Travel York
JAMBATAN WEOLYEONG YANG SANGAT POPULAR DI ANDONG KOREA
19 February
Selalunya masa travel malam mesti buntu nak buat aktiviti apa - apa kan? kalau bercuti dalam Malaysia, waktu malam tidur jela. Bayar hotel mahal - mahal. Betul tak? Tapi kalau pergi travel ke luar negara, nak berjalan malam korang kena kaji dulu keselamatan pelancong untuk jalan malam - malam atau explore negara orang malam - malam. Kalau takada apa yang menarik lebih baik duduk hotel saja. Bella selalunya malam pergi pasar, mall yang masih buka atau cari makan malam itu je. Tak berani nak jalan jauh - jauh. Bila di Korea, Bella tengok aktiviti malam dekat sana pun kurang. Lagi pula masa Bella pergi ni musim sejuk. Mestilah lagi syok duduk dalam selimut kan? Nasib baik Bella pergi dengan KTO dan AirAsia yang memperkenalkan Bella dengan JAMBATAN WEOLYEONG YANG SANGAT POPULAR DI ANDONG KOREA. Kalau bukan pergi dengan FAM trip ni mesti Bella memilih untuk duduk didalam selimut sebab jambatan ni dengan suasana dia membuatkan Bella teringat laki dekat Malaysia. Romantik habis.
Bella dari jauh sudah nampak cahaya yang menerangi jambatan ini. Cantik sungguh. Nampak macam ada kubah istana kuno ditengah - tengah jambatan. Masing - masing teruja untuk sampai kesana. Kalau korang nak tahu, jambatan Weolyeong adalah jambatan berjalan terpanjang disini. Ia melintasi sungai Nakdong sepanjang 387m dengan 3.6m lebar pagar. Dibuka pada tahun 2003, Jambatan Woryeonggyo jambatan terpanjang in dibuat daripada kayu di Korea. Jambatan Woryeonggyo ini sebenarnya mempunyai legenda yang tragis tentang seorang isteri yang membuat sepasang mituri (sepatu rami) dari rambutnya. Jadi sebab itulah jambatan itu direka bentuk dalam gaya mituri. Di tengah jambatan itu adalah Pavilion Woryeongjeong.
Bella terus berjalan melintasi sungai untuk ke Pavilion Woryeongjeong. Semakin ke tengah suasana dan suhu semakin sejuk! Sangat sejuk sehingga Bella berlari - lari kecil untuk cepat sampai ke tengah. Tapi kena hati - hati sebab jambatan kayu jadi sedikit licin. Keadaan gelap pula tu kan? Orang datang sini memang kurang tapi ada. Bella berjalan sehingga ke seberang sana. Tiada apa - apa yang menarik cuma ada macam tempat tulis nama pasangan kekasih dekat kunci. Bella tengok tempat - tempat romantik macam ni sepintas lalu sajalah. Rindu suami kan. Cepat - cepat patah balik ke tempat mula datang tadi.
Sempat jugalah Bella baca tentang sejarah Jambatan Weolyeong ini. Sebab tulah Bella boleh ceritakan dekat atas. Hehe. Jambatan ini adalah tempat yang terbaik sebenarnya untuk korang menikmati udara yang paling segar dimalam hari. Memang segar sangat. Bella rasa macam udara ini mengigit - gigit tulang Bella. Sebenarnya, jambatan ini juga dikenali dengan nama Moonlight Bridge. Nama ini juga dipilih dengan melihat keindahan bayang - bayang bulan yang terpantul ke sungai.
Disebabkan kesejukan malam yang sangat mencengkam, kami tak dapat nak bertahan lama untuk menikmati keindahan JAMBATAN WEOLYEONG YANG SANGAT POPULAR DI ANDONG KOREA ini. Kami dibawa menikmati kepanasan kopi di cafe yang terletak hanya diseberang jalan sahaja. Wow. Terbaik.
JAMBATAN WEOLYEONG YANG SANGAT POPULAR DI ANDONG KOREA ini memang sangat cantik kamera Bella pula tak power nak ambil gambar malam kalau korang datang sini, siang pun boleh datang melawat. Kalau korang datang siang, korang boleh tengok kehalusan senibina kayu dalam pembinaan jambatan ini. Paling teruja, ada waktu - waktu tertentu air pancut akan memeriahkan lagi kecantikan jambatan ini. Korang boleh tengok waktunya dibawah. Bella rasa siang pun ok malam pun ok nak datang. Dua dalam satu. Boleh tengok pemandangan cantik jambatan di malam hari dan boleh lepak mengopi lagi.
Maklumat lanjut :-
Address
Sanga-dong, Andong-si, Gyeongsangbuk-do
경상북도 안동시 상아동
Parking Facilities
Available
Available Facilities
Pavilion, fountain, etc.
[Fountain show]
- Saturdays & Sundays (excluding winter months)
- 12:30 / 18:30 / 20:00 - Duration: 20 minutes
Restrooms
Available
Directions
[Train]
Take a train from Cheongnyangni Station to Andong Station.
[Express/Intercity Bus]
Take a bus from Seoul Express Bus Terminal to Andong Bus Terminal.
[Taxi]
Approx. 6min from Andong Station.
Approx. 17min from Andong Bus Terminal.
1 ulasan
Subhanallah menarik nya
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.