AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Sunday

Meneroka Bukit Saga di Ampang KL.

Assalamualaikumm..apa khabar..

Korang semua!! tahu tak rupa-rupanya dalam KL ni pun ada kawasan terpencil yang ada air terjun didalamnya! fuhh sungguh tak disangka-sangka. Aktiviti ni bermula bila kawan sepejabat my dear ajak kitaorang join group aktiviti dorang. Aktiviti ni lebih kepada hiking la. Lebih 30orang join aktiviti ni. Kiranya ada kepala la yang mengetuai aktiviti ni. Sape pernah dengar pasal BUKIT SAGA? sapa yang tau xpe...buat sape yang tak tau lagi boleh la masukkan dalam aktiviti untuk dilakukan time cuti sekolah ini!!


My dear bella ajakla lagi kawan-kawannya dan 2 orang lagi nak join. Jadi kami tunggu la lagi 2 orang. Group yang lain dah naik ke atas jam 7 lagi. Hmmm... punyalah gigih kitaorang bangun pepagi nk memanjat bukit..sekali membe plak lewat. Jadi group yang dah berkumpul tu gerak la dulu..

Tips:
  • Jangan!! jangan pergi bukit saga kalau x sure, sendiriaan atau x sihat. Banyak kali ada kes daki bukit saga sesat dan hilang.
  • Silalah pakai pakaian yang cukup2x selesa. Baju yang ringan, kasut sukan dan seluar yang sesuai.
  • Bawalah makanan ringan ataupun berat. Lapar beb..
  • Bawalah towel
  • Bawalah ubatan-ubatan yang sepatutnya untuk hiking. Minyak urut, minyak luka dll.
  • Mineral water (air minum) bawa banyak sikit.
Tangga bukit saga

Inilah tangga atau pintu masuk untuk memanjat bukit saga ni. Ingat macam kawasan reakreasi. Tapi rupanya terletak belakang rumah orang!! hmm.. hampir confuse disitu. Cari kawasan ni guna wise pun x jumpa. Stop tanya beberapa orang juga la. Baru jumpa. Jadi kengkawan..nilah pintu masuknya yer..


Baru naik beberapa tapak..membe dah lapar.. Sebenarnya x sure. Patut makan, atau x patut makan. Highlight kat sini, korang patut cuba nasi lemak RM1 kt kaki bukit saga ni. Sedap wei!!! dah la Rm1...bukan kosong yer.. ada telur dadar siap. Membe beli 4 bungkus. Beli untuk semua la.

cuti sekolah

Baru x sampai seminit mendaki..kami telah di alu-alukan dengan pemandangan yang sangat memukau! wow!! betul la ada air terjun tengah-tengah bandar ni. Tapi bukan disini tempat yang nak dituju. Tujuan jauh lagi kedalam.


Berhenti makan jap. Member kurus tapi kalau lapar x leh buat apa. Bella kat petronas tadi time tunggu dorang dah baham roti dan air kotak susu dah. Then bella x makan la. Cukup la merehat-rehatkan minda. Cool sangat tempat ni.


Lepas semua dah makan.. apa lagi gerak la. Sangat bersemangat ok.. Aritu bella ngan kengkawan pergi panjat bukit broga. Pastu ok la. Panjat Bukit saga plak. Bella kata ngan my dear bella nak panjat gunung kinabalu. Ni persediaan awal.Hehehe..berangan. Tempat ni lain macam Broga.Kat sini keselamatan sikit terjamin sebab ada tangga dan tali-tali disediakan.. Ok la. Tapi jangan pandang ringan yer..tangga-tangga nila.. yang buat kaki kita berat nak angkat. Mencanak yer tangganya.


Tak tau mana silapnya.. lepas lebih kurang 1km mendaki..bella bantai je..x tau berapa km huuhu.. tetiba bella rasa nak pitam. Tak pening..tapi pandangan jadi kabur dan dada rasa sangat sesak. Sukar bernafas. Gemuk sangat ke den ni? Kepala rasa terlalu berat!! nak baring. My dear bella bulat-bulat mata x kasi baring. Takut pengsan. Hmmm.. bella buka tudung jap. Lantakla.. x tahan dah. darurat. Pejam mata then tarik nafas slow2x.. pandangan mata jadi ok balik. Dah x kabur. Alhamdullilah. Kami teruskan perjalanan. Sebenarnya tempat ni pit stop untuk tengok KL.


Daki-daki bukan daki badan  lagi dan bella disajikan dengan pandangan awesome ini!!. Walaupun x larat bella gagahkan juga, dan bella sangat bahagia dapat lihat pemandangan ini. Alhamdulilah... Makin bersemangat la bella nak daki. hehehe mesti atas ada lagi yang cantik. huhhhuhuu...


Akhirnya!!!! nampak la puncak bukit saga ni..Yehuuuu!! ngan susah payah. Rupanya kat atas ni ada macam-macam. Leh la rehat sepuas-puasnya. Fuhhh!! Recharge balik tenaga yang dah abis tu. Malangnya air minum dah abis time ni. Jalan jauh lagi..hmm...


Jumpa la ngan group yang di planning..kan.. alhamdullilah. Jadi sua kenal dulula.Sebab sebelum ni x pernah jumpa pun. Buat senaman sikit..Pastu doa bagi selamat. Leader bagi la langkah-langkah keselamatan. Sebab sukar okeeeyyy... Betul2x sukar dan nature. Stamina kena kuat.


Sementara tunggu my dear jumpa dan beramah mesra dengan abang-abang kaki hiking ni. Dorang tengah masak. Abang yang pakai baju biru tu naik sama ngan kitaorang tapi laju je dia sampai. Pastu baju dia x basah pun macam kitaorang. Power tol.Laju dia sampai. Then abang yang pakai spek tu kata dari mana?semua-semua la..pastu bella tanya la abang dah lama hiking kan.. ada tips tak?? dan tipsnya adalah:
  • Mulut kena jaga..jangan la kuarkan kata-kata kesat ataupun kata yang bongkak.
  • Hutan kenalah hormat..jangan la buang sampah merata-rata.. even plastik gula-gula pun jangan buang merata. Sila simpan dalam poket dulu.
  • Minum air banyak-banyak. 
  • Panjat bukit yang rendah-rendah dulu dan kena panjat tiap-tiap minggu supaya x pancit.
Ingat yer... then kita teruskan la ke fasa kedua... mencari air terjun...


 opppssss...sebelum itu.Inilah..group kami yang mahu menawan bukit saga!! ramai.... Jadi kami mengira dulu la tengok bilangan ahli group yang sebenar..


Memula-mula jalan mendaki mendatar saja..tapi lama kelama-lamaan semakin mencabar dan menjunam!! lagi mencabar dari pendakian yang memula tadi,peringkat pertama tadi. Nampak tak sebahagiaan group kami kat bawah tu.. seram.. xsangka jauh ke dalam hutan dah. Time ni 2 orang dah patah balik. Tak berdaya dah.


Tengok la tu.. betapa menjunamnya untuk menuruni bukit ni.Paling x tahan tu.. tempat yang bella pijak tu adalah batu besar,bukan tanah. Means that kalau kasut x ok..atau haus jadi licin la..mengelongsor la. Tatut... my dear kata ok je..xda apa.Tengok la muka seriau bella tu. hahahaha... Time ni dah nak sampai dah kat air terjun tu.. fuyoo...bestnya.


Akhirnya..usaha kami membuahkan hasiil. Rupanya bukan kami saja yang datang kesini untuk menawan bukit saga ni, ramai lagi. Kanak-kanak, orang tua, dewasa, cina, india semuala ada. Memang puas ati bila sampai. Tapi crowded la plok. Plus lapar lagi. Ramai gak yang bawak dapur travel masak maggi. Hmmm sedapppnya... its ok.. semua kita kuarkan makanan masing2x. Kitaorang adalah kerepek..hmm lapar!! jom zoom in air terjun nya...


Taraaaa...happy day! airnya sangat sejuk dan nyaman. Betul2x nyaman. Cuma kena ambik turn la nak bergambar. Bella x bawak baju apa pun. Buka kasut je. Pastu mandi. On the way nak panjat balik.. dah kering. Betapa jauhnya la bukit saga ni. hehehe..


Bella mandi la sepuas-puasnya sampai jatuh..hahahaha.. batu licin. Hati-hati time memanjat tu. Kang jatuh malu jer.. macam bella. hahhaha.. Sampai la masanya kita menaiki untuk balik plak.. Time ni lagi la teruk. Semua dah penat. Baru half way 5 orang dah krem kaki. Semua perempuan ambik kayu jadikan tongkat. Jangan kata perempuan.. lelaki pun dua tiga orang kaki meletup. Pernah dengar kaki meletup? My dear yang kata kaki dia meletup. Amazingly..bella yang start panjat tu nak pitam..ni x rasa pe2x pun time nak balik.ahakssss...


Bye2x bukit saga..kenangan yang x dapat dilupakan.Sangat payah untuk kesini tapi amat berbaloi.Tengah-tengah KL kot jumpa air terjun.x ke havoc??

ok la.. setakat ni dulu bella share. Nanti jumpa lagi... tadaaaa.....

11 comments:

  1. Salam. Hee sudah lama tidak naik bukit saga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..maknanya selalu naik la? cukup la sekali kot. huuu... tak larat kot.

      Delete
  2. Pcl dok kat Banting dekat je dgn Bkt Jugra..pon tak penah hiking...memang pancet laa..best kalau ada xtvt sihat macam ni selalu.

    ReplyDelete
  3. Ket mano bukit saga ni bella? Ket ampang ko

    ReplyDelete
  4. Ket no bkt saga ni kt amapang ko bella?

    ReplyDelete
  5. agak agak kalau naik bukit gasa mnggu ni boleh jumpe bella tak? hehe

    ReplyDelete
  6. hai, minta info skit, perlu permission or buat pape report ke b4 naik bukit ni? tq

    ReplyDelete
  7. hai, minta info skit, perlu permission or buat pape report ke b4 naik bukit ni?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.