Sunday

Perkara Penting Sebelum Ke Bandung

Hollaaaa..... salam hari minggu

Hari ini Bella hendak kongsikan mengenai percutiaan Bella Ke Bandung Indonesia.Siapa tidak pernah pergi mesti tahu pasal Bandung ini. Bella tiap2 bulan berimpi - impi hendak ke Bandung Indonesia.Mungkin dah namanya rezeki Bella ternampak promosi ke Bandung. Tentunya dengan Air Asia.Apa lagi sambar lah untuk 2 orang. Paling terkejut, tidak sampai pun 5ratus sekali luggage yer.. Bella pun apa lagi, Book la terus. 3 bulan sebelum Bella ke Bandung, tiap-tiap hari Bella buat research pasal Bandung.

airport bandung
Alhamdullilah.sampai juga akhirnya...
Sepanjang Bella research tips-tips yang dorang bagi kebanyakkan blog sama. Macam copy n paste saja. Travel plug tidak payah kot sebab Bella bawak plug yang 2 pin tu boleh je guna, yang mata plug nya bulat, kalau yang petak memang tidak boleh.Jadi tidak payah susah - sudah beli. Supir memang paling penting. Bella ambil satu hari saja sebab hendak bajet dan pergi ke Tangkubahan  Perahu. Jangan salah pilih supir takut kena tipu. Ramai yang recommend HayukaBandoeng (cuba click tgok). Memang murah. Tapi Bella tidak ambil sebab mula - mula hendak ambil setengah hari saja tapi Hayuka Bandoeng ini tidak bagi diskaun. Bella cancel la. Ambik dengan Pak Cakur. Lagi satu banyak sangat complain pasal supir dari Hayuka Bandoeng ini. Paling tragis tertinggal flight sebab supir ini lambat sampai. Jadi pilih la betul - betul.

supir terbaik
Baik sangat Pak Dasuki ni..
Kalau korang lah kan, hendak tak ambil dekat orang Malaysia yang recommend kan supir di Indonesia. Rasa was-was sangat kan? Bella macam tu la. Mula - mula hendak ambil dari kakak ni., dia kata sehari 400rp. Bila Bella dah confirm saja naik 450rp. Kalau 450 cakap sajalah terus 450rp tidak payah la hendak pusing -pusing  buat kita jadi tidak yakin dan fikir yang bukan - bukan.Terus Bella cancel. Sorry i must be careful because that my money.

Pak Dasuki ini agak berumur. Bagi layan dekat kitaorang memang first class. Dengan segala respect Bella cakap dekat HB mana yang boleh kita bawa, sendiri bawa saja.Tidak perlu suruh dia. Bawa kereta pun penuh hati - hati. Makan satu meja pun malu dan duduk jejauh. Sedikit pendiam. but its ok. Puas hati. 

bluebird di bandung
Teksi dan Angkutan
Banyak tip kata mestilah cari teksi BlueBird dan Gemah Nipah (seperti Gambar) tetapi tiada satu blog pun yang bagitahu betapa susahnya  hendak cari teksi - teksi ini..!! Sangat susah ok. Turun dari flight keluar airport ini pertama kali Bella tidak request for airport transfer sebab Bella hendak terus shoot ke Jakarta.Cari bluebird.Tiada!Teksi dekat luar airport semua bukan Bluebird. Hendak cari Teksi Bluebird kena jalan kaki menuju ke jalan besar yang boleh tahan jauhnya dan dijalan yang sangat sibuk itu, kami menunggu di tepinya. Nampak saja orang yang asing terus ada orang tanya.."mau teksinya pak?saya ada bluebird punya" antara hendak dan tak nak kami pergilah ke teksi itu.Nasib Bluebird.Selepas memberi tip kepada orang yang bertanya tadi kami terus gerak ke Aria Jeans.

Tempah seluar di bandung
Disinilah Aria Jeans.
Naik - naik saja meter teksi itu terus ke 5000rp hait? mungkin sebab teksi tadi bagi tip kat orang yanag carikan teksi ini, jadi dia charge dekat kami balik.Ok je la. Hendak cakap apa lagikan. Semasa dalam perjalanan Bella bagitahulah hendak  ke kedai makan lepas ke Aria Jeans. Dia ingat bella hendak  booking dia untuk ke tempat - tempat itu. Sampai di Aria Jeans di park cantik jer dan tunggu kami. Meter berjalan.Adus sudah!! sampai ke last destination dia charge kami 50,000.00Rp saja je taip 0000 tu.. hehehe Bella agak tidak berpuas hati disitu.Walaupun meter tunjuk 43rp.Siapa kata BlueBird tidak menipu walaupun bermeter yer..ikut nasib la.

Angkutan lagi teruk.Tanya tempat semua tahu. Nampak kitaorang pegang nota. Charge mahal - mahal sampai penumpang lain tengok simpati je dekat kitaorang.Yela kena tipu. Wajib tahu angkutan itu lalu jalan mana hingga jalan mana. Sebelum naik tanya berapa dan berapa untuk ke tempat kita berhenti. Bella naik, 2x kena tipu. Kata tahu tapi berhenti ntah dekat mana-mana ntah. Sangat takut. Kali kedua berhentikan jauh dari tempat yang kitaorang nak pergi. Kena jalan bapak punya jauh. Hampeh. Tapi tidak semua, yang lain2x ok.Alhamdullilah..

Contoh hasil kerja Aria..(seluar)
Kenapa Aria Jeans? Bella nak review sikit pasal Aria Jeans ini. Okey, ramai sangat yang kata patut cuba tempah seluar di Aria Jeans. Okey,ko baru first time hendak pergi,kalau bukan dekat Google ko cari pengetahuan, Dekat mana lagi kan? Dah cari mestilah percaya. Tapi, masalahnya tiada seorang pun yang tunjukkan hasil yang dorang tempah itu. Ok ke tidak ok. Yela kalau murah giler khinzir pun,kalau tak okey buat apa.Jadi di sini Bella tunjukkan la contoh seluar yang di tempah di Aria Jeans.Kami pergi ke Aria Jeans dan layanannya out giler. Layan macam nak tak nak. Mungkin gaya kami macam budak2 yang tak berduit kot.

Stail seluar macam stail dorang lah ya, walaupun ukur kaki kita.Design nya besar dan longgar di bahagian atas mungkin bahagian atas dorang selalunya besar di bahagian bawah agak kecik. Bella rasalah kan.Sebab masa naik train perasan yang seluar uniform dorang stail macam tu. Time ukur laju -laju dan HB kata setiap ukuran dorang akan lebihkan 2inci cth pingang HB 30inci dorang kata 32inci.HB tegur dorang kata memang macam ni la.Hait takkan kita tak tau ukuran kita sendirikan?

Contoh seluar yang ditempah di Aria Jeans.

Lepas ukur - ukur Bella buat bayaran penuh kemudian kitaorang gerak. Dia tanya bila balik..tapi Bella bagi tarikh bila kami nak. Dia terus hantar ke hotel. Bila sampai Bella tanya ngan HB "syg.. warna ni ke syg tempah? warna hijau? mcam seluar budak sekolah? biar betul?" HB kata betul ke? Dia betul-betul kecewa sebab dia tidak pilih warna itu.Dia pilih warna kelabu.Mungkin tersalah sebab masa ukur itu dorang tidak tanya pun dekat HB kain yang mana satu. Sebab HB letak 2 warna atas meja tu. Sian HB.Lagi satu, Bella baru pakai sekali, bahagia bontot tu  dah berbulu.Salah pilih kain kot. Tak basuh lagi tu. Tidak mengapalah,sedapkan ati. Puaskan hati. Sekurang-kurangnya kenalah beli satu. 

kain di bandung
Bersama staff di Suci Jaya
Jadual untuk aktiviti harian disana amatlah penting kalau berjalan tanpa supir..Sangat penting bagi dapat melawat semua tempat. Kadang-kadang supir malas.Dia bawa tempat yang senang dan dia tidak payah fikir banyak.Serius. Buat jadual pastu tanya supir ok atau tidak, kemudian supir akan susunkan bagi jimat masa.

Kebanyakkan yer, bukan semua tapi kebanyakkan, akan cerita benda yang sama. Factory outlet apa yang ada di Jalan Dago, Jalan Riau dan jalan - jalan lain. Tapi dorang tiada pula cerita kedai mana yang patut masuk dan tidak patut masuk. Betul kan? Bella agak kecewa sebab banyak abiskan masa berjalan dari satu FO  ke satu FO tanpa beli apa2x pun, dan dah hendak tutup baru jumpa FO yang bella suka. Jadi kat sini Bella kongsikan kepada badan yang size macam Bella dan bertudung memang susah cari baju. Sangat susah. Sedey...

factory aoulet bandung
Rumah Mode
Rumah Mode paling tepat untuk size S. Bella pergi petang.HB dapat 2helai baju Armani. Bella kata beli lah lagi dia kata tak berkenan. Adalah baju yang Bella suka tapi tidak muat.Sedey sangat. Rumah ini ok lah dari FO yang lain. FO yang lagi satu Bella suka adalah Heritage. Terbaik! banyak yang Bella beli disini. Jadi Bella amat suggest kan dua FO ini untuk orang yang bertudung. Banyak pilihan. Cubalah. FO yang lain tidak payah kot.Semua yang cantik kecik dan sikit seksi. Kalau pergi Bandung lagi,Bella akan ke dua ini saja. Kalau pergi lagilah. Kalau.

sour sally
Sour Sally di Paris Van Java
Seriously tidak faham, kenapa semua sebut - sebut pasal Paris Van Java ni? Sepatutnya tidak payah. Sebijik macam pasar raya dekat Malaysia. Bella menyesal pergi sini. Tidak pun yang berkongsi cerita kata tempat ini adalah shopping complex yang mahal? Ingat macam shopping mall tapi harga murah. Buang masa. Kecuali la ada keperluan. Kalau kata hendak yang murah pergi saja Pasar Baru semua ada.

Collector Perfume
Collector Perfume yang sangat di recommend kan. Bella bajet sehingga 700rp.Bella boleh terpengaruh sebab HB ada beli perfume botol ni di Uptown dan baunya sangat wangi dan tahan lama.Bella pun fikir quality nya akan sama dengan Perfume yang HB beli. Malangnya tidak sama. Sesetengah minyak wangi baunya sangat memeningkan dan hanya tahan setengah hari je. Nasib Bella beli 300rp saja. Bella buat kesimpulan orang kita terlalu mengagungkan barangan luar. Padahal dalam negara sendiri lagi ok.

Sebahagian Hasil Menabur
Kesimpulan Bella, Tidak payah cerita lebih - lebih sebab boleh dikatakan cerita pasal Bandung semua Blog review...
  • Paling senang dan tepat untuk mendapatkan maklumat tepat lebih baik daftar di Forum.com. ada threat pasal Bandung. Everything ada. Bella dapat banyak kawan yang bebaik di sana, yang sudi tolong Bella.
  • Sesetengah Blog bukan semua,sape makan cili dia rasa pedas k..cite sal Bandung tempat yang dorang shopping dan tunjuk berapa banyak dorang shopping.Kita jangan mengharapkan yang  kita akan dapat harga yang sama untuk barang yang sama sebab harga dan currency berubah - ubah.
  • Dorang turut akan cerita betapa bestnya shopping disana.Murah sangat mungkin Bella tidak pandai hendak tawar - menawar,Bella rasa harga sama saja macam disini. Cuma dengan harga yang sama kita akan dapat barang yang lebih berkualiti dari Malaysia. Macam RM30 kain dekat Bandung kita dapat kualiti kain RM60 kat Malaysia. Itu terbaik.
  • Hati2x walau dimana-mana kalau boleh, dress up la ala kadar saja. Bella alhamdullilah tiada pengemis ikut. Dorang tidak boleh hendak target kitaorang ini orang Malaysia. Sebab kitaorang naik angkutan dan jalan kaki saja.
  • Tangkubahan Perahu memang ramai penjual yang mengikut saja kita kemana2x. Paling penting beli dikedai. Jangan..jangan beli kat dorang. Jangan sentuh barang dorang,jangan tegur dan jangan pandang dorang pun. Buat tidak tahu saja ok? Bella siap bawa Yassin bagai dalam beg. Takut.
Setakat ni dulu, nanti Bella sambung. Comment saja apa2x In Sha Allah ada masa Bella mesti balas. Harap manfaat. Yang baik tu datangnya dari Allah, dan yang kurang baik datangnya dari diri saya sendiri.. korang boleh juga check di sini..

Salam...

15 comments:

  1. hi bella. nice entry. saya takde plan ke bandung lagi, tapi nanti nak gi jogja. pun tgh survey2 gak nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jogja saya tak pergi lg. Friend kta lg murah dr bandung. Nnti boleh la share.

      Delete
  2. Hye dura..mmng tgh resarch psl bndung tp paling tkut bce time kat tngkubn perahu ye?de yg blh jdi mangsa pukau..insha allah yassin n doa mmng alwayz jdi bekalan disana nnti..btw..thnks...blog dura jujur story psl bndung..yap..betul..kbykkan blogger mmng storykan n mngagungkan indah khabar dr rupa..smpi kita pun excited kn..tkut pg sana sme jer...mcm jakarta..sblm pg sana pun sy ade bt research ...tp bila pg...hurm....xbyk pun yg best brg..bila beli borong je dpt hrga murah..sesetgh shop jela..ade shop yg if kita pndai tawar menawar mmng murahla..if tkunci je mulut tu mmng xdptla hrga murahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aslvie... ye.. patut bgtau semua tu. Sbb sy rs xda org yg bgtau. Sy x rs org luar akn dpt hrga yg lg murah dr org tmptan. Kat tengkubahan perahu tu mmg kena ati2 dorg jenis merayu2 dn buat baik sgt. Hati2 k.

      Delete
  3. kalau ingin jilbab/tudung/baju muslim yang bagus dan harganya jelas (tidak perlu nawar), cari di Zoya/Shasmira/Siti Hadjar. Coba juga ke Yogya Kepatihan dept store, dari stasiun Bandung pakai public transport 1 kali, dekat.

    ReplyDelete
  4. Pak Dasuki nie no hp tak?kalau ada tolong beri...tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhubung dengan pak cakur...no telnya +62 2291670208 atau 022 91670208 dari no indonesia. Harap membantu.

      Delete
  5. bagi syam... hanya pasar baru jadi pilihan. FO..FO tidak sesuai. Lagi lawa baju di Malaysia. Pasar baru .. puas hati. Tapi pasal harga.... rezeki masing2.... huhuhuhu.... banyak trick.
    Shopping di sana... banyak gangguan... banyak sangat pengikut... rasa rimas.
    Suka hotel kenangan ... jalan kaki ke pasar baru. berdekatan dengan masjid... terbaik!!

    ReplyDelete
  6. Salam kenal dr Indonesia. . Entry yg bagus menarik.. kunjungi blog sy di mrsyamriiz.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Info yg bagus ..saya skrg berada dibandung ..google area jeans jumpa blog ni

    ReplyDelete
  8. Info yg bagus ..saya skrg berada dibandung ..google area jeans jumpa blog ni

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk entry yang senang bagi saya untuk decide.. terpikir jugak perlu
    ke pergi ke sume fo2 tu sbb untuk org yg bertudung ni bj nya sesuai ke..

    ReplyDelete
  10. Info yg sangat terbaik bella. Saya baru je balik dari jakarta & bandung. Dekat bandung memang susah nak dapat bluebird compare kat jakarta. Mmg betul apa Bella kata. Mostly bloggers cerita yang best2 aje. Bagus ada entry macam ni so kita should aware dgn apa2 kemungkinan. Nice (:

    ReplyDelete
  11. Suka pergi bandung....dah 2 kali....next nak pegi lagi...giler shoppping...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari