Thursday

Shopping Raya Berpahala

Assalamualaikum...

Semoga anda semua dilindungi dan dirahmati ALLAH s.w.t hendaknya...

Haaa nampak, post yang baik..dimulai dengan ayat yang baik dan indah2x..hari ni bella nak share.. macam ne dengan bershopping korang still dapat pahala. Haaa?? x nak pahala? Nauzubillah.... pahala tu ganjaran dari ALLAH s.w.t kepada kita hambanya. Saham akhirat tu. Betapa sayangnya ALLAH s.w.t kat kita..niat nak buat baik pun dah dapat pahala. In Sha ALLAH...Tau kan?? Jadi sila la niat dalam hati korang nak tau macam mana nak buat pahala dengan hanya bershopping. Bella x nak la berceramah panjang sebab bella bukanlah ilmu yang penuh didada untuk bertekak pasal dosa dan pahala ni, bella masih belaja dan sentiasa mendoakan untuk semua dan diri bella sendiri supaya diberi pentunjuk oleh NYA.. aaaminnn...

http://www.projekiqra.com/
Bella Salah Seorang Sukarelawan #kbbaprojekiqra

Haa... inilah yang bella maksudkan. Kita sama-sama menbantu Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia untuk membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran persatuaan ini. Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA untuk melaksanakannya.


Korang ada tak tertanya-tanya dalam hati? Apa Tujuaan projek ini sebenarnya kan?? Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri. Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal. Tak kan kita je nak bergembirakan? Bagaimana pula dengan anak2x ini?? 


Faham kan?? macam ne korang nak dapat pahala dengan hanya bershopping. Tp bukan kita yang shopping la.. kita sumbangkan sedikit sumbangan untuk saudara kita yang kurang berkemampuaan pula untuk bershopping.. Kakak, abang, adik, makcik atau pakcik mungkin mengeluh kan?? mungkin la.. Adusss.. minta derma lagi. Maaf!! xda paksaan dalam menderma. Saya dan rakan -rakan yang lain hanya bantu seikhlas hati dengan hanya mengharapkan saham akhirat sahaja. Harap maklum ya...

Apa saja pertanyaan ataupun korang rasa ragu-ragu..betul ke pertubuhan ni... sila lawat website ini..

http://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2015/   klik je link ni.

Poster kat atas pun ada no tel person in charge. Boleh terus hubungi.Donate terus di laman web ni pun boleh. Atau korang masih x percaya.. percaya kat bella je.. ne la taukan..

boleh pergi instagram bella.. @bella_idura  #kelabbloggerbenashaari #projekiqra #kbbaprojekiqra
FB : Isabella Idura

Bella sekarang harap kawan-kawan semua dapat menyumbang seorang rm20 pun sudah cukup,tapi seikhlas hati pun boleh. Ne tau.. nak kumpul sesama dengan bella dulu ke..then nanti bella bank in terus ke account Projek Iqra. Sebenarnya..duit yang kita sedekah tu adalah sebenar-benarnya duit dan rezeki kita. Duit kat tangan kita, bukan lagi duit kita..sekejap kereta rosak la.. bayar tol la... bayar GST la.. oppsss...

Ok semua hamba-hamba ALLAH s.w.t.. harap bermanfaat. Assalamualaikum..

2 comments:

  1. terima kasih diatas sokongan yang diberikan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari