Saturday

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Horas...horay2x..hehehe... assalamualaikum..

Hari ni bella nak share pasal makanan..iaitu Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.. Sangat popular selepas majalah tiga,TV3, paper dan majalah promote makanan ni.Time dorang makan tu, dorang tunjuk la udang2x yang besar dan memenuhi pinggan dorang tu.Bella pun jadi teringin la. Bella pun pujuk la My Dear bella.."Sayggggg.... tengok pjng sygnya..ahaks.. boleh tak kita pergi makan kat kuala sepetang? Mee Udang tu..mcam sedap sangat kan?" My dear bella kata.."ok la nanti balik dari kedah kita singgah."
"yeaaaaahhhhh!!!

Buat pertama kalinya bella excited giler nak balik Kedah..Yuhuuu.. hahhaha. Bermula la perjalanan kami ke Kuala sepetang. Agak jauh dan sukar perjalanannya. My dear bella hanya ikut signboard ke Kuala Sepetang. Jauh..

Sepanjang perjalanan tu memang jumpa memacam jenis mee udang la.. PaK Uda.. Mak Uda.. Mak Teh..Mak Dah..ha... boleh dikatakan semua Mak ngan Pak ada kat sini. Mencabar gak nak cari Kedai Mee Udang Mak Jah yang sebenar.Kami meneruskan perjalanan hingga kehujung. Barulah jumpa kedai Mak Jah Kuala Sepetang ni.


Akhirnya sampaila kami kesini... hmm.. unexpected!! Kedai ni kecik je. Agak kotor diluarnya.. betul ke ini kedainya?? Parking pun susah. Macam ne kedai yang biasa-biasa saja ni boleh masuk TV?? hehehe..kabel ke? Rasanya kedai Mak Teh yang sebelum kedai Mak Jah ni lagi havoc. Lagi ramai orang. Sebab bella dah memang state nk pergi ke kedai Mak Jah saja. Jadi tetapla kami kesini.Walaupun bella rasa kedai Mak Teh lagi besar dan havoc.

Masuk je ok.. not bad..ramai orang. X putus-putus orang masuk. Duduk-duduk je terus ada orang ambik order dengan senyuman. Turut juga mencadangkan kepada kami beberapa menu yang patut kami cuba. Kata pun Mee Udang MaK Jah.. takkan nak try benda lain plak kan..Jadi kita order je la Mee Udang Mak Jah yang famous tu. Tengok gak la sekeliling..rupanya bukan hanya mee udang je dijual tapi boleh dikatakan semua masakkan panas ada.

Tak lama kemudian..taraaaaa!!! sampailah kitaorang punya mee udang. Banyak udangnya.Sampai meenya tengelam. Ke mee nye xda? My dear plak sibuk kira berapa udang dia. Kenapa sikit. Padahal sana je. Udang dia temggelam kat bawah. Hahahahaa.. Rasanya ok. Rasa udang sangat. Faham x? Rasa macam hanyir. Macam tu la.

Nilah udang besar tu. Yummy. Puas gak la makan udang. Sape yang alergik tu memang rugila.. Liat-liat gitew la.. Tapi bella xda la nak merepeat lagi..jauh oooo.. tapi buat sape yang teringin..Mee udang Mak Jah ni..dorang dah buka outlet lain di Wangsa Maju. Ok la. Untung la korang x yah ke Kuala Sepetang sebab kat KL pun dah ada. Try la. X rugi.


Ok laaaa....sampai disini dulu la pengkongsiaan bella,harap membantu.

Assalam...salam ikhlas.
Isabella Idura..

1 comment:

  1. These photos made my mouth water. I could eat that seafood dish every day!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari