5 Sebab Kenapa Penyaman Udara Perlukan Servis Berkala

Hari ini Bella akan kongsikan, Mengenai Penyaman udara . Kebetulan Bella hendak memasang penyaman udara. Sebelum itu, Bella kenalah ambil ...

Hari ini Bella akan kongsikan, Mengenai Penyaman udara. Kebetulan Bella hendak memasang penyaman udara. Sebelum itu, Bella kenalah ambil tahu serba sedikit mengenai Penyaman Udara. Apa yang Bella ambil tahu dahulu adalah mengenai servis dan penyelenggaraannya. Bella perlu ambil tahu penting atau tidak melakukan servis berkala.Lepas Bella baca, Bella nak kongsikan juga dengan korang juga.Disini Bella buat kesimpulan dan senaraikan 5 Sebab Kenapa Penyaman Udara Perlukan Servis Berkala. Istimewa buat yang mahu memasang penyaman udara, ataupun yang merancang untuk memasang penyaman udara.




Bella hendak tahu,Berapa kerap korang tukar berus gigi? Sebulan sekali? Atau dua bulan sekali? Macam mana pula dengan kereta? Adakah korang akan hantar kereta untuk servis bila ianya menunjukkan sebarang masalah? Bila kita menggunakan sesuatu barang itu setiap hari, semestinya barang itu perlu diselenggara (atau diganti) untuk mendapatkan manfaat yang maksimum. Begitu juga dengan penyaman udara!

Ramai orang menggunakan penyaman udara setiap hari. Tapi yang peliknya, ramai juga yang hanya melakukan servis keatas unit penyaman udara itu hanya setahun sekali, atau langsung tidak! Servis secara berkala adalah penting untuk memastikan penyaman udara itu dapat berfungsi dengan baik. Dan sebab yang lebih penting lagi kesihatan. Disini Bella senaraikan 5 sebab utama kenapa penyaman udara perlu diservis secara berkala.


1.PENYAMAN UDARA YANG KOTOR BOLEH BUAT KITA SAKIT!

Kenapa boleh buat kita sakit? Ini adalah kerana kebanyakkan penyaman udara yang baru datang dengan fungsi ‘ioniser’ untuk membersihkan udara. Ada juga yang mempunyai penapis HEPA untuk memerangkap habuk yang sangat halus. 

servis penyaman udara


Apa akan terjadi jika penyaman udara itu tidak diservis? Penapis udara akan dipenuhi dan diselaputi dengan habuk yang banyak. Bila ini terjadi, proses kondensasi akan berlaku di bahagian dalam unit penyaman udara itu. Dan apabila kondensasi yang berlebihan telah berlaku, ada kemungkinan kulat spora dan bakteria akan membiak di dalam unit penyaman udara tersebut. Jadi selepas ini, bila korang membuka penyaman udara, korang akan terdedah kepada habuk, bakteria dan kulat. Gelinya!

Orang yang mempunyai masalah alahan akan jatuh sakit, naik ruam pada kulit dan bersin dengan kerap. Ada yang beranggapan ianya disebabkan oleh suhu penyaman udara yang terlalu sejuk. Tapi sebenarnya ia berpunca dari penyaman udara yang penuh dengan kuman.
  
2.KEKAL NYAMAN SEPANJANG TAHUN

Semua penyaman udara akan berfungsi dengan cara dimana udara akan disejukkan dengan menggunakan cecair penyejuk. Cecair ini (dikenali sebagai penyejuk, atau gas) akan habis selepas satu jangka masa. Jika gas penyejuk sudah berkurangan, udara tidak akan menjadi sejuk walaupun anda telah setkan pada suhu yang paling rendah.



Apabila penyaman udara anda diservis secara berkala, anda juga perlu pastikan gas penyejuk juga ditambah. Tiada gunanya jika anda mempunyai penyaman udara, tapi terpaksa tidur dalam keadaan yang panas.

 3.HENTIKAN KEBOCORAN

Kebocoran akan berlaku pada penyaman udara yang rosak. Jika penyaman udara itu terletak di bahagian kepala katil, air akan menitis pada muka atau banta, dan bunyi titisan air itu akan membuatkan kita terjaga dari tidur. Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan penyaman udara bocor, dan kebanyakkan punca itu boleh dielakkan dengan melakukan servis berkala. Kebocoran pada penyaman udara juga boleh merosakkan dinding dan lantai kayu anda. Jika ini berlaku, Terpaksa pula korang berbelanja lebih untuk membaiki lantai dan dinding.  

4.MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT PENYAMAN UDARA 


Jika unit penyaman udara ini diselenggara dengan baik, unit penyaman udara boleh berfungsi dengan baik untuk tempoh yang lebih lama.Mungkin 10 tahun! Tetapi kegagalan untuk melakukan servis akan menyebabkannya bekerja lebih kuat dari semasa ke semasa. Dan ini akan menyebabkan berlakunya masalah yang lebih besar seperti kerosakan pada kompresor atau termostat.



 5.MENJIMATKAN DUIT

Kos untuk membaiki kompresor (atau tukar kepada unit penyaman udara yang baru) adalah jauh lebih banyak dari kos servis berkala. Selain itu, penyaman udara yang diselenggara dengan baik juga akan lebih menjimatkan elektrik. Dengan melakukan servis berkala pada unit penyaman udara, anda dapat memastikan ianya berfungsi dengan baik dan saluran udara yang bersih. Semasa servis dilakukan, gas penyejuk juga akan ditambah supaya ianya dapat menyejukkan udara secara efektif.

Maknanya memang sangat bagus kalau kita buat servis berkala ini. Jadi, Bella juga telah menjumpai satu laman web yang menyediakan perkhidmatan servis penyaman udara yang profesional. Bella kongsikan disini.Korang boleh layari RecomN.com. Mereka juga mempunyai beratus-ratus ahli profesional untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan rumah di Malaysia (terutamanya di Lembah Klang), dan dapatkan pasukan menservis penyaman udara untuk hubungi anda dalam masa 2 jam


Terbaik. Jadi, buat yang tidak pernah servis penyaman udara atau ingin mencari apa saja berkenaan perkhidmatan. Bolehlah klik website yang Bella bagi itu. Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Dah pakai tuu..jgn lupa laa servis..kesian kat mr ekon lama2 tak servis kan buat prangai plak

    ReplyDelete
  2. Ada jadual berkalanya tak??

    ReplyDelete
  3. Boleh la cuba guna servis ni nnt

    ReplyDelete
  4. baru tau pasal penyaman udara ni..nasib baik ada kak bel tolong share info ni..tq..

    ReplyDelete
  5. Nak benda tahan lama, kena laa servis selalu kan

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.