Saturday

Bercuti Ke MELAKA

Horray!!! jom kita ke MELAKA!!! bEST sangat bagi bella. Owh lupa plak nak bagi salam. Assalamualaikum.. "bella tanya apa khabar...." huhhuhu.. okey..bella nak share mengenai Melaka.. Bella bercuti ke melaka selalu.. Sebab melaka have a lot of thing!! a lot of delicious food.. a lot of history.. a lot of fun.. pendek kali semua a lot lahhhhh!!! Jadi sape yang x pernah pergi dan nak pergi..jom bella share sikit...ne tahu korang x tau lagi kan..

melaka

Okey.. Kali ni bella share tempat menarik yang bella dah pergi di Melaka. Kita zoom in apa yang a lot kat melaka tu yer... Bagi yang tercari2x penginapan bila ke Melaka boleh la klik disini Penginapan Bercuti Ke Melaka . Bella pergi ke Melaka terus menuju bandar melaka. Apa yang akan kita nampak???


Yerrr...Menara Taming Sari.. sape pernah naik? Bella naik la nak merasa. Oleh kerana Melaka tidak mempunyai banyak bangunan tinggi seperti Kuala Lumpur, menara dengan teknologi Swiss ini adalah antara cara terbaik untuk kita melihat kota Melaka dari pandangan dari atas.Tapi pelawat kadangkala ramai.Tapi terbaiknya kita  tidak perlu menunggu lama. Ini kerana menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat pada satu masa dan hanyalah berputar selama 7 minit.Rasa kejap giler..

Time nak pergi tu bawah tu penuh dengan beca yang menanti sape yang nak cuba naik. Dorang hias cecantik. Ada beca yang berlagu..bunga2x dan berlampu lip lap lip lap. Pilih la yer. Tidak jauh dari menara taming sari ni juga ada pasar. Macam-macam ada. Best...

Korang jalan la memalam dekat ngan menara taming sari. Area Dataran pahlawan. Ada padang yang luas banyak la bebudak baru nak naik lepak kat sini. Suasananya nyaman sangat.Shopping mall pun bersepah-sepah. Tak shopping pun. Buat apa..sama je kan?? Kat sini juga ada taman yang di hiasi dengan lampu yang cute2x.. Tu my dear snap pic dengan deer. Kiut giler!!  Malam pun still meriah.


Rugilah sape yang pergi melaka, xkan cuba naik melaka river cruise. Melaka River Cruise yang dilancarkan pada tahun 2008 memberi peluang kepada kita menyusuri sungai bersejarah yang pernah terkenal sebagai pusat aktiviti perdagangan di Asia Tenggara. Sambil bot ni menyusuri sungai,dapatlah kita tengok sendiri bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.Kita juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan ‘muzium hidup’ sewaktu di dalam cruise ni.

Tapi,sungai Melaka selalunya kelihatan kotor, dan terdapat kawasan di mana bau sungai agak kuat. Kadang-kadang kita juga yang mungkin terserempak dengan biawak yang bersantai di bawah mural-mural bangunan.Cute apa..kan..Waktu terbaik menaiki Melaka river cruise ialah pada waktu malam. Ia lebih sejuk dan juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampung Morten.Bella naik time siang. Ingat malam tutup. Bila time malam..bella sempat makan kat tepi sungai tu jela.

Korang boleh menaiki bot ini dari :-

1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus


Lepas je korang bersiar-siar dengan river cruise..Bolehlah mendalami peninggalan sejarah dengan memasuki Muzium Samudera atau “Muzium Kapal” yang terletak di Jalan Merdeka. Korang kalau masuk bandaraya melaka x nampak kapal ni tak tau la. Sebab kapal ini terlalu besar dan ia adalah antara monumen Melaka yang pasti menarik perhatian kerana ia kelihatan seperti sebuah kapal lama dan diletak di tepi muara Sungai Melaka.


Muzium ini dibina di dalam sebuah replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar — iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511. Di dalamnya ada macam-macam peninggalan lama. Macam wang dahulu kala, meriam, peti besi, lukisan, replika kapal serta peta-peta yang menceritakan tentang sejarah maritim di Melaka. Time bella datang aritu dorang buat program tido dalam muzium ni...Ada bran??


Seterusnya bolehla kita ke Zoo Melaka & Night Safari. Zoo ini adalah zoo kedua terbesar di Malaysia yang dibina di tepi lebuhraya Ayer Keroh. Mini Safari di sini ialah satu kawasan di mana kita boleh melihat haiwan-haiwan dari Afrika seperti zirafah, impala dan kuda belang bergerak bebas dalam kawasan lapang. Kita akan melalui kawasan ini melalui platform tinggi di atas haiwan liar ini. Tengokla.. memang bebas binatang2x ni kita lihat.


Kalau korang datang ke sini pada hujung minggu, korang juga boleh menunggang beberapa ekor kuda di dalam kawasan kandangnya dan gajah. Ini bella x try. Ada juga kompleks Harimau.Kompleks ini memuatkan beberapa spesis harimau dari harimau belang ke harimau bintang yang dipelihara di dalam rumah kaca.  Mereka yang tidak sanggup berjalan (ya, zoo ini sangat besar) boleh menaiki trem.
Jika korang datang pada hujung minggu, jangan lupa melawat Lily si gajah yang comel dan manja. Korang mungkin boleh memberinya makan dalam sessi yang bermula pada pukul 11:30 pagi.


Bertentangan dengan Zoo Melaka korang leh nampak Taman buaya.Taman ini kecil je. Macam x berbaloi nak bayar. Hahahaha... Masuk2x adalah reptilika banggunan-bangunan.. ok juga. Comel.
Di taman kecil ini,korang boleh melihat lebih 100 ekor buaya yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Tapi bella tengok semua macam sama je...Xda colour lain pun. Susah nak bezakan.

Antara buaya yang dipelihara di sini termasuklah buaya Jenjulung dan Tembaga yang boleh didapati di sungai negara ini serta buaya March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat.
Jika dahulu taman ini hanya memuatkan buaya, kini ia juga mempunyai taman air untuk kanak-kanak

Oleh kerana buaya termasuk haiwan yang kurang bergerak, trip ke sini mungkin terasa seperti melihat patung-patung kaku.Korang datanglah pada hujung minggu bermula dari pukul 10:30 pagi. Anda akan sempat melihat sesi memberi makan dan menyaksikan pakar buaya mencium dan menunggang buaya dalam pertunjukan buaya taman ini. Time bella datang tengah renovated. Paling teruk kaunter tu tak x cakap pun tengah renovated,rasa tak berbaloi sangat bayar.



Haaaa...sini berbaloi datang sebab free. hahahaa..Kota A Famosa Melaka ialah sebuah kubu pertahanan orang Portugis yang dibina pada tahun 1511 sebaik sahaja Portugis berjaya menawan kota Melaka dari tangan orang Melayu. Ia terletak berdekatan dengan Muzium Istana Kesultanan Melaka. Kubu tentera ini dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka yang ditawan dan menggunakan bahan binaan hasil dari batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar.

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul. Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa.
Jika anda mendaki bukit hingga ke puncak, anda akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda.
Kini penutup-penutup kubur ini telah di alih dari lantai ke dinding kota.
Terdapat juga patung St. Francis Xavier, iaitu mubaligh Kristian yang bertanggungjawab menyebarkan Kristian ke Asia Tenggara di tepi gereja ini.


Bella naik beca ni kat bandar hilir. Pakcik yang bawak beca ni bawak kitaorang round2x kat bandar melaka ni. Baik sangat. Mula-mula pergi A famosa tu la.. pastu..


Pergi melawat stesen kereta api lama yang digunakan zaman portugis. Sangat unik ok.


Kami juga dibawa ke kapal perang yang pernah digunakan..bukan yang contoh tau, tapi yang real. Masih utuh. Bella seram gak nak pegang. Takut luruh. Awasome jugala tempat ni..


Awasome sangat kan pemandangan kat sini.. Pakcik ni paling best sebab dia yang beria-ria suh kitaorang pose. Bella malu plak nak pose tapi pose gak. hahaha. Terbaik la pakcik ni.


Nilah.. pakcik tu..baik..no extra charges. Seikhlas hati je pakcik ni minta.. dia bawak ke semua tempat tu tau. best..


Kat melaka pun ada pantai okeisss... time ni panas terik..tapi angin kuat dan best. Bella nak je mandi, Tapi xda pun orang mandi. Hehehehe. Okey la.. rasa macam dah panjang sangat bella cite. Nanti sambung balik k..

Bye2x..xoxo...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari