Kesakitan Rakyat Syria

Alhamdulillah, Bella berkesempatan berkongsi kesedihan dan mengetahui serba sedikit mengenai Syria dan Kekejaman Kafir keatas rakyat Syria...

Alhamdulillah, Bella berkesempatan berkongsi kesedihan dan mengetahui serba sedikit mengenai Syria dan Kekejaman Kafir keatas rakyat Syria. Betapa tidak dapat dibayangkan oleh Bella tentang KESAKITAN RAKYAT SYIRA. Jadi hari ini Bella hendak menyeru kepada semua yang baca atau terbaca tulisan Bella ini, bersama - samalah kita bantu mana yang termampu. 

      

Bella diceritakan yang penduduk Syria sangat terseksa kerana pemimpin mereka sangat kejam dan tamakkan duniawi. Peperangan bermula apabila seorang budak dengan sangat berani menconteng dinding sekolah dengan perkataan menyuruh pemimpinnya meletakkan jawatan. Dan dia hanyalah seorang budak. 
   
     

Budak ini telah dikepong oleh askar di sekolah nya sewaktu bermain.Dia dan telah diseksa dengan begitu teruk. Penduduk syria amat terkejut dengan tindakan askar kerajaan ini, yang bertindak sebegitu kejam keatas seorang budak yang amat lemah. Jadi mereka telah beramai - ramai membuat perhimpunan aman yang menyuruh pemimpin mereke bertanggung jawab dan menjelaskan kejadian ini kepada mereka. 

     

Jawapan yang paling menyakitkan hati dan membangkitkan kemarahan org syria. Perhimpunan aman diteruskan supaya pemimpin mendengar dan faham dengan kehendak mereka. 

      

Perhimpunan aman itu telah disertai boleh dikatakan oleh seluruh penduduk syria. Berlangsung secara aman dan tanpa membawa kepada kemusnahan dan pertumpahan darah. Hanya berhimpun dan melaungkan pulangkan anak kami. Malangnya perhimpunan aman ini telah dijadikan medan pertumpahan darah apabila pasukan polis telah menembak secara awak menggunakan peluru kapur untuk menyuruh mereka bersurai. Peluru sebenar. Bermula dari saat itu lah kekejaman di Syria.

       

SYIRACARE Malaysia ditubuhkan bagi membantu rakyat Syria dalam pengumpulan dana.Sama ada dari segi pakaian harian, makanan dan juga ubat - ubatan. Amat membanggakan apabila kumpulan dana daripada rakyat Malaysia telah membantu Rakyat Syira mendapatkan sebuah ambulans. Sebenarnya Ambulans ini bukanlah Ambulans sebenar tetapi sebuah van yang telah diubah suai menjadi ambulans. Alhamdullilah..

      

Bella menyeru dan mengajak semua bersama - sama membantu dan menyalurkan sumbangan sedikit sebanyak dan semampu yang boleh kepada Rakyat Syira melalui Syira Care. Kita sepatutnya bersyukur   kerana Syira Care sanggup memikul tanggungjawab untuk mengumpul dana dari rakyat Malaysia untuk diserahkan kepada rakyat Syira. 

     

Bella bersama - sama Kelab Blogger Ben Ashaari berasa bertanggung jawab mengajak semua, dalam membantu SyiraCare mengumpul dana untuk diserahkan kepada rakyat Syira. Tanggung jawab kita sesama umat islam. ALLAHUAKBAR.. semoga umat islam disana tetap tabah dalam menghadapi pemerintah yang zalim dan kejam.

https://www.facebook.com/syria.care/?fref=ts

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehla menyumbangkan bantuan tersebut kepada akaun SyiraCare :

Maybank : 562106653575
CIMB : 8601894560

Jika korang terasa was - was adalah duit sumbangan korang akan sampai kepada rakyat Syira, korang follow saja Facebook Syira Care Malaysia. Setiap apa yang dorang lakukan menggunakan duit sumbangan akan direkodkan. Sanggup atau tidak sajalah korang nak tengok. Amat menyedihkan.Semoga usaha dan sumbangan kita ini diberkati. Aamminn.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.