MACAM MANA NAK TAHU KANDUNGAN SIHAT?

Ceritakan sedikit mengenai  MACAM MANA NAK TAHU KANDUNGAN SIHAT? berdasarkan pengalaman yang Bella telah alami. Kalau korang buat ujian ke...

Ceritakan sedikit mengenai MACAM MANA NAK TAHU KANDUNGAN SIHAT? berdasarkan pengalaman yang Bella telah alami. Kalau korang buat ujian kehamilan sendiri dekat rumah dan keputusannya adalah dua line. Sama ada garisan itu terang atau pudar, 98% kemungkinannya korang memang mengandung! kecuali strips tu rosak atau cara korang buat ujian kehamilan tu salah jadi keputusannya pun salah. Lepas dah dapat keputusan double line apa perkara yang korang kena buat? Post dekat media sosial? Terpulang korang, tapi Bella nak bagitahu sikit jangan seronok sangat dulu. Banyak benda korang kena ambil tahu dan kira sebelum beronok - ronok dan lompat bintang bagai.


Kalau korang buat ujian kehamilan tu, garisan kedua sangat pudar, buat je lagi bagi dapat garisan yang pekat. Buat dua tiga kali pun tak ada masalah. Macam Bella dah 8 tahun asyik buat je, bila dapat double line Bella memang yakin Bella mengandung walaupun line masih pudar. Dulu pernah masa 3 tahun kawin Bella dapat double line tapi garisan yang sangat pudar. Bella bagitahu HB. HB seronok sangat sambil peluk Bella. Kami pun terus pergi klinik untuk pastikan Bella mengandung. Masa pergi klinik nak buat confirmation, tiba - tiba jadi satu line saja. Pelik. Memang pelik. Tapi, apa yang Bella baca, kandungan tu bukan gugur tapi ia adalah kandungan yang tak menjadi dan akan turun sebagai darah period. Sedih kan? Jadi lepas kejadian tu memang kami tak beronok - ronok dah walaupun double line. HB pun takdalah menjerit ke, menangis ke, dia relax je. Itu jelah HB meraikan double line. Lepas tu memang dapat double line HB buat biasa je. Sebab benda belum pasti. Jadi korang boleh je terus pergi mana - mana klinik untuk memastikan yang korang betul - betul mengandung dan kandungan itu ada. Ini langkah pertama.


Bila doktor kata sah "Tahniah! awak mengandung!" Alhamdullilah. Korang silalah mula makan acid folic. Kecil je. Takda rasa apa pun. Penting untuk tumbesaran janin korang. Tunggu dulu, kalau period korang cantik, korang kiralah kandungan korang dah berapa minggu. Kalau 3minggu macam tu bolehlah rasanya pergi scan untuk pastikan korang mengandung dalam rahim. Bella dah ada pengalaman pergi klinik kata dalam rahim sekali rupanya luar rahim. Jadi Bella cadangkan korang pergi banyak kali scan dan kalau boleh pergi yang betul - betul pakar. Kalau pernah mengandung luar rahim macam Bella, terus pergi hospital. Tapi tersangatlah leceh yer prosedurnya. Nanti Bella cerita. Kalau korang nak baca pengalaman Bella mengandung luar rahim klik je link ni. Ini langkah kedua.


Bila korang dah scan memang dalam rahim, ini dah boleh seronok dah. Tapi, 50% je. Sujud syukur dulu. Sekurang - kurangnya peluang kandungan korang tu sihat memang dah tinggi. Tunggu lagi kandungan besar sikit. Mungkin 10minggu awal lagi pun takpe. Terpulang dekat korang, scan lagi untuk tengok degupan jantung anak kita dalam tu. Bila dah nampak jantung anak kita berdegup kencang seiring dengan jantung kita, barulah boleh beronok - ronok. 97% kemungkinan besar kandungan kita memang sihat dengan kehendak Allah s.w.t

Korang rasa nak post dekat media sosial? Bella rasa biarlah tunggu sehingga abis 1st Trimester. Dalam 1st Trimester macam - macam boleh berlaku. Kandungan kita sangat kecil dan baru gumpalan darah saja. Kawan Bella anak dah lahir, meninggal masa lahir. Mengandung 9 bulan tanpa masalah. Ini semua kehendak Allah s.w.t. Langkah yang Bella bagi ni sebagai panduan bagi ibu - ibu baru pertama kali mengandung. Jangan macam Bella, mengandung luar rahim sampai pecah sebab tak tahu. Mengandung luar rahim boleh menyebabkan kematian ok. 

Uztaz kata, sembunyikan perkara yang belum pasti. Hebahkan perkara yang sudah terjadi. Sembunyikan pertunangan. Hebahkan perkahwinan. Sembunyikan kehamilan, hebahkan kelahiran. Kerana itu adalah yang lebih baik elak segala hasad. 

Jadi bab nak hebahkan mengenai kehamilan terpulang dekat korang. Bella memang ikut kata - kata ni. Bella memang sembunyikan selepas melalui berbagai ujian dan kegagalan, Bella rasa tenang lagi bila kita sembunyikan. Kalau segalanya dipermudahkan Alhamdullilah. Kalau kita diuji dengan kehilangan kandungan kita, sekurang - kurangnya tiada siapa yang akan bertanya dan ingatkan kita dengan perkara sedih tu lagi. Semoga membantu mama - mama dan ibu - ibu baru. Semoga dipermudahkan segalanya. 

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.