AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Wednesday

Belajar FOTOGRAFI cara ADHADI MOHD

Hari ini Bella amat bertuah kerana dapat belajar FOTOGRAFI cara ADHADI MOHD. Banyak sangat ilmu baru yang Bella belajar macam mana hendak dapatkan gambar yang cantik dan amat disukai oleh orang yang melihatnya.Jadi, bagi siapa yang baca post Bella hari ini juga amat bertuah Bella berbesar hati kongsikan dengan korang Asas Bergambar. Kita belajar asasnya dulu yer.. kalau Bella boleh cerita sangat lengkap tidak perlulah Bella datang Belajar disini kan.. hehehe.. Jom Bella kenalkan dengan cikgu yang mengajar FOTOGRAFI ini, yang lebih dikenali ADHADI MOHD.

BELAJAR, DSLR, TANGKAP GAMBAR

Adhadi Mohd amat pakar dalam bidang FOTOGRAFI ini ya. Kalau korang tidak percaya, korang pergi saja di Website http://adhadi.com/tentang-saya/ disini beliau ada menceritakan serba sedikit latar belakang beliau dan pengalaman - pengalaman beliau dalam bidang Photografi sebelum ini. Haa jangan terngaga sudah yer, banyak pengalaman beliau. Rugi siapa yang tak korek ilmu Cikgu Adhadi Mohd ini. Tunjuk ajar ku Sifu!!


Korang juga boleh lah ke  Facebook Adhadi Mohd III kerana perkongsiaan cikgu ADHADI MOHD ini bukan dan tidak terbatas di kelas sahaja. Cikgu juga akan berkongsi dan menjawab setiap pertanyaan yang korang ajukan di Facebook. Baik cikgu ADHADI MOHD. Tengok la contoh diatas. Lepas belajar, Bella terus praktik kan. Tapi dah abis kelas kan, nak tanya macam mana?? Jadi, tanya kat Facebook jer.. alhamdullilah dia balas.

ASAS PHOTOGRAFI yang penting adalah Asas Exposure, Contrast, Focus, Leading Lines, detail, Framing, Saturation, rule of thirds, counterpoint, depth,White Balance, Composition, Lighting, Foreground and Background. Apa yang Bella boleh kongsikan disini semua asas ini adalah penting tapi, bagi korang yang mungkin hanya ambil gambar untuk simpanan dan kenangan sendiri, apa yang perlu korang utamakan terlebih dahulu adalah cahaya. Cahaya yang diterima oleh oleh objek yang hendak korang rakamkan itu dan pencahayaan ditempat kedudukan objek tersebut.

Ini adalah perkongsiaan Bella dengan korang apa yang Bella faham. Mungkin korang tidak rasa pencahayaan adalah asas yang paling penting, tapi bila Bella belajar Kelas Photografi Bella rasa pencahayaan adalah yang paling utama. cikgu ADHADI MOHD memberikan tips yang amat berguna untuk kita gunakan untuk menampakkan lagi objek yang kita rakamkan itu mendapat pencahayaan yang serata adalah dengan menggunakan POLYSTYRENE. Bila korang menggunakan POLYSTYRENE objek akan mendapat cahaya sepenuhnya. 

asas bergambar

Sekiranya pencahayaan tidak mencukupi, gambar akan kelihatan amat gelap dan objek sukar dikenal pasti. Tetapi, gambar seperti ini boleh mencipta kesan dramatik. Ala.. kesan ini  selalu digunakan pada wajah pelakon sebenarnya. Terutama cerita seram atau mistik. Korang macam sukar hendak mengenal pasti siapakah disebalik wajah itu. Ada juga kegunaan jika pencahayaan begini.

tips mengambil gambar

Bagi mendapatkan gambar yang cantik dan menarik terutama object,Negative Space iaitu ruang kosong selain subject utama perlu dikurangkan.Bila ruang itu kosong, tidak semestinya ia tidak bermakna tapi korang kenalah sesuaikan dengan keadaan. Seperti gambar diatas, negative space tidak diperlukan sangat. Kadang - kala jika digunakan dengan baik, negative space boleh memberikan impak dan dinamik dalam gambar. Digunakan dengan kurang baik, negative space menyebabkan rasa kurang selesa dan kurangnya perhatian kepada cerita didalam gambar. Seperti gambar diatas.

penggunaan kamera yang betul

Gambar lemon diatas sudah cukup cantik kan? Lemon jelas kelihatan dan seperti lemon sebenar. Tip yang kira penting juga, korang jangan sesekali gunakan zoom in dan out untuk objek yang dekat seperti ini. Objek kecil lebih lebih lagi. Ini kerana, zoom in akan menyebabkan gambar tiada fokus. Apa yang perlu korang buat adalah mendekatkan kamera kepada objek. Bila kamera didekatkan, kamera akan auto blur kan objek dibelakangnya. Gambar ini dah cukup lengkap, cuma back ground tidak dipentingkan.


Tengok la buah lemon ini. Nampak lazat kan? Haaa... ini barulah betul. Teknik mengambil gambar yang betul.Teknik cahaya yang betul, fokus area ada, ruangan kosong amat kurang dan gambar seakan - akan gambar sebenar.

                          

Bella paling suka sesi ke 2 iaitu belajar menggunakan DSLR dan menggunakan DSLR secara praktikal. Sebenarnya, mengambil gambar menggunkan DSLR gambar lebih cantik menggunakan mode Manual. DSLR paling utama fungsi yang kita kena tahu adalah ISO, APERTURE dan SPEED SHUTTER. Bella cadangkan korang beli saja DVD Kuasa Fotografi dengan DSLR.Kenali asas fotografi Aperture, shutter speed, iso dan juga teknik teknik komposisi untuk menghasilkan gambar yang baik . Sangat penting untuk mereka yang ingin mempelajari fotografi tetapi tiada kelapangan untuk menghadiri kursus, atau jauh dari lokasi kursus.

1. Pengenalan Kepada DVD
2. Asas Pengendalian DSLR
3. Cara Setting pada kamera
4. Memahami Aperture
5. Memahami Shutter Speed
6. Memahami ISO
7. Memahami Exposure
8. Teknik Fokus
9. Mod Manual
10. Depth of field
11. Merakam gambar bergerak
12. Fill in Flash
13. White Balance
14. Metering
15. Komposis
16. Centre of interest
17. Memilih orientasi
18. RO3
19. Latarbelakang
20. Foreground
21. Sillhoutte
22. Pengenalan Lightroom
23. Lightroom Workflow



Nampak kan, kepentingan kita belajar. Ok... nanti Bella sambung lagi. Terima kasih kepada cikgu ADHADI MOHD diatas kesudiaan mengajar KELAB BLOGGER BEN ASHAARI.

6 comments:

  1. wahhhh nice sharing, bestnya dapat peluang macam tu :)

    ReplyDelete
  2. Ok gambaq last sekali memang tak bole blah.. Hehehehe

    ReplyDelete
  3. kak bel...kita tak ambil dvd mcm akak..kita ambil dvd photoshop...jd nak dapatka dvd yg i plak lah...

    ReplyDelete
  4. hahahhahahha apa kaitan gambar dibawah sekali ni bella hahhahahha ben oh ben ada saje perangai lucu dalam serius dia tu...good tips...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.