Travel York
Pengalaman Ke Bandung Part 1
15 July
Bella nak kongsikan apa yang Bella beli dan aktiviti di Bandung dan Jakarta. Tip penting untuk merancang ke Bandung dan Jakarta juga. Mungkin korang tak nak shopping bila sampai sana, nak berjalan saja. Korang boleh lah list siap - siap barang apa yang korang nak beli. Tapi boleh ke? Dugaan besar tu. Lelaki mungkin la boleh tahan kot. Bella dah ambil isi penting dalam percutiaan Bella kali ni. Jom Bella Kongsikan Pengalaman Ke Bandung Part 1.
PART 1
PENGANGKUTAN
Haruslah menaiki Kapal terbang. Flight tiket Bella selalu beli awal - awal. Selalunya memang akan dapat murah. Bella pergi hari tu dapat tiket Rm300 lebih untuk dua orang pergi dan balik. Ok la tu kot. Korang jangan lupa plak untuk sediakan Tax di airport Bandung rp7500 ni penting sesangat. Pergi airport awal,
check in luggage lepastu terus pergi bayar airport tax. Banyak masa takpe. Jangan terkejar - kejar. Susah. Airport dorang pun ok. Kalau awal sangat naik saja bahagian atas ada kedai makan. Pengangkutan Bella dari Bandung ke Jakarta pula, Bella memilih untuk menaiki Kereta api. Terbaik! Perkhidmatan dalam kereta api dorang memang terbaik. Bella listkan dekat bawah. Listkan isi penting je.
- Kebanyakkan hiburan disini tak main la guna radio. Live band ok. Suara sebijik suara vokalis Peterpan. Kalau korang naik kereta api bila nak melintas hati2 sebab takda pagar. Tetiba ada kereta api slow jer dia lalu. Dalam train siap boleh ambik order lagi. Satu orang hanya rp90000 tu adalah kelas paling mahal. Bella siap makan2 lagi. Sedap. Harga makanan asing tau. Tak termasuk sekali dengan bayaran tambang tadi. Bella beli tiket kereta api ini dari Malaysia lagi melalui laman web sahaja. Takut abis.
- Bagi Bella Supir amatlah perlu untuk ke tempat yang jauh. Bella ambik dari Pak Dasuki. Boleh deal ngan Pak Cakur. Sehari rp480000. Haruslah tanggung makan,minum dan kitaorang siap bagi tips lagi kiranya bajet untuk supir ni kena lebih sikit.
- Taksi.. mestilah naik hanya Bluebird atau Gemah nipah sahaja. Teksi yang lain semua menipu. Bella dah terkena dah. Turun saja dari train dan Bella nak ke Hotel Amaris Bella terkena dengan kete persendirian. Bersungguh - sungguh dia kata dia bawak Bluebird. Memang jahanam. Geram kalau ingat balik. Tapi nak cari kedua - dua taxi ni memerlukan tenaga yer. Kena jalan jauh sikit baru jumpa. Diorang jarang kelihatan dan park dekat - dekat.
- Angkutan adalah pengangkutan yg paling senang dijumpai dan murah. Sebelum naik tanya dulu harga tambang. Setuju baru naik. Tapi agak tidak selesa la. Bella Belasah je. Kata travel bajet kan. Naik angkutan pun Bella pernah kena tipu. Dia kata pergi tempat tu tapi bila sampai ntah mana - mana dia bawak. Taxi bluebird dan gemah nipah pulak satu halnya tak bagi balik balance. Adeh. Pengalaman sungguh. Tapi takpe la, pengalaman di negeri orang. Naik teksi dekat negeri sendiri pun pernah kena tipu kan.
- Hotel di Jakarta Bella book di Amaris hotel melalui AGODA.COM. Kena deposit Rp50,000 masa check in.Satu malam Rp525000.
- Bella pilih AMARIS HOTEL sebab hotel ini dalam mall dan ramai yang cadangkan untuk menginap di hotel ni. Memang tidak mengecewakan. Ingat nak pergi Pasar Tasek jam 4 pagi. Pergi sekali kosong je. Rupanya dia buka sama macam shopping mall kalau hari biasa. Bila menginap dekat hotel ini satu lagi kelebihannya, tempat makan halal memang senang sangat nak jumpa dan sangat banyak.
- Hotel di Bandung Bella pilih di Kenangan Hotel. Melalui email je. E-mailnya info@kenanganhotel.com Ok. Pantas je dorang balas. Total Bella duduk untuk 3 malam RP72,0000 murahkan? Bella masa nak duduk disini benda yang paling risau sebab
kebersihan. Rasa review kata hotel ini kotor. Memang tak berapa nak bersih. Tapi sebab banyak keluar dari duduk dalam hotel jadi ok la. Tak boleh la nak harap
lebih - lebih sebab hotel bajet. Sarapan Out! Tapi yang peliknya HB makan banyak. HB kata jangan nak cerewat sangat la. Masalahnya masa nak letak
makanan tu nampak kot kuku dia panjang.
eyuuu.. Apa yang terbaik mengenai hotel ini adalah lokasinya yang sangat strategik. Jalan kaki je ke Pasar Baru Dan Kartika Sari. Terbaik. Itu je sebab utama Bella pilih hotel ni.
- Bandung dan mana - mana negeri dalam Indonesia ini memang, bagi Bella the best pasal makanan sebab tak jauh beza makanannya dengan Malaysia. dekat sini pun berlambakkan kedai masakan Indonesia. Sebelum pergi banyak la Bella senaraikan restaurant yang wajib pergi tapi banyak yang sesat masa nak cari. Tak jumpa! dalam kata lain tiada rezeki. Sampai saja Bandung Bella terus cari kedai Kigsley. Katanya bila sampai kedai ini kena cuba makan batagor/siomey dan es-sekoteng.
- Pic 1 atas sekali pic aiskrim yang macam tutti fruity tu adalah Sour Sally. Rasanya macam yoghourt aiskrim. Sedap juga. Rasanya sedap lagi yang perisa original dari yang campur - campur. Bella beli colour pink,plus locker wafer,plus banana,plus kiwi and chocolate chips total RP60000.00
- Pic 2 sebelah aiskrim Sour Sally adalah Es-sekoteng. Sedap. Rasa santan,kelapa semua adalah. Ikut tekak memasing la yer..
- Pic tengah - tengah tu adalah batagor dan nasi goreng biasa, HB punya. Mula2 batagor ni masuk tekak wow!! sedapnya. Second time dan aaahhhh.. dah kembang tekak. hahaha.Apa yg sedap sangat orang cakap tu Bella tak tau.
Hahahaha.Tapi nasi goreng sedap HB kata.
- Pic bawah sekali adalah ES-Teller ok la. Tapi kena pandai pilih. Kadang2 rasanya pelik.
- Kami makan disini untuk lunch kami. D'Cost Seafood. Sedap. Kami order Happy soda dan es teh manis untuk air. Makan sambal mangga, sambal rica,nasi putih,ikan gurami bakar pedas besar,omelete seafood dan udang sos telur asin. Yummy!!. Total Rp184400.00.
- Ini adalah makanan yang paling sedap yang Bella rasa. Memang sedap sampai teringat - ingat bila balik malaysia. Sedapnya cumi dia. sedapnya..sedapnya.. dan memang sedap. Masa ni makan dalam mall sebelum masuk Trans studio. Kat sini semua makanan sedap berkumpul, tp apakan daya, mana boleh makan semua.Bella makan paket ulam ayam, Nasi ayam penyet dan teh botol. Total Rp110000.00
- Masa balik dari Tangkubahan Perahu, ada dua tempat restaurant yang kena pilih antara Sapu Lidi atau Kampung Daun. Bella pilih Sapu Lidi sebab nak beli brownies yang dijual kat situ. Ada yang kata sedap sangat. Tapi Bella rasa biasa je.
- Di Sapu lidi kami minum avocado, kopi susu dan teh tawar. Makanan pula timbel komplit, ayam goreng, nasi putih dan sop buntut. Semua sedap. Total Rp220000.00
- Tempat lain yang sedap adalah KFC. Seriously sedap supnya. Ada nasi. Dapat CD lagu plak tu.
Hahaha...Actually nak pergi cari nasi padang sekali dah tutup plak. Sempat singgah juga dekat tempat makan Paskal food. Tempat ini memang happening, tapi Bella mampu makan sikit je. Kenyang sangat. Semua benda nak cuba. Akhirnya banyak yang terbuang. Nasib Supir tolong abiskan. The best la kat sini untuk lepak-lepak.
Oklaa... setakat ni dulu Bella kongsikan mengenai Bandung. Kenangan baru. Pengalaman baru. Rasa baru. Memang langsung tak rugi kalau kita dapat menimba dan belajar satu benda yang baru. Memang best. Ni baru part 1 tau..Nanti Bella sambung. Tak cukup masa nak taip. Salam jumpa next entry.
P/S : Korang boleh klik disini untuk tengok Pengalaman Ke Bandung Part 2
3 ulasan
Tq dura dgn blog yg ikhlas....pasal diarong mcm bez ja pg tu....sya akan ke bandung ogos nanti...bole la mnta tips dari dura yg comey hehe
ReplyDeleteboleh dear.. no hal
DeleteSalam, nk tanya harga teksi bluebird dari airport ke train berapa ye?
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.