Siri Bercakap dengan Zombi di The Ghostbusters Adventure

Wahhh!! Seronok sangat. Bella dapat ke Sunway Lagoon bersama Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai wakil media untuk menceritakan kepada koran...

Wahhh!! Seronok sangat. Bella dapat ke Sunway Lagoon bersama Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai wakil media untuk menceritakan kepada korang semua, Betapa seronoknya bergurau dengan Zombi di Scream Park Sunway Lagoon. Bagi Bella ia adalah seakan - akan Siri Bercakap dengan Zombi di The Ghostbusters Adventure kerana kita akan dapat lihat mereka secara live!! Betul - betul depan mata.  Seram??? Tak payah nak cakaplah... Bella keluar terus sakit tekak. Korang tidak boleh bayangkan? Korang jangan lupa klik video Bella di penghabisan cerita ini. Janji tau.

ghostbuster live, 


Pada mulanya Bella fikirkan Ghosbusters Adventure ini Bella kena pergi tangkap hantu. Huish!! Kena pakai sarung tangan ni. Manalah tahu hantu tu bukan muhrim. Atau tangkap guna senapang saja. Tembak seekor - ekor bagi mampus!! (Hahahahaha baca dalam nada gelak jahat).

scream park, sunway lagoon 

Mana tak nya, Kami disambut dengan pekerja yang memakai pakaian penangkap hantu dan lengkap dihadapan pintu masuk The Ghostbusters Adventure – LIVE! ini, Siap ada MPV lagi. Dalam hati ini "Pergghh!! Ini betul-betul nak pergi memburu hantu ke ini? Best ini macam dalam permainan video! " Dalam otak pula dah terfikir dah teknik - teknik untuk mengelakkan diri dari digigit zombie atau diserang. Hahaha Over sangat. 

sunway lagoon malaysia 

Rupanya.. Ia seakan - akan rumah yang menempatkan Zombie - zombie dan roh - roh yang telah ditangkap! Lagi lah seram!! Ia yang pertama seumpamanya didunia yang membuat tarikan secara live! Korang boleh tengok hantu tu, Depan- depan. Sunway Lagoon merasakan yang ramai sangat yang menyukai Rumah Hantu (Scream Park) Jadi, Mereka memperbesarkan pula dengan The Ghostbusters Adventure – LIVE! 


 

Kita akan dibawa melalui lorong seram dan gelap sepanjang 20minit dan suasana kawasan itu diolah seakan akan filem seram. Kita akan melalui bilik-bilik seakan akan pusat kawalan Ghosbusters dan terus melalui Aldridge Mansion.

 

Aldridge Mansion - adalah berdasarkan cerita yang diperkatakan, seluruh ahli rumah ini telah.... DIBUNUH!! seorang demi seorang. Ia adalah cerita The Spooky Story Of Gertrude Aldridge. Korang jangan risau. Setiap perhentian ada "guide" penunjuk arah seterusnya. Di Aldridge Masion ini, tour guide hemsem seakan akan Edward yang jaga. Pergghh!! Korang jangan hulurkan batang leher korang untuk dikokak plak. Cair tengok kehenseman vampire ni kan.. Jangan kata korang.. Bella pun. Auwww!! 

SERAM 

Korang akan jumpa juga pakcik ni. Masa Bella lalu, Dia tengah tunduk menyusun sesuatu ditepi. Dalam hati Bella berdoa dan jalan laju - laju agar dia tidak perasan. Masa ini memang suspen giler. Antara nak tunggu tengok wajah dia atau tak nak!!! Tapi korang jangan pergi sepak atau ketuk dia yer... Dia tidak akan usik korang. 

SUNWAY LAGOON 

Tak surprise la kalau Bella cerita semua kan?? Jadi Bella cerita sampai separuh jalan ini sahaja. Apa yang ada dalam ini. Suasana dan dalam  The Ghostbusters Adventure – LIVE!  Ramai yang tanya seram ke?? Seronok sangat ke?? Apa yang Bella hendak pesan korang kena letakkan ketakutan dalam diri korang tu. Korang kena keluarkan.

SERAM 

Korang jangan set dalam minda tu "orang ni, tidak seram la."  Lagi - lagi lelaki kan? Kekonon macho. Korang kena layankan. Baru best!! Baru Feel. Korang rasa kalau ada hantu dan roh betul - betul tak ke kena sampuk?? Abis meracau - racau plak dalam ni. Hahhaha.. Perumpamaannya lah.. Dalam kata mudah faham. 

 

Apa yang paling terbaik. Buat memperkenalkan  The Ghostbusters Adventure – LIVE! Yang baru sahaja ini, Sunway Lagoon berbesar hati untuk memberi hadiah berupa cabutan bertuah kepada pengunjung yang memenuhi syarat :- 
  • Berumur 18tahun keatas
  • Berbelanja rm300 dalam satu resit 
  • Malaysian
  • Isi borang dan hantar untuk penyertaan
Pemenang akan memenangi Proton Iriz. Beronok - ronok pun dapat hadiah?? Seronoknya!! Apa lagi!! Jom la ke Sunway Lagoon dan rasai sendiri!!  The Ghostbusters Adventure – LIVE! at Lynton V.Harris Scream Park

Dibuka dari 11.00am to 6.00pm setiap hari. Selain daripada  The Ghostbusters Adventure – LIVE!  Korang juga boleh bermain lebih 90 permainan mencabar dan berbagai tarikan lain dengan bayaran tiket rm150 sekali masuk untuk 12 tahun keatas dan rm120 bawah 12tahun.


Korang tengoklah video ini buat korang bersedia fizikal dan mental ya.Maklumat lanjut korang boleh hubungi Sunway Lagoon 03- 5639 000 atau melayari laman web www.sunwaylagoon.com

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Terngiang2 plak muzik ghostbuster bila baca nih! Hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.