Bercuti Ke Kelantan

Hollaaaa... Assalamualaikum...Apa Khabar korang, Lama sangat Bella dah tidak kongsikan dengan korang pengalaman bercuti Bella dekat dair...

Hollaaaa... Assalamualaikum...Apa Khabar korang,

Lama sangat Bella dah tidak kongsikan dengan korang pengalaman bercuti Bella dekat dairy online Bella ini. Sibuk sayang. Terima kasih kepada yang mengikuti Blog Bella ini. Bella hargai sangat - sangat. Terima kasih. Jadi sekarang, Bella nak kongsikan pasal percutian singkat Bella ke Kelantan.Ya Bella Bercuti Ke Kelantan. Hai orang - orang Kelantan.Mesti ramai orang Kelantan yang baca.hehehe..kalau ada la.Gedik.

Bella bertolak Ke Kelantan dari KL selepas pulang dari kerja. Waaa...jauh giler. Macam manalah kawan Bella tabah giler drive sesorang,kalau jammed lagi teruk. Baru ini masa raya,dia gerak dari KL lepas balik kerja kul 4 sampai Kelantan Kul 10pg esoknya!!!. Siannyer! Pengalaman Bella, maaf sangat Bella terpaksa cakap. Jalan Ke Kelantan sangat teruk dan banyak sangat - sangat lori balak yang keluar masuk. Tolongla betulkan jalan itu pihak berwajib. Ok, stop pasal jalan ini, takut termasuk bab politik plak.

SARAPAN PAGI DI KELANTAN

makanan kelantan

Pendekkan cerita,sampailah Bella dibumi Kelantan pada pukul 5.30pg. Alhamdullilah... tp time my dear drive bella x buka mata..takut lori banyak...!!!hehehe xabis2x lagi. Nyamannya.Sebelum bertolak Bella sibuk la search tempat menarik. Macam sebelum - sebelum ini, Bella memang akan buat research, dan kebanyakkannya yang Bella jumpa adalah makanan. Jadi harusla cuba.

nasi, kerabu, ayam bakar

Korang tengoklah,betapa yummy nya dan perfect nya nasi ini. Rasa nak lagi.kedai memang penuh orang. Walaupun masih sangat pagi.Mestilah orang tempatan lagi tahu dari Bella.Walaupun tiada dalam senarai nama kedai ni untuk Bella terjah. Bella berhenti juga.Mungkin rezeki kedai ini. Memang tidak menghampakan.Terbaekkk!! yummy. Pagi - pagi dah makan berat kan dekat Kelantan ni. Korang boleh terjah juga kalau hendak rasa. Nama tempat ini,

KG DENDANG NASI KERABU SPECIAL AYAM KAMPUNG
NO TEL: 0111-9434269

Lokasi sebenar yang Bella ingat, tepi jalan.Bella meneruskan perjalanan ke Kampung Kraftangan. Banyak cenderahati kat sini..

KAMPUNG KRAFTANGAN DI KELANTAN


Kampung Kraftangan ini tidak la besar sangat tempatnya, cuma dapatlah beli cenderahati untuk dibawa pulang. Sebenarnya kedatangan Bella ke sini adalah lebih kepada hendak makan di Kedai Restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi dan sangat lah terkenal. Orang Kelantan kalau tidak pernah pergi sangat la rugi.


NASI ULAM KRAFTANGAN KELANTAN

nasi ulam kelantan

Kedai ini sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan.Harga pula memang tersangat berpatutan. Keunikan kedai ini,ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Rasanya tidak perlu Bella hendak cerita panjang - panjang sebab memang dah terkenal. Masuk TripAdvisor lagi. Memang terbaik.
PASAR BESAR SITI KHADIJAH KELANTAN

Bella teruskan perjalanan menuju ke Pasar Besar Siti Khadijah. Siapa yang pergi ke Kelantan mestilah dan haruslah singgah kesini. Ia juga dikatakan sebagai simbol pelancongan untuk negeri kelantan. Kepada yang pertama kali datang ke sini dan belum pernah menjejakkan kaki ke Pasar Siti Khadijah, sangat disyorkan untuk membeli belah di pasar ini. Bella belilah kain batik mak disini. Lembut kainnya. Selebihnya hanyalah untuk merasai suasana dan persekitaran pasar yang menjadi kebanggaan dan simbol Negeri Kelantan.


Bella tidak pergi ke bahagian bawah sebab tiada apa yang hendak dibeli.Barangan yang disyorkan dibeli adalah beras, pelbagai jenis keropok, serunding daging, kuih muih dan pelbagai makanan kering serta tudung. Jika menginap di Kota Bharu, dicadangkan mengunjungi pasar ini pada hari terakhir selepas check-out atau sebelum pulang. Kami meneruskan perjalanan ke pantai.. ada banyak layang - layang dekat situ, dan juga kedai makan. Makan lagi.

 PANTAI DI KELANTAN


Cuaca sangat panas.Bella nampak saja laut mesti nak sentuh. Nak rasa air panas ke sejuk. HB tidak mahu keluar takut panas. Jadi Bella dengan adik sajalah yang pusing -pusing tengok sekeliling.Layan angin.Masa ini Bella tunggu kakak ipar ambil kitaorang untuk tumpang tidur rumah dia.

Paling seronok rumah kakak ipar Bella dekat dengan sawah. Belakang rumah saja. Ada buaian siap ada pokok mempelam berbuah lagi. Silap sangat tidak ambil gambar sekeping dua.Malamnya kami ke Pasar Malam Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh. Murah - murah.Tidak banyak sangat dapat Bella beli sebab masa sangat terhad. Datang dengan mak semua.

PASAR BESAR RANTAU PANJANG KELANTAN


Bella pergi sini memang dah ada target hendak beli apa. Sebab hendak jimat masa dan tidak mahu beli barang yang sudah ada. Banyak - banyak bukan Bella pakai pun. Jadi tidak adalah beli banyak sangat barang. Baju tidak berkenan. Seluar tidak mahu. Skirt tidak murah sangat pun. Akhirnya Bella beli set sudu and garfu saja. Adik lah nak macam - macam. Sorrylah setakat makanan saja boleh. Target Bella hendak cari handbag gred AAA .Maklumlah, hendak beli yang original tidak mampu lagi. Terasa hendak pergi lagi.Walaupun tidak beli apa - apa selain sudu. Mak mentua pun gelakkan Bella.Datang jauh - jauh beli sudu saja.Seronok sangat.

membeli belah di kelantan

Best giler shopping lagi pulak ditemani abang ipar,kakak ipar,adik beradik mentua dan adik semualah.Lepas itu abang ipar yang baik hati pula belanja, bapa mentua pun belanja memang seronoklah.Memang rasa hendak pergi lagi untuk makan jer.Sedap makan dekat sana.


Ok semua, setakat ini dulu,kalau ada apa yang tertinggal sila tambah ok.Mana tahu bella hendak pergi Kelantan lagi,bolehlah Bella pergi terjah.


Salam sayang... thanks sudi baca.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Lain kali akak datang pulak dekat taman tengku anis dan taman orkid dekat pengkala chepa. kalau nk pi tempat air terjun pi dekat pasir puteh, jeram pasu. Satu lagi barang murah dekat rantau panjang dengan pasir mas. Dekat rantau panjang tu ada sebuah masjid tepi tasik. Tapi kawasannya agak tersorok.Hanya kongsi ilmu
    .

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.