Pantai Songkhla HATYAI - Duyung Menanti

Hai...Jom Bella sambung balik perjalanan Bella di Hatyai . Lepas saja Bella melawat gitew - gitew ajer tasik tu, Bella terus la gerak. Kira...

Hai...Jom Bella sambung balik perjalanan Bella di Hatyai. Lepas saja Bella melawat gitew - gitew ajer tasik tu, Bella terus la gerak. Kiranya Bella ada satu hari ini je untuk lawat semua tempat menarik di Hatyai ni. Korang klik link Ice Dome Hatyai Penting baca sebab ini sambungan dari post Ice Dome.


Perjalanan menuju ke SONGKHLA CITY sangat indah dengan suasana kehidupan hariaan mereka yang sedikit berlainan dengan kehidupan di Malaysia. Korang jangan harap la nak tanya orang kalau sesat. Dorang tak faham. Macam Bella HB siap lukis siap - siap peta untuk ke sana dan tanya dekat hotel cara ke sana. Sesat juga ok.. hahahaha. Jadi Bella macam lebih suggest kan korang naik public transport yang faham dengan jalan disini. Jimat masa dan tenaga. Masa tu yang penting. Pastikan tak kena tipu. Kala kena tipu rugi la. 

pantai samila, pantai duyong

Menuju ke Pantai Samila Beach korang mesti jumpa punya tempat ni. Masa ni panas tak ingattt!! panas sesangat. HB siap rasa nak pitam. Jom Bella belanja gambar disekitar sini.

pantai hatyai, bercuti ke hatyai,

Masa ini, entah macam mana boleh salah jalan Bella sampai sini ikut jalan belakang. Kena jalan jauh masuk kedalam. Padahal boleh parking depan - depan pantai je kalau tahu. Cuaca yang panas terik giler. Nasib pantainya amat mempersonakan. Hilang la sikit rasa panas tu.

bercuti di pantai, bercuti di hatyai

Panas terik macam ni pun ramai sangat orang. Ramai juga yang mandi. Bella pelik betul la. Tak pernah pula Bella baca pantai Samila ni boleh mandi.Pantai ini memang boleh mandi yer.. terpulang pada korang je, sanggup mandi atau tidak. Panassss sangat kot.

bercuti ke hatyai

Jauh - jauh kami berjalan kaki hanya untuk mengambil gambar bersama cik duyung ni, Orang kata, kalau pergi Hatyai tak tangkap gambar bersama duyung ni macam korang tidak pergi la jawabnya. Bella pun mestilah nak tangkap. Berebut - rebut k. Kena kental sikit. Naik je. Kalau korang tunggu je turn kat bawah tu, satu kumpulan sampai malam la tunggu. Macam - macam gaya dorang nak buat kat sini. Abis kita? nganga je tengok dorang.. huhuhu..


Bila kita masuk pantai songkhla ini melalui jalan belakang, korang tidak akan jumpa dengan deretan kedai yang menjual barangan cenderahati dan gerai - gerai yang menjual makanan.Jadi, HB bawa kereta ke bahagian depan. Kalau korang nampak signboard Samila Beach yang macam belakang Bella tu, maknanya betullah korang masuk dari bahagian depan.


Barang - barang disini, bagi Bella sama saja dengan yang ada di pasar malam. Bella tengok - temgok saja. Bella cari air dan aiskrim kelapa. Ada la beberapa penjual bermotor menjual aiskrim, tapi tidak nampak tanda halal dimana - mana. Jadi Bella batalkan saja hasrat untuk merasai air kelapa. Cenderahati pun tidak beli. Bella rasa macam lebih mahal berbanding yang di pasar malam.


Bila tiada apa yang mahu dibeli, kami hanya keluar dari situ dan mencari apa yang boleh dimakan. Rezeki agaknya, baru nak bergerak pulang, kereta tolak penjual aiskrim halal sampai. Alhamdulillah.. Dapat la kami rasa. Korang jangan risau, sekarang kat Malaysia banyak dah kedai yang jual.  Dah jalan jauh - jauh ni lapar la plak. Jom cari kedai makan sekitar pantai samila songkhla ni.

Lepas ini Bella cerita kat korang kedai makan yang murah dan sedapp.. Ok? 


You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.