AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Tuesday

Pengalaman Ke Bandung Part 1

Holla...... malam ni Bella nak kongsikan apa yang Bella beli dan aktiviti di Bandung dan Jakarta. Saje jer mungkin misi korang x mau shopping kan.. nak berjalan saja leh la buat list limitkan apa yang korang nak beli, tp...... boleh ke? lelaki mungkin la boleh tahan kot. Bella dah ambil isi penting dalam percutiaan Bella kali ni. Jom Bella Kongsikan Pengalaman Ke Bandung Part 1.


PART 1

PENGANGKUTAN
Haruslah menaiki Kapal terbang. Flight tiket.. beli je awal2x.. mmg murah. Aritu bella dapat rm300 lebih untuk dua orang pergi dan balik. ok la tu kot. Tax di airport bandung rp7500 ni penting sesangat. Pergi airport awal, check in luggage pastu terus g bayar airport tax. Pastu leh makn2 kalau nak.. Kat airport dorg sampai bhg atas ada restaurant. Bella, naik kereta api dari Bandung ke Jakarta.

    Kereta api Ke bandung


    • Kebanyakkan hiburan disini tak main la guna radio..live band ok.. suara sebijik suara vokalis peterpan. Kalau korang naik kereta api bila nak melintas hati2 takda  pagar pun..slow jer dia lalu.Dalam train siap boleh ambik order lagi. Satu orang hanya rp90000 tu adalah kelas paling mahal. Bella siap makan2 lagi.. sedap.. harga asing la.Bella beli tiket kereta api ini dari Malaysia dari laman web sahaja. Takut abis. 

    • Bagi Bella Supir amatlah perlu untuk ke tempat yang jauh. Bella ambik dari Pak Dasuki. Boleh deal ngan pak cakur. Nak no pun boleh.Ok. Baik jer.sehari rp480000. Haruslah tanggung makan,minum dan kitaorang siap bagi tips lagi kiranya bajet untuk supir ni kena lebih sikit.. huhuhu.. ikhlas bella bg dan ikhlas juga bella nak share dgn yg first time pergi.

    • Taksi.. mestilah naik hanya Bluebird atau Gemah nipah sahaja. Yang lain semua menipu. Sesampai dari train ke hotel amaris naik kete persendirian.. bersungguh2x dia kata dia bawak bluebird. Memang jahanam. Geram kalau ingat balik.. tapi nak cari kedua2x taxi ni memerlukan tenaga yer.. jalan jauh sikit baru jumpa. Diorang takkan park dekat2x.

    • Angkutan adalah pengangkutan yg paling senang dijumpai dan murah. Sebelum naik tanya dulu. setuju baru naik, tapi agak tidak selesa la. Belasah je r..kata nak travel yang bajet2 punya kan.Naik angkutan bella pernah kena tipu.. dia kata pergi tempat tu tapi bila sampai ntah2 ne2 dia bawak. Taxi bluebird dan gemah nipah pulak satu halnya x bagi balik balance. Takpe la.. negeri org. Even kat negeri sendiri pun naik teksi kena tipu kan..
    PENGINAPAN

    • Hotel di Jakarta Bella book di Amaris hotel melalui AGODA.COM. Kena deposit Rp50,000 masa check in.Satu malam rp525000.

    PENGINAPAN DI JAKARTA
    Okla.. duduk satu malam je. Breakfast pun ada

    • Bella pilih AMARIS HOTEL sebab dalam mall dan ramai yang suggest suh book hotel ni. Memang tidak mengecewakan. Ingat nak g pasar tasek. Kul 4 pagi dah g.. sekali kosong. hahaha dia buka sama macam shopping mall kalau ari biasa. Lepas itu pulak, tempat makan berlambak. Senang gila nak makan.
    • Hotel di Bandung plak Bella book di kenangan hotel. Melalui email je. E-mailnya info@kenanganhotel.com Ok. Pantas je dorang balas. Total Bella duduk untuk 3 malam RP72,0000 murahkan?  Mula2 Bella nak duduk disini benda yang paling risau sebab kebersihan..kebersihan B. Okla.. boleh duduk lagi la. Tak boleh la nak harap lebih2 sebab hotel bajet kan...Sarapan OUT..tp HB makan banyak k.. HB kata xyah nak cerewat sgt la.. masalahnya time nk letak makanan tu nampak kot kuku dia panjang..eyuuu..Apa yang terbaik mengenai hotel ni adalah lokasinya yang sangat strategik. Jalan kaki je ke Pasar Baru Dan Kartika Sari. Terbaik.
    TEMPAT MAKAN

    • Bandung atau indonesia ini memang the best pasal makanan sebab tak jauh beza makanannya dengan Malaysia. Kat sini pun berlambakkan kedai masakan Indonesia. Sebelum pergi banyak la Bella senaraikan restaurant yang wajib pergi tapi banyak yang sesat time cari. Tak jumpa dalam kata lain tiada rezeki. Sesampai je cari kedai KIGSLEY. Memang ada dalam time table. huhuhu. Kena cuba makan batagor/siomey dan es-sekoteng.
    bercuti di bandung
    Makanan yummy disana...tryla kalau ada masa..

    • Pic 1 atas sekali pic aiskrim yang macam tutti fruity tu adalah sour sally. Rasanya macam yoghourt aiskrim. Sedap juga. Rasanya sedap lagi yang perisa original dari yang campur2. Bella beli colour pink,plus locker wafer,plus banana,plus kiwi and chocolate chips total RP60000.00

    • Pic 2 sebelah aiskrim sour sally adalah es-sekoteng.Sedap. Rasa santan,kelapa semua adalah. Ikut tekak memasing la yer..

    • Pic tengah2 tu adalah batagor dan nasi goreng biasa,HB punya. Mula2 batagor ni masuk tekak wow!! sedapnya. Second time dan aaahhhh.. dah kembang tekak. hahaha.Apa yg sedap sgt tak tau.Hahahaha...Tapi nasi goreng sedap HB kata.

    • Pic bawah sekali adalah ES-Teller ok la.. kena pandai pilih. Kadang2 rasanya pelik.
    bercuti di bandung
    D'cost Seafood yang hebat di perkatakan keenakkannya..

    • Kami makan disini untuk lunch kami. D'Cost Seafood. Sedap.Kami order Happy soda dan es teh manis untuk air. Makan sambal mangga, sambal rica,nasi putih,ikan gurami bakar pedas besar,omelete seafood dan udang sos telur asin. Yummy!!. Total Rp184400.00.
    bercuti di bandung
    Pak Chi Mat yang awesome!!

    • Ini adalah makanan yang paling sedap yang Bella rasa. Memang sedap sampai teringat2x bila balik malaysia.Sedapnya cumi dia... sedapnya..sedapnya.. dan memang sedap. Time ni makan dalam mall sebelum masuk Trans studio. Kat sini semua makanan sedap berkumpul,tp akan daya ne leh makan semua.Bella makan paket ulam ayam,Nasi ayam penyet dan teh botol. Total Rp110000.00
    makanan sedap di bandung
    Sapu Lidi yang Rare giler..dalam sawah padi yang cantik terjaga..

    • Time balik ada dari tangkubahan perahu ada dua tempat restaurant yang kena pilih antara sapu lidi atau kampung daun. Bella pilih sapu lidi sebab nak beli brownies yang dijual kat situ. Ada yang kata sedap sangat. Tapi rasanya biasa je.

    • Di Sapu lidi kami minum avocado,kopi susu dan teh tawar. Makanan pula timbel komplit, ayam goreng, nasi putih dan sop buntut. Semua sedap. Total Rp220000.00

    • Tempat lain yang sedap adalah KFC. SEriously sedap supnya. Ada nasi. Dapat cd lagu plak tu. Hahaha... Actually nak g cari nasi padang sekali dah tutup plak. Paskal food memang happening...tp makan sikit je..kenyang giler. The best la kat sini untuk lepak-lepak.

    Oklaa... setakat ni dulu Bella kongsikan mengenai Bandung. Kenangan baru..pengalaman baru..rasa baru..memang langsung tak rugi kalau kita dapat menimba dan belajar satu benda yang baru. Memang best. Ni baru part 1 tau..Nan ti bella sambung. Tak cukup masa nak taip.tadaaaa.... xoxo

    ikklas dari
    isabellaidura..

    P/S : Korang boleh klik disini untuk tengok Pengalaman Ke Bandung Part 2


    3 comments:

    1. Tq dura dgn blog yg ikhlas....pasal diarong mcm bez ja pg tu....sya akan ke bandung ogos nanti...bole la mnta tips dari dura yg comey hehe

      ReplyDelete
    2. Salam, nk tanya harga teksi bluebird dari airport ke train berapa ye?

      ReplyDelete

    Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.