Sedapnya Johnny's Restaurant

Hi kengkawan.. Apa khabar??? harap semuanya sihat sentiasa..hendaknya... Bella di sini selalu sakit perut la. Hari je kurang sikit. Hahhaa....

Hi kengkawan.. Apa khabar??? harap semuanya sihat sentiasa..hendaknya... Bella di sini selalu sakit perut la. Hari je kurang sikit. Hahhaa... poyo..

Hari ni bella nak share pasal satu tempat makanan kegemaran bella.. iaitu Johnny's Steamboat!! haaaarggghhh sedapnya.. serius!! bella memang hantu sup, tp bukan sup yang sarat tau. Lebih prefer sup yang kosong dan sikit je bahan2xnya. Kalau bella order bihun sup, bella suka kuah,ayam sikit dan bihun je. Bella dah rasa yummy sangat. Macam tu jugaklah johnny's. Memula bella tak tau ni kedai apa.. tp bila lalu.. wanginya!!!!...

Serious!! sangat Yummy!!
Hmm macam nak try sesangt2x tapi halal ke tak? last time tak halal tau.. sekarang baru je ada tanda halal, tp tak semua orang suka. My dear bella tak suka tau. Tapi bella suka gegila la.. Boleh duk sini dari pg sampai ke petang hirup kuahnya. Ramai yang kata tomyamnya sedap. Tp bella kata Supnya terpaling sedap.
Pemecah selera tau sosnya tu
Ditambah plak dengan sosnya yang merah dicampur sedikit bijan tu.. sedapnya.. Selalunya orang makan dengan berbagai cara. Bagi bella plak, sangat yummy bila masukkan bahan tu satu per satu. Bukan masuk semua. Bella tak suka nanti nampak kotor. hahahaha.. tu kalau bella makan kat sini bella suka makan berdua je. Tak suka makan dengan kawan2x.. hahahaha... gedik je.
Sedapnya...
Nampak je simple.. tapi sangat marvelous you alllss... sampai tertaip ayat gedik plak..  sedap.. taruh kuah sikit, ambik bahannya sikit then campurkan sos kat sup tu. Then yummy. Ada yang suka masak ayam tu, pastu cicah ke dalam sos tu. Tapi bella suka hirup kuahnya. Terpulang la.

Cubala... tak rugi pun..
Bagi yang baru hendak mencuba, tidak rugi pun cuba set B ini untuk percubaan. Kalau tidak suka tak payah datang lagi ok? Korang boleh saja pesan set ini, kemudian rasa tidak cukup. Boleh saja tambah Macam Bella selalu tambah nasi. Sebab nanti ada orang merunggut kata hisshhh mahal je, tapi tidak kenyang.


Malangnya.. sayang seribu kali sayang, HB tidak berapa hendak suka.HB kata membazir sebab tidak kenyang.Sekarang, sebab dah tiap - tiap bulan mesti pergi sekurang - kurangnya sekali. Suka dah. Cuma HB cepat saja berjenti. Bella jer yang menghirup sehingga kering. Gelojoh.


Dulu sebulan sekali mesti makan kat sini la.. masa memula ketagih dulu sanggup balik hujung minggu dari kedah sebab hendak makan dekat sini. Rasa heaven sangat - sangat. Supnya ada 2 perisa tau. Tomyam dan sup. Tomyam ada charge rm10. Bella tidak suka beli tomyam bukan sebab ada charge, Tapi tekak Bella memang super duper suka sup dekat sini.

ok.. tu saja pengkongsian dari bella. Selamat menjamu selera....

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Betul ke halal? Sekarang masih halal ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Hari itu memang ada dipamerkan didalam kedai dan juga di buku menu.

      Delete
    2. Baru check kat direktori halal jakim x jumpa pun. Search johnny x jumpa, search dynasun sdn bhd pun x jumpa.

      Delete
    3. Gogel tkde sijil sah halal jakim..bertahun2 da aku mkn..

      Delete
  2. Mungkin sekarang dah takda sijil Halal. Bella pun dah lama tak pergi makan. Kalau tak yakin sila jangan pergi makan ok.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.