berlumba ini pun banyak sangat elemen kelakar yang dorang terapkan. Tetapi, satu rahsia telah terbongkar ditambah pula dengan kehilangan Qistina, Memaksa Mak Zack membuka rahsia sebenar dan menunjukkan Motor Raja Kapcai kepada Zack.


SIAPAKAH AYAH ZACK??
Rahsia itu sebenarnya membuktikan yang ayah Zack adalah Raja Kapcai dan Zack sebenarnya mempunyai seorang adik yang telah dipisahkan semenjak dari kecil lagi. Masa mereka berpisah (minah dan Rudy) Sedikit elemen lawak telah diterapkan. Bagi Bella, Elemen lawak itu tidak salah. Cuma, sepatutnyalah kan bagi pendapat Bella. Elemen sedih perlu lebih ditekankan pada waktu ini. Secara logiknyalah kan. Mak hendak dipisahkan dengan anak yang masih kecil. Langsung tidak menangis? Langsung tiada riak muka sedih? Pelik. Bagi Bella, bahagian itu perlu diperbaiki dimasa akan datang.


DAPATKAH ZACK MENEMUI AYAH DAN ADIKNYA
Bila terbongkarnya rahsia tu, Terpaksalah minah mengizinkan Zack mencari adik dan ayah kandungnya berdasarkan sekeping gambar lama yang menunjukkan Rudy sebagai Raja Kapcai. Apa yang menarik semua orang, adalah motor Raja Kapcai yang Rudy cipta dan baiki. Semua orang yang tahu sejarah mengenai motor itu semua tertarik.


ZACK MENYAHUT CABARAN BERLUMBA DENGAN WAN??
Zack mencari ayahnya ke Kuala Lumpur dan secara tidak sengaja telah menarik perhatian Wan yang kononnya samseng terbesar di Kuala Lumpur. Wan berusaha mendapatkan Motor Raja kapcai dengan mencabar Zack berlumba dengannya. Zack menolak sehingga Wan terpaksa mengugut Zack dengan mencuri Qistina.


Sinopsis itu pun Bella pendekkan dan ringkaskan saja. Bella skip skip juga. Kalau Bella cerita semua jadi tidak seronok lah. Bagi Bella. cerita ini sangat bersahaja ditambah dengan berbagai lawak ber "double" "meaning". Bella juga jadi meluat dengan watak roy yang kadang kala seolah - olah hilang arah. Dia ini sebagai lelaki sebenar ke atau lembut, Mimik muka yang dibawa oleh Roy sangat menjadi. Membuatkan Bella rasa nak sepak je muka dia. Tapi, banyak kali juga dia kena Belasah dalam babak dalam filem ini. Sebab terlalu menyibuk. Kiranya menjadilah watak dia.

BABAK YANG MENARIK PERHATIAN BELLA


Video diatas adalah diantara babak menarik yang sempat Bella rakamkan buat korang. Tapi, banyak lagi babak menarik yang Bella terlepas. Jadi korang kenalah pergi tengok sendiri ok. 

You Might Also Like

6 ulasan

  1. tak dapat dah nak tgk wayang sobsss

    ReplyDelete
  2. Oh Julia Farhana nama dia... Comel... Ada no tepon dia x?

    ReplyDelete
  3. wah dengar kata citer ni lawak. nak kena tengok gak ni :D

    ReplyDelete
  4. Best lepak tengok movie zack kapcai... asyik nak gelak je tengok...hehehe...

    ReplyDelete
  5. oooooo mamat ni nama fad,selama ni suka tengok dia tapi tak tau nama heheheh

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.