Wednesday

Pengalaman Ke Bandung Part 2

Hii....Assalamualaikum..

Pada Pengalaman Ke Bandung PART 1 Bella dah kongsikan pengalaman Bella dibandung untuk memilih penginapan, pengangkutan yang Bella guna dan tempat makan yang Bella pergi. Sekarang Bella sambung. Part 2.

PART 2

TEMPAT HARUS PERGI

TANGKUBAHAN PERAHU
 
Kalau dah banyak kali pergi bandung tempat ni sure dah pergi kan..tapi untuk yang pertama kali bolehla melawat tempat ini. Rasa lain dan pengalaman baru. Kalau pergi semata-mata nak shopping ataupun limited time bolehlah skip saja tempat ini.

bercuti di bandung
  • Tangkubahan perahu memang best!! dengan udara yang nyaman,cuaca yang sejuk cuma ada bau belerang yang kuat sahaja.
  • Masuknya Rp75000 dan kenderaan plak Rp15000. Okla, Bagi Bella sebab tak yah nak tukar - tukar kereta bagai.
  • Hati - hati dengan penjual.Elakkan dari membeli barangan yang di jual oleh orang-orang yang jual barang tapi sebaiknya silalah beli di kedai-kedai cenderahati yang disediakan.
  • Ramai juga yang kata kena cuba jagung bakar.. tapi masa beli hari tu Bella dapat yang tidak sedap.
  • Ladang strawberry tidak sempat Bella hendak pergi, tidak cukup masa sangat.Sedih jugalah. Tapi, HB kata kata tidak apa, cameran kan ada. 
TRANS STUDIO BANDUNG
Bercuti Ke Bandung Indonesia, Transtudio Bandung
  • Transtudio bandung ini terbahagi kepada 3 bahagian. Studio central, The lost city dan Magic corner.
  • Transtudio bandung ini juga dikatakan adalah taman tema terbesar didunia yang terletak didalam bangunan. (Indoor Theme park)
  • Studio central ada kebanyakkan permainan yang menarik.Dikatakan Yamaha racing coaster adalah roller coaster yang terlaju di Asia.HB naik, Tapi dia kata kat USS lagi seram. Kat sini walaupun laju tapi pendek je landasannya.
  • Rumah hantu dia langsung tak seram. Seriously tak seram. Bella rasa kelakar lagi ada. Intro nak masuk saja sangat seram.
Bercuti di Bandung, Permainan di Bandung
  • Ini adalah tempat2 yang kitaorang pergi. HB memang seronok sangt - sangat sebab dia sukakan permainan macam ni daripada shopping. Tapi Bella rasa arrrggghh buang masanya dah la ramai budak - budak sekolah beratur masa ni. Tapi pengalaman yang dapat diceritakan dekat korang lah. Ada anak, seronok bawa datang sini.
  • Kesimpulannya, sape yang tak pernah pergi USS boleh la ke sini.Kalau dah pergi USS nanti akan rasa hampeh.
PASARBARU BANDUNG
Bercuti Ke indonesia
  • Pasar baru ada yang tidak tahu? Tempat yang serabut penuh dengan barangan kegilaan wanita seperti kain pasang, baju, blouse, handbag dll. Sempat beli air lagi tau.
  • Bella ada beli kain pasang di Tanah Abang,rasanya kainnya biasa saja tapi agak mahal. 2 Pasang kain pasang RP360K Bella rasa mahal. Tu belum upah jahit lagi. Sebab Bella beli 4pasang kain di PasarBaru kedai Suci Jaya kainnya lagi cantik 2x ganda baru RP505K teruk la kena di tanah abang maknanya.
  • Blouse Jeans yang Bella beli disini pun murah. Telekung je Bella tidak tau murah atau mahal sebab dah beli di Tanah Abang. Tak pelah..malas la nak fikir murah ke mahal ni. Wat tension jerk.Hahaha.
  • Kedai kasut Bella pilih Donatello.Bella kasut kerja kat sini. Semua kata cantiknya.Setiap kali pakai mesti dorang tegur cantik.Tapi takdala murah sangat. Sepasang RP209K kasut lelaki lagi mahal.
 RUMAH MODE
Rumah Mode, Bandung indonesia
  • Rumah Mode ini cantik tapi banyak baju size kecik. HB je dapat beli banyak barang. Bella dapat sehelai je sebab masalah baju semua tersekat dibahagian perut.
  • Heritage adalah terbaik.Banyak Bella beli disini. Selain kainnya lembut dan berlengan panjang, sizenya pun cun! Puas hati sangat pergi Heritage ni.
  • Itu jer tempat shopping atau factory outlet yang patut korang pergi kalau korang bersaiz besar dan mahukan pakaian yang menutup aurat.
  • Kartika Sari memang wajib kena pergi beli kek brownies nya. Sangat sedap dan lain dari yang lain.   
 COLLECTOR PARFUME
kedai wangi , minyak wangi Indonesia
  • Collector parfume ini Bella pergi memandangkan ramai yang suggest jadi Bella pun pergi la beli. Ada yang best. Ada yang tak best. Part 1 pun Bella ada cerita.
Total yang Bella bawa cash dari Malaysia dan Rp1JUTA dan Bella keluarkan kat sana. Maknanya untuk shopping dan makan dalam RP4JUTA. Enjoy dulu, dekat Malaysia baru fikir. Rasanya cukup setakat ini dulu.Bella kongsikan Pengalaman Ke Bandung yang Bella ingat. Bella pergi ini sendiri saja. Jadi sape nak tanya boleh je kat comment,nanti Bella reply. Terbaik pergi ke Bandung rasa kehidupan yang macam pertandingan untuk mendapatkan sesuap nasi.Insaf.

ikhlas
isabellaidura :)

5 comments:

  1. Macam best je gi melancong di kota bandung ni ye .. macam2 ada kan?

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  2. Hi bela,

    According yang bela ceritakan ttg harga di bandung termasuk murah...saya suka shopping di FO krn barangnya quality export...krn saya juga perempuan lebih concern ke shopping ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa.. mesti currency awak tinggi kan?

      Delete
  3. Cantik tmpt ni..bestnya. Nk gi jgk nnti, in shaa Allah

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari