Wednesday

Cerita Hamid Restaurant - Hatyai

Assalamualaikum korang....

Bella nak sambung cerita pasal Hatyai ni. Hendak bagi sedikit info mengenai sebuah Restaurant yang amat dicadangkan oleh orang Malaysia yang datang ke Hatyai ini. Jadi, Bella pun tidak melepaskan peluang untuk cuba makan di Restauran ini yang dikatakan sedap !! Jom Bella Cerita Hamid Restaurant Di Hatyai ini mengikut pendapat dan citarasa Bella pula yer.

hatyai, restaurant di hatyai

Lokasinya berdekatan dengan Lee Plaza. Betul2x depan Plaza. Kiranya lokasi terbaik. Dalam bandar dan depan mall, Pusat membeli belah. Ada juga kedai halal berdekatan, tapi ramai yang cadangkan kedai ni, jadi haruslah Bella cuba. Kalau tak cuba takut menyesal pula kan ? 

 kedai makan hatyai, kedai terbaik

Kedainya agak besar. Pekerjanya semua boleh berbahasa melayu. Memang target dan pelanggan kedai ini boleh dikatakan 90% adalah dari pelancong Malaysia. Nampak sangat kedai ini selalu menerima kunjungan orang kita sampai faham dan pandai berbahasa melayu. Masa kami sedang duduk makan pun beberapa rombongan singgah makan disini.Kira sangat dikenali la kedai ini. Kalau kedai yang tidak pernah orang melayu sampai tu, memang tidak akan faham dan tidak boleh berbahasa melayu. English pun susah.Jom Bella tunjukkan apa yang Bella order. Cukuplah buat 2 orang makan.
 
tomyam hatyai,

Tomyam ayam. Sedao juga, Tapi tidak sesedap Tomyam yang Bella makan tepi pantai Songkhla tu. Ayamnya sikit. Ceduk beberapa kali dah habis. Ayam kecil saja. Bella rasa bolehlah cuma isi ayam takda sangat. Kalau pergi Thailand yang terkenal dengan masakkan Tomyam tapi order Tomyam tak sedap ? Mungkin tukang masak bukan orang Thailand la tu. Boleh dikatakan semua masakkan tomyam disini sangat sedap, walaupun dari satu kedai dengan kedai yang lain cara masakkan dan rasa tomyamnya berbeza tp tetap sedap. 

    ayam goreng hatyai, ayam goreng murah

Ayam goreng adalah menu yang istimewa bagi Bella. Ayam gorengnya sangat ranggup dan enak dimakan begitu saja. Bella mula rasa masa pertama kali datang ke Thailand iaitu Krabi. Bella tidak sengaja terbeli Ayam goreng yang dijual dipasar malam. Saja nak rasa sebab warnanya sangat menarik. Sekali gigit omg !!! punyalah sedap. Sangat menyesal sebab beli satu. Bermula dari situ, setiap kali kami ke Thailand mesti Bella akan beli ayam goreng. Ayam goreng di Hamid Restaurant ini juga sedap. Berebut masa makan dengan HB. Tp tidak boleh lawan ayam goreng di Krabi. Sangggattt sedap.

   

Alamak !! Bella lupa nama sotong ni. Masak apa. Tapi apa yang penting, sotong ini sekadar di rebus dan direndam bersama cili, cuka, perahan limau dan sedikit perasa. Itu yang Bella huraikan mengikut lidah Bella yang merasa aritu. Paling penting sotong ini mesti bertelur. Maknanya sotong yang tiada telur tidak boleh digunakan untuk masakkan ini. 

Telur tu yang menyebabkan resepi ini sangat - sangat sedap. Bella sebenarnya rasa sotong ini pertama kali di floating market. Jadi, Bella order la disini pula. Masa Bella di floating market tu, tidak cukup dan tidak puas makan sebab memang betul - betul sedap. Jadi, Bella order la sekali lagi disini. Malangnya, kedai cantik, besar, tapi sotong dalam sampan too 10x lagi sedap. Hampeh betul. HB paksa gak abiskan. Dah order kan. Mahal plak tu. Korang order makanan lain je la yer...

Pertama kali Bella bagitahu makanan tu tak sedap. Sebenarnya Bella malas nak cakap sesuatu makanan itu tak sedap. Tekak kan lain - lain.Tapi, ada yang marah plak. Jadi, kali ini Bella bagitahu siap - siap la. Tomyam dan ayam goreng sedap untuk dicuba. 

Total Bella makan, sekali nasi dan air teh 515,000 bath. Mahal ke murah?  Bella ada resitnya tapi tulisan langsung tak dapat difahami.Jadi, kalau nak makan disini sila sediakna bajet ok..

Mungkin korang nak mencari lebih banyak info mengenai Hatyai, Bolehlah klik disini  

 

   

3 comments:

  1. uikk nampak sedapnyyaaa... windu hatyai..

    Yanie tag Bella dalam segmen:

    http://www.yanieyusuf.com/2016/03/segmen-top-blogger-2016-by-nurzulfa.html

    ReplyDelete
  2. tak pasan pun kedai ni hari tu.. huk2

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari