SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Kawan Bella ada cakap, Bella nampak happy sangat walaupun takda anak. Setiap kali Bella nak pergi travel mesti ada yang perli. " Wah...

Kawan Bella ada cakap, Bella nampak happy sangat walaupun takda anak. Setiap kali Bella nak pergi travel mesti ada yang perli. " Wahhh!! really enjoy your life ye?" Bella tak faham, berdosa ke Bella nak bahagia walaupun masa tu Bella tak da anak lagi. Korang faham tak yang orang tak ada anak ni, perlukan suntikan positif. Suntikan semangat. Korang asyik perli saja. Korang tahu tak yang sikap manusia akhir zaman ni adalah menunjuk - nunjuk berapa banyaknya harta yang dorang dah kumpul dan berapa ramainya anak yang dapat dorang lahirkan. Bella nak tanya korang, SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?  Seronok sangat ke korang mengata dan bagi kata - kata negatif dekat orang yang takda anak ni?

Bella selalu teringat - ingat beberapa perkara yang orang sekeliling cakap, tanya, nasihat dan perli Bella. Bella pernah terbaca yang ada suami meluahkan rasa kesian pada isterinya yang selalu kena perli dalam group wasap family sampai keluar daripada group wasap tu. Bella pun pernah. Tengah rancak - rancak berborak dan bertukar - tukar pendapat tiba - tiba ada seorang yang cakap ala, harta dunia tak penting mana pun, yang penting ada anak. Anak adalah harta dunia dan akhirat. APAAA??? Padahal masa tu tengah berbincang pasal minyak wangi je. Bella bagitahulah minyak wangi kesukaan Bella. Bukan menunjuk, tapi bagitahu apa yang Bella pakai je. Dorang kata itu semua dunia. Kalahkan penyataan Bella dengan sentuh pasal anak. Bella pun keluar group dengan meninggalkan ayat. 

" Janganlah ditanya soalan mengenai anak pada orang yang sedang diuji tanpa zuriat, kita tak tahu usaha dia macam mana, berapa banyak duit dia dah abis dalam usaha mendapatkan zuriat, berapa tabahnya dia menghadapi ujian ini, Janganlah digores lagi perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t" 

Lebih kuranglah ayatnya berbunyi macam ni sebab Bella screenshot ayat tu. Kalau korang pernah dengar ayat macam ni lebih kurang tolong baiki ayat Bella nanti baiki ayat dekat atas tu. Lepas Bella letak ayat tu Bella keluar group. Bella pun tak pasti apa dorang kata. Baik Bella keluar sebelum Bella makin kurang ajar bila duduk dalam group tu. Ahaks.

Keluarga terdekat memang akan selalu bertanya sebab dorang mungkin risau. Kalau pihak Bella mak Bella lah yang selalu akan lemparkan kata - kata pedas yang mensiat - siatkan hati Bella. Impaknya bila orang luar tanya atau perli Bella soal anak, Bella dah jadi lali dah. Sebab kata - kata mak Bella paling padu. Nasib mak je. Bella biarkan kata - kata tu keluar telinga kiri dan masuk telinga kanan. Alhamdulilah Bella direzekikan dengan mak mentua dan ayah mentua yang sangat baik dan tak pernah mempersoalkan mengenai anak dekat Bella. Kagum Bella dengan dorang. Dorang sangat tabah dan sabar walaupun Bella mengahwini anak kesayangan dorang. Takdalah sesi perli memerli terdengar ditelinga Bella.

Sedara mara yang lebih. Ada seorang makcik bawang ni, tanya Bella. "Anak dah berapa orang?" Bella jawab takda lagi. Depan Bella dia cakap takpelah. Sabar. Belum rezeki lagi. Belakang Bella, beria - ia dia cerita. Wei! Dorang dah kawin 5tahun takda anak lagi! dengan muka - muka dia bercerita. Amboi makcik. Talamnya.

Bila Bella balik dari bercuti, ada sedara tanya. " Hari tu pergi bercuti Indonesia ke? Takda ke bawa balik anak angkat seorang dari sana?" Nak ku kaki kan je. Ingat anak ayam nak bawa senang - senang. HB senyum je. Bella pun senyum je. Anak angkat ni Bella dah cadangkan dekat HB. HB taknak. Bella sampai menangis fikir macam mana ni? HB tak nak ambil anak angkat. Sebab tulah bila Bella fikir - fikir dia nak anak sendiri, lebih baik izinkan je dia kahwin lain. Remuk hati. Hancur sangat. Nasib baik HB selalu fikir dia muda lagi. Banyak masa lagi. Jadi dia sangat relax dan kata sabar je.

Sedara - mara yang pegang perut tanya ada isi ke ni? takda lagi ke? mana boleh takda? Gemuk nampak sekarang. Ada isi kot? Dulu seboleh - bolehnya Bella takut gemuk. Sebab soalan makin mencabar. Belum lagi yang pas dekat anak suruh tanya."Makcik bila nak ada anak? Pakcik suka budak tu, pakcik dah tak sabar nak ada anak tu." Soalan - soalan biasa yang akan kedengaran menyanyi - nyanyi di cuping telinga. Lali. 

Makin menyirap bila dekat tempat kerja cuti nak pergi Travel atau raya tak lulus sebab alasan, takda anak. "Cuti ko tak lulus ye, sebab nak bagi dekat orang yang ada anak bawa anak - anak dorang berjalan masa cuti sekolah ni." "Buat apa ko ambil cuti masa cuti sekolah? ko bukan ada anak pun." "Raya tahun ni, ko takdapat cuti. Bagi orang yang ada anak cuti lama sikit dengan anak - anak dorang." Pedih tak alasan macam ni? Korang rasa, salah ke kalau Bella kurang ajar dengan Boss sebab bagi alasan bodoh macam ni? Memang meminta sangat kan? Lepas tu benci Bella. Suka hati ko lah Boss. 

Sebab Bella selalu travel sangatlah kawan - kawan cakap dan perli "Ko taknak anak lagi kan? sebab ko nak jalan-jalan" "Betul ke ko nak anak? kalau nak mesti dah lama dapat." "Ko bolehlah berjalan sana - sini, duit banyak. Anak takda." "Ko ni asyik pergi honeymoon je. Hasil tarak" Hello? Ko kawin pun belum. Ko ingat main malam tu esoknya mengandung ke? Bella pun tak pernah tanya dia bila dia nak kawin. Kalau Bella yang sound dia mahu menangis tu. Bella sabar je. Soalan dan ayat ni dari orang yang lain-lain ye. Bayangkan macam mana Bella hadap. Alasan ada anak tak boleh pergi jalan - jalan memang tak boleh pakai. Dulu masa ko takda anak ko tak gi mana pun. Ni anak - anak dah besar takda plak Bella tengok dia pergi travel. Lagi satu rezeki bila dah ada anak lain. Lagi bertambah. Jangan salahkan anak dalam soal rezeki. Tak belajar punya orang.

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Bila ada yang lagi advance yang bagi kata - kata pedih seolah - olah Bella takda usaha dan tak nak berusaha. Ceritakan kisah dia yang kawin banyak kali sebab nak anak. Semua perempuan yang dia kawin sebelum ini tak dapat bagi zuriat dan dorang bercerai dan dia kawin lagi. Suruh bini dia buat operation supaya mengandung dan Bella tak buat semua itu. Terus dia lemperkan dan labelkan perempuan yang dah kawin tapi takda usaha macam bini dia tu, pentingkan diri sendiri.

Kata - kata dia sangat pedih. Menangis - nangis Bella cerita dekat HB. Bella tanya dekat HB, betul ke Bella ni pentingkan diri? Betul ke Bella sekat kebahagian HB? Sekali lagi Bella paksa HB kawin lain. Sebenarnya takda siapa tahu betapa sanggupnya Bella derita asalkan HB bahagia. Sakit sangat hati Bella dengan ayat dia tu. Walaupun kata - kata dia sangat umum. Tapi sebab Bella takda anak, kata - kata dia tepat kena dekat hati Bella. HB kata tak semestinya kalau dia kawen lain dia dapat anak. Kalau tuhan kata bukan rezeki dia dapat anak dia kawin 4 pun belum tentu ada rezeki anak. Terima kasih sayang untuk kata - kata penguat semangat tu.

Bila kawan, lawan, sedara mara atau orang yang memang Bella kenal tegur atau perli itu boleh tahan lagi. Paling tak tahan bila orang yang pertama kali jumpa, tak kenal pun. Saja duduk sembang, tiba - tiba tanya pasal anak dan bagi nasihat. Bella ingat ada seorang lelaki ni. Cakap punyalah kasar. Kami duduk di hotel. Masa sarapan pagi dia minta nak duduk sekali mungkin sebab dia bosan nak makan sorang - sorang. Sembang - sembang dia tanya pasal anak dan terus cakap."Adik abang ada seorang juga takda anak. Bila abang tanya sama juga dia jawab, takda rezeki. Hei, Bulls**t la. Bukan takda rezeki takda usaha tu." Sambil memandang kami. Kasar giler kan? Kami diam je, tanda hormat.

Lepas tu dia pun bagi tips dan dia kata dia dapat rasakan yang hati kami suami isteri masih tertutup antara satu sama lain. Maknanya kami masih menyimpan rahsia besar yang masing - masing tak tahu lagi. Apa - apa rahsialah. Abang tu kata ambillah satu hari lepas solat sama - sama luahkan segala rahsia dan isi hati. Luahkan segala - galanya dan benda ni boleh buat sekali je. Jangan buat banyak kali. Bella ada ajak HB buat, tapi HB asyik cakap nantilah. Mungkin dia ada rahsia yang Bella tak tahu. Tapi bagi Bella tak penting pun sebenarnya rahsia sebelum kahwin atau rahsia yang tak penting. Buat apa nak buka aib sendiri sedangkan Allah s.w.t pun sembunyikan aib kita. Korang bolehlah cuba buat sesi luahan hati suami isteri. Penting juga sebenarnya. Bukakan hati seluas - luasnya untuk suami, dan macam tu jugalah suami. Terimalah segala - galanya keburukan pasangan masing - masing.

SALAH KE BAHAGIA TANPA ANAK?

Tak cukup dengan tu, Bella ada beli sofa. Pengangkut sofa tu tanya kami anak mana? Dia berbangsa India. HB cakap kami takda anak lagi. Dia terus cakap baru kahwin ke? Standard. Biasa sangat. kalau kami cakap takda anak lagi mesti orang kata owh baru kahwin ya? Padahal dah lama kahwin dah. Bila kami cakap dah lama kahwin dia pun cakap dia nak dapatkan anak pun lambat. Dia usaha sana sini. Dia kata cepat - cepatlah ada anak, takda anak ni bosan. Sunyi. Ewah - ewah macam minta kena tendang keluar je. 

Bagi kaum india, soal anak ni lagi sensitif. HB kata masa dia nak buka akaun bank dia tanya dekat seorang india ni anak berapa orang? Soalan biasalah untuk buka akaun bank. Dia terus menangis. Dia kata dia takda anak lagi. Dia kesian dekat bini dia. Setiap kali ada perayaan bini dia tak boleh balik kampung sekali. Rupanya pasangan yang takda anak ni, orang India anggap dia bernasib malang. HB cakap dia pun faham sebab dia pun takda anak lagi. Tulah bila HB buat sijil kelahiran Afham, dia menangis sebab dia kata macam mimpi ada anak yang berbin kan dia. Alhamdullilah. Dia kata selalu buka akaun anak orang je. Bila tengok sijil kelahiran anak orang dia selalu terfikir bilalah ada sijil kelahiran anak sendiri. Ingatkan tak kisah. Hati ada taman juga sebenarnya. 

Sebenarnya buat pengetahuan abang, kakak, adik, pakcik, makcik dan semua manusia dibumi ini. Soalan ini korang tak payah nak tanya. Soalan bila nak dapat anak, kenapa takda anak lagi, dah ada isi ke? Tak payah. Tak perlu. Pasangan itu sendiri dah menangung 1000 beban dekat bahu, sedang cuba redha, sedang cuba terima kekurangan hidup. Korang tak perlu tambah lagi. Korang ingat bila tanya soalan macam tu hubungan makin erat ke? Takdanya makin menyampah lagi adalah. Banyak lagi topik boleh dibualkan selain daripada topik anak. Ok?

Buat pasangan yang takda anak lagi, Bella dah melaluinya. Satu je Bella pesan, soalan - soalan macam ni akan menambahkan lagi kerisauan, kegusaran dan perasaan negatif dalam diri korang. Kalau boleh elak, korang elak je orang - orang yang selalu soal benda ni. Kalau tak boleh elak, hadap tapi jangan masuk dalam hati. Keluarkan balik di telinga kanan atau kiri. Positif kan diri sangat penting juga dalam TTC. Suami, tolonglah bagi semangat dekat isteri. Tolonglah sama - sama berusaha dengan isteri. HB Bella selalu nasihatkan Bella bila tengah sedih soal anak ni. 

HB kata, "Jangan sedih sangat, kita Alhamdulilah bahagia. Boleh beli apa yang kita nak. Boleh jalan - jalan mana kita nak pergi. Cukup lengkap ada rumah kereta. Rezeki kita dah banyak sangat. Ada orang ada anak hidup susah. Ada orang rezeki kawin pun tak sampai lagi. Kita sekurang - kurangnya boleh capai banyak impian kita dulu. Banyak nikmat yang kita dapat. Sayang tak payah suruh dear kahwin lagi dear nak anak dengan sayang." Ok. Kesat air mata sambil tidur berpelukan. Gitew. Halal ok. Tanya sangat bila nak ada anak kan? Terus buat. Hahaha.

Ingatlah, Jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t. Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Hati - hati dalam berbicara. Jangan sampai jatuh kufur. Bella doakan semua yang sedang bersabar dengan ujian Allah s.w.t ini dikurniakan zuriat. Korang doakan anak soleh dan solehah Bella ini terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang sentiasa dilindungi olehNYA. Aaminn. 

You Might Also Like

12 ulasan

  1. seronok baca post ni! soal anak ni sensitif sangat. kadang kadang belum sampai waktunya lagi untuk ada anak. dah sampai waktu, tuhan bagi lah rezeki anak tu. kita berdoa je banyak banyak kan. alhamdulillah, saya kahwin november 2019, pregnant dec 2019 tapi gugur :( and january tahun ni dapat tahu pregnant lagi. bersyukur sangat sangat! tuhan uji sikit je dgn keguguran tu. saya salute akak akak yang TTC bertahun lamanya. kalau saya, tak tahu la boleh kuat semangat macam tu ke tak.

    erin x | littlesipsoftea.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Semoga segalanya dipermudahkan. Betul ramai yang putus asa, tapi ingat. Allah s.w.t tak akan uji melebihi kemampuan kita. Insya-ALLAH kita akan kuat. Akak kuat pun sebab ada penguat semangat dekat belakang. Suami.

      Delete
    2. Alhamdulillah Bella dpt suami & keluarga mertua yg memahami. Support each other tu mmg penting. Akak pun merasa dah hadap soalan & komen komen cepu mas tu 4 tahun gak sblm dapat si kembar 3 ni. Dan...lepas dpt si kembaq ni pun kena hadap lagi soalan tak nak tambah anak lg ka? Tak nak anak perempuan plak ka? Kena ada anak perempuan gak bla bla bla... Hadap ja lah soalan & komen yg never ending gini hehehe.

      Delete
    3. Owh betul tu, kena stand by jawapan untuk bila nak tambah lagi seorang pula.

      Delete
  2. Ya allah....you touch my.heart bella. Syukur...rezki bella dpt.suami yg baik dan ada pun.rezeki anak. allah lebih tahu bila nak beri...syukur..tahniah bella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman sendiri lebih menyentuh hati gitew. Lahir dari hati. Hehehe. Betul Alhamdullilah syukur.

      Delete
  3. sedih baca entri bella begini.. lalui gak sama macam bella.. semoga cik ash pun diberikan peluang nak jadi seorang ibu juga suatu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2x. Jangan putus asa. Ramai sangat - sangat juga yang senasib. Bella banyak share usaha TTC Bella. Nanti jangan lupa cuba k. Bella doakan Cik Ash juga diberikan rezeki zuriat. Aamin2x.

      Delete
  4. betul kata bella, rezeki ni urusan Allah SWT, sesubur mana pun seseorang,kalau Allah tak nak bagi dia rezeki anak, dia tak kan punyai anak. Semua ni aturan Allah SWT, kita tak ada hak nak persoalkannya. Husband IQ pun berkata yang sama. Ada isu lain berkaitan macam mana lahirnya seorang anak dengan penyakit keturunan pun sama, semuanya aturan Allah, kalau kita sihat walafiat, belum tentu anak yang lahir sihat sepenuhnya...begitu juga sebaliknya...yang penting syukur atau tidak kita atas pemberian-Nya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul.Bella pun masa mengandung doa sungguh2x agar anak Bella ni, Muhammad Afham Fayyadh sihat. Mengandung umur meningkat ni kan risau. Syukur kunci dtg segala rezeki.

      Delete
  5. kak. this entry so touching. betapa kuatnya kak huda. Alhamdulillah. MIL FIL xpenah tanya. sgt memahami. wlwpun wati hanya diduga 7 bulan jea tp terasa jgk laa. sebab kwn sepupu sepapat ada bunting pelamin, ada kahwin kemudia mengandung dl blablabla. tapi betul support suami yg penting. kata2 suami yg penting. adore sgttt. u entry akn motivate org yg down. congratss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Terima kasih. Hampir nak putus asa sebenarnya. Nasib ada sinar.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.