Aktiviti
cadangan makan
cari makan
cari makan!!
Event
Gemuk
Kongsi Sikit
Makanan Sedap
Review By Saya Isabella Idura
Menerjah Cafe Terbaik - CAN YOU KETCHUP?
31 March
KETCHUP
?? Apa itu? Kicap ke??
Hehe KetchUp ini membawa maksud korang dapat tangkap tak? Dapat
kejar atau tidak kami semua pergi berlari kemana? Buat apa? dapat jelas atau
tidak cafe mana kitaorang masuk dan pergi? Macam tulah maksudnya. Can You
KetchUp?? apa yang Bella terangkan ni? KetchUp ini lebih kepada
Program Menerjah Cafe Terbaik - KetchUp.
Program ini bermula dari 5 March sehingga 20 March
2016. Program ini melibatkan 36 buah cafes, 36 orang Bloggers dan hari dan 6
kawasan kejiranan. Tentunya bersama Kelab Blogger Ben Ashaari juga.Can
You KetchUp?
Korang kalau
pergi ke sesebuah cafe apa yang akan korang cari?? Hidangan yang lazat ataupun keunikkan
cafe tu? Kalau korang macam Bella, maknanya korang mesti sukakan kelainan
yang ada pada cafe itu seperti hidangan yang berbeza dan hiasan cafe yang
unik.
The
Ketchup Story adalah
perjalanan.Perjalanan mencari Cafe terbaik dan makanan terhebat.
Cafe yang dapat memenuhi impian kita yang mahukan hidangan yang sempurna
yang dihias dengan cantik diatas pinggan yang comel bersama dengan
secangkir teh atau kopi yang diadun sempurna. Cafe yang membuatkan kita
selesa bersembang dan duduk berjam - jam lamanya.
Jika
korang adalah salah seorang dari yang akan mengasaskan Café anda sendiri,
korang bolehlah mengambil atau mengabungkan idea yang telah KetChup
kumpulkan ini kepada Cafe anda. Ketchup juga
akan memperlihatkan Pengaruh Sosial di Café korang, dengan
menyenaraikan Café korang dalam laman Web KetchUp dan
tentunya Blogger akan merakam setiap saat dan semua hidangan yang penuh
berseni itu. Setiap hidangan sempurna seumpama sebuah pengalaman yang baru bagi
Bella.Menyertai team KetchUp merupakan memori yang indah
sepanjang masa.
Kami berkumpul seawal pagi di Bangsar, kerana tugas kami pada kali ini adalah menerjah dan menrungkai beberapa buah Cafe Terbaik di sekitar Bangsar. Cafe yang terpilih adalah :-
Review Pulp By Papa Palheta Cafe
Pulp
By Papa Palheta Cafe
adalah cafe pertama yang kami terjah. Cafe ini terletak berdekatan dengan NSTP.
Cafe ini juga menghasilkan kopi yang diproses sendiri. Korang boleh dapatkan berbagai
jenis kopi, mengikut selera korang disini. Berbagai jenis kopi
dihidangkan dalam berbagai cara. Cafe ini dihiasi seolah-olah kita dalam
bengkel melakukan uji kaji menghasilkan kopi terbaik. Lain dari
yang lain. Teruja sangat bila dapat lepak dalam cafe ini.
Pulp
By Papa Palheta Cafe
pada mulanya hanya menghasilkan kopi dan menghidangkan air kopi. Jadi,Menu
makanan masih terhad. Menurut pemilik cafe ini, menu makanan akan ditambah dari
masa ke semasa. Bella rasa paling terbaik adalah Avocado Egg Toast.
Avocado diatas roti tu, memang terbaik dan sangat-sangat juicy.
Memang terasa kesegaran Avocado tu. Selepas merasai keenakkan
makanan dan melihat sendiri keunikkan Pulp By Papa Palheta Cafe kami
meneruskan perjalanan ke Cafe yang keduai iaitu :-
Review Roost KL Cafe
Roost
Cafe adalah cafe yang
sangat cantik dengan hiasan dan lukisan yang dihasilkan oleh pemiliknya
sendiri. Cafe ini sangat privacy. Amat sesuai bagi mereka yang
mahukan keadaan yang senyap dan privacy. Cafe ini juga, amat
sesuai untuk korang mengadakan sebarang majlis tertutup. Sangat - sangat
cantik dan selesa.
Makanan
yang dihidangkan sangat simple. Tapi rasanya sedap. Bella jatuh cinta dengan pencuci
mulut nya yang lain dari yang lain dan lazat. Memang sangat berbaloi kalau
Bella datang balik ke Roost Cafe, hanya untuk Fresh Jersey Milk Panna
Cotta. Punyalah sedap. Bergoyang - goyang lagi. Habis lepak dan lawat Roost
Cafe, kami bergegas pula ke :-
Review Hanbing Korean Dessert Cafe
Bella
menerjah pula ke Hanbing Cafe. Bella baru tahu di Bangsar ada Cafe
makanan Korea. Korang mesti cuba makan disini. Boleh rasa kelainan makanan Korea.
Tidak pernah sampai ke Korea pun, sekurang - kurangnya dapat makan makanan
Korea pun dah puas hati. Sedap rupanya makanan Korea ni.
Semua
disini sedap - sedap belaka. Aiskrim yang dihidangkan, menang dari segi
decorasi nya. Bila aiskrim ini sampai, semua menjerit sebab terlalu comel.
Rasanya pun secomel bentuknya. Bella tidak boleh berhenti makan aiskrim snow
disini. Bella pasti akan datang lagi. Serious ni. Bella hendak bawa pula
yang tersayang rasa keenakan makanan disini. Cafe apa pula selepas ini? Perut
dah nak meletup dah ni. Tapi, untuk bagitahu korang Cafe mana yang terbaik
punya pasal, kita teruskan perjalanan kita ke Cafe :-
Review Ashley's By LivingFood Cafe
Ashleys By Living Food adalah menfokuskan penghasilan makanan
yang hanya menggunkan bahan semulajadi dan organic. Cafe ini sangat
mementingkan rasa semulajadi sesuatu hidangan yang dihasilkan. Korang nak
sihat? Datang cafe ini hari- hari. Langsung tiada bahan tambahan.
Comel
kan nama Ashley tu? Nama tu adalah sempena nama anak perempuan pemilik kedai
ni. Cafe ini bertemakan telur ayam sebagai hiasan. Comel sungguh. Nampak
kelainan disitu. Di sini,Bella mencuba tiga jenis makanan. Apa yang
Bella paling suka adalah burger daging kambing. Daging kambing yang
digunakan adalah kambing organik. Walaupun tidak menambah apa - apa perasa
tambahan, rasanya amat enak. Ditabur pula dengan kacang almond, menjadikan rasa
burger kambing ini sangat istimewa. Selepas memenuhkan ruang perut
dengan Lamb Burger. Kami Bergerak ke Cafe seterusnya iaitu :-
Review Ted Boy Bakery Cafe
Cafe yang amat comel dan wangi
dengan bau roti dan kek. Tedboy Cafe sentiasa penuh dan sibuk dengan
pengemar roti. Memang patut Cafe ini jadi pilihan, sebab semua roti dan kek
lembut dan sedap. Best!!
Bagi
Bella,Tiada satu makanan pun di Tedboy Cafe ini tidak sedap. Semuanya
sedap dan lazat - lazat. Bella bukan saja - saja cakap tau. Tapi memang betul -
betul sedap. SEMUANYA terbaik. Pizza, Spagetti, Roti, air, semuanya la.
Sedappp... walaupun dah kenyang, tapi kesemua makanan ini tetap amat lazat
ditekak. Sebelum balik pun Bella borong beberapa biji roti untuk kawan - kawan.
Bagi dorang pun turut sama merasai kesedapan roti yang dihasilkan oleh Tedboy
Cafe. Jom Cafe yang terakhir untuk Can You KethCup? adalah :-
Review
OJO Coffee Cafe
OJO
COFFEE CAFE adalah cafe terakhir Bella untuk OJO Cafe buat masa sekarang hanya menghasilkan air
yang berbagai jenis dan korang boleh campurkan dengan apa saja perisa yang
korang suka. Bella pilih Ice Blended Coffe Toffee. Bella tambah one
shoot expresso. Memang terasa -rasa kopi nya. Tidak terlalu manis. Just
nice.
Apa
yang membuatkan Bella kagum mengenai OJO Coffee Cafe ini, dengan decorasi
Cafe nya. Bella bila tengok keadaan Cafe yang super cool ini,
Bella pun rasa nak lepak sama. Susunan kerusinya seolah - olah kita berada
didalam perpustakaan. Cool habis. Korang yang hendak belajar ataupun ada kerja - kerja yang documentation boleh la lepak tempat yang awesome ini. Mana tahu dapat banyak idea.
Selesai
sudah menerjah keenam - enam Cafe yang terbaik di Sekitar Bangsar.
Kesemua Cafe menpunyai keistimewaan tersendiri samaada dari segi hidangan,
minuman ataupun kecantikkan Cafe nya. Bella amat gembira dapat menerjah dan
berkongsi pengalaman Can You KetchUp? ini dengan korang. Seronok
sangat rasa.
Bagi
tuan punya Kafe ataupun pengasas cafe, ataupun owner of cafe
yang berminat untuk membenarkan kumpulan Kelab Blogger Ben Ashaari
besama team KetchUp menerjah cafe anda, sila layari :
IG : @ketchup_my
Korang nak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti Bella menerjah
Cafe, korang boleh klik video dibawah.
2 ulasan
Afiqqq still xleh move on
ReplyDeleteAfiq now days banyak dan selalu g review kan??
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.