AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Saturday

Makanan paling sedap di Melaka.

Hi sayang2x semua..
assalamualaikum...
hari bella nak share pasal makanan...
Yummmy..yummmy!!

Bella dah share pasal  Penginapan Bercuti di Melaka, Bercuti Ke Melaka, Pengalaman Di Melaka Wonderland Theme Park & resort korg click je kalau nak tau lebih-lebih. Pernah bella pergi melaka hanya untuk hunting makanan terbaik dah tersedap di melaka. Memang Melaka banyak makanan sedap. Sedappp!!! sangat.

makanan sedap

Oppsss...ni bukan makanan yer.. hahahaha.. tapi disebabkan takda gambar makanan tu jadi bella share la pic yang awesome ni. Hhahahhaa..Makanannya banyak terdapat di sekitar pantai klebang. Kalau korang stay kat hotel sekitar pantai Klebang tryla nasib bungkus yang dijual dalam bakul tepi jalan ni. Sangat rare...teringat zaman sekolah kecik2x dulu. Paling penting!! sedap.

Sepanjang perjalanan di pantai klebang ni pun banyak gerai-gerai jual makanan gantung-gantung ni. Bella bukan nak cakap sedap, tapi nampak menarik kan?? bella x beli tau. Jadi bella x tau sedap ke x sedap. Cuma deco tu menarik bella untuk singgah. Hahhaha...Gerai ni jual macam-macam makanan tradisi.Melaka kalau tak beli cencalok tak sah la kan.. Jadi bella beli disini saja..


Top on top meletup di Melaka. Sape x pernah rasa rugi. Famous giler kot!! nak beli punyala beratur panjang. Hmmm.. nasib bella jap je dah dapat sebab kedai baru nak buka. Kalau g melaka x singgah sini memang pelik la.


Nilah landmarknya.. berdekatan ngan caltex. Jangan tertipu dan tak tau banyak cetak rompak coconut shake ni. Bella mula-mula nak beli pun melilau cari. Tengok tu ada kon.. silap2x jalan ni pun jadi jammed giler sebab nak beli coconut shake ni.


Kedai Ikan bakar Malim ni memang glamour dengan ikan bakarnya..kalau korang ada masa dan ada rezeki boleh rasa ikan bakar disini, sebab ikannya selalu abis. Tapi... bella kat sini adalah untuk mencuba murtabak singapore nya yang sangat umppppphhh!!!! memang x tipu. Sedap sangat.

Hmmmm...yummy. Murtabak ini pun dah masuk dalam segmen jalan-jalan cari makan tau. Kalau korang ni pergi ke restaurant ini dia berdekatan dengan stadium. Try la.. member2x yang pergi ke melaka mesti akan recommend kan kedai ni. Seddppppnya..



Makan seafood di muara melaka. Time ni bella makan di parameswara yang glomour sangat tu. Katanya sangat sedap.Time bella datang sini memang penuh la orang.

Okey.. kedai ni bella bukan nak cakap pasal kesedapan dia sangat.. tapi kedai ni mahal. Yes, Mahal. Korang baik pergi kedai sungai duyung. Orang melaka kata di situ lagi berbaloi.Tapi Bella tak sempat cuba lagi.


Melaka paling havoc mestilah asam pedas kan..Ada banyak sangat kedai. Paling sedap memula bella makan tu dekat area hotel one o one tu tapi sangat lupa la namanya apa. Hotel asam pedas claypot ni punyalah penuh orang. Ramaiiiii..... sangat orang. Mesti sedap kan?

Hmmmm....Tips!!! korang silalah datang malam dan time lapar... Bella datang makan time tu x lapar sangat. Singgah sebab tengok ramai sangat orang, tapi..bella rasa macam rasa belanga yang lebih. Hhahaha.. entah la mungkin kenyang kot.Citarasa kan lain-lain. Mungkin korang rasa sedap giler ker.. sebab kedai ni penuh dengan orang..semua bangsa makan kat sini.


Normally kalau kita makan asam pedas kat Melaka ni.. mana2x kedai pun..akan sediakan set macam ni. Ada nasi, sedikit sayur, sambal belacan dan telur masin. Heaven kan.. Must Try..

Okey la.. bella rasa sampai disini dulu perkongsiaan bella. Bella rasa nilah kedai-kedai yang patut korang highlight jika ke Melaka... Tadddaaaaaa.. kalau ada lagi bella tambah. bye2x xoxoxo.

6 comments:

  1. Sedapnya nampak makanan-makanan ni.. boleh try nanti.. :)

    Anyway, jemput ke entry saya untuk mencuba nasi ganja pula..

    http://miaqaisarah.com/2015/04/15/nasi-ganja-perlis/

    ReplyDelete
  2. Cantik la awk.awk lg menyerlah dari makanan.hehe

    ReplyDelete
  3. cer try kelapa dekat Batu Berendam...berkerumun orang

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa....!
    next time i nak coba makan itu makanan.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.