Merasai Ketam Madu di Daegu Korea

Penat juga seharian berjalan mengukur bumi Korea. Perut pun cepat je berbunyi sebab keadaan sejuk di Korea akan membuatkan perut kita senti...

Penat juga seharian berjalan mengukur bumi Korea. Perut pun cepat je berbunyi sebab keadaan sejuk di Korea akan membuatkan perut kita sentiasa minta diisi. Apa yang baiknya, kurang rasa dahaga. Tapi bila mengembara di bumi orang ni, takdalah semua makanan boleh disebat dan dimakan. Jadi, KTO (Korea Tourism Organisation) telah mengaturkan makan malam kami di Restaurant yang menyediakan makanan yang berasaskan makanan laut dan hidagan utamanya adalah ketam! Wow! Makanan kegemaran Bella. Ketam. Ramai yang tak suka sebab leceh nak makan kan? Kadang - kadang nak gigit penyepitnya tu, sampai terkoyak bibir. Sebab itulah makan ketam kena perlahan - lahan sambil menghayati isinya yang sikit tu. Makan malam kali ini Bella Merasai Ketam Madu di Daegu Korea.

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

Nama Restaurant ini adalah Pottery kkotgejang ( 옹기꽃게장 ) yang menyediakan semua makanan laut. Macam biasalah. Makanan yang berasaskan sayuran mesti ada disetiap hidangan. Kimchi memang tak pernah tinggal di setiap hidangan. Macam sambal belacan bagi orang melayu. Masa ni, kami masih menanti hidangan ketam yang bakal disajikan. Bella bila sebut ketam adalah hidangan utama, memang sangat teruja dan makan memang tak akan cover atau malu - malu. Memang belasah je makan. 

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,


makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

Makan malam di Restaurant ini takada makan dalam pinggan biasa yer. Selalunya disediakan mangkuk kecil. Tapi kali ini lebih unik sebab disediakan nasi dalam ala - ala periuk batu. Macam lesung batu dah Bella tengok rupanya. Ini adalah nasi yang terus dimasak dalam batu ini tau. Bukan nasi yang dah siap dimasak dimasukan dalam periuk batu ni. Janganlah sentuh yer. Panas. Bella pun takdalah nak pegang - pegang untuk dapatkan kepastiaan. Tengok nasi dan berasap tu, percaya jela. Air pun tuang dari cerek terus. Ini kalau dekat kampung, anak dara hidang terus sekali dengan cerek memang berdarah telingalah kena bebel dengan mak. 

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

Walah!! inilah hidangan ketamnya. Separuh masak macam sushi. Disebabkan isi ketam ini dimasak separuh masak, jadi dia akan rasa liat - liat sikit. Tapi bagi pencinta ketam macam Bella ni, memang sedap sungguhlah. Ditambah dengan telur ketam tu. Memang manis dan rasa yang lain dari yang lain. Tapi, bila korang makan dengan nasi panas yang dalam batu tu, isi ketam ini akan jadi masak sedikit. Pada Bella, kesedapan ketam ni lebih sebab setiap ketam ada telur.

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

Rasanya tak loya atau hanyir. Sos soya yang ditambah dengan kepedasan cili, memang buat hidangan ni sedap meletup - letup dalam mulut Bella. Tapi kalau korang nak pergi Merasai Ketam Madu di Daegu Korea macam Bella, korang kenalah hati - hati. Tak semestinya kalau seafood je Halal yer, Sos soya ini, kalau bukan yang halal dorang akan tambah arak. Bella pergi dengan KTO jadi dorang memang dah sediakan awal - awal lagi supaya dari punca makanan ini memang Halal. Bella makan memang takda rasa ragu -ragu dah. Memang Bella lah yang habiskan semua ketam yang ada. Siapa ada resepi ketam ni? Meh share. Nak cuba masak sendiri la. Nak pergi jauh. 

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

Bella makan sampai habis nasi dalam bekas batu ni yer, kawan - kawan. Orang Korea yang bawa kami seronok betul tengok Bella makan banyak. Siap suruh Bella isi air panas dalam bekas nasi Bella, supaya nasi yang menjadi kerak yang melekat - lekat dekat mangkuk batu tu Bella boleh korek dan makan sampai licin. Unik juga. Sayur - sayur depan Bella langsung tak terusik. Bella memang menghayati ketam je. 

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

Hidangan ikan pun ada juga. Tapi Bella dah kenyang dengan ketam. Lagipun Bella segan juga nak habiskan semua yang didepan mata. Apa yang penting Bella sangat - sangat puas hati Merasai Ketam Madu di Daegu Korea ini. Jadi hidangan lain memang tolak tepi. 

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

Selesai saja makan, kami diberi air beras ini. Heh! sedapnya. Mungkin selama dekat Korea ini banyak minum air teh hijau, tiba - tiba dapat air manis ini rasa macam wow nya. Ditekankan air ini memang tidak memabukkan. Ia lebih macam rasa air Barli macam tu. Bella pernah beli air beras ni dekat Malaysia yang dalam tin dan ada Halal Korea, tapi rasanya tetap tak sama. Rasanya lagi sedap dekat kedai ini. Kalau repeat pergi Korea pun belum tentu dapat rasa air beras yang Halal ni. Sebab Bella takut masa kami datang saja semuanya di sediakan yang Halal belaka. Pergi sendiri dengan tak fahamnya. Memang susah. Kecuali bawa yang tahu cakap Korea. Masa FAM Bella pergi tu, ada lebih kurang 5 orang yang boleh cakap Korea dan terjemahkan kepada kami dalam English. 

makanan halal di Korea, Daegu. Korea, ketam korea, makanan sedap korea,

Ketam masak pedas macam ini pun ada disediakan. Tapi rasanya biasa - biasa saja. Sedap lagi ketam masak sambal di Malaysia Bella rasa. Bella pun dah lupa apa rasa sambalnya, sebab ketam masak soya tu lagi mengancam dan menarik perhatian Bella. Bagi korang yang nak rasa sendiri kesedapan Ketam di Daegu Korea ini, Bolehlah search :-

Pottery kkotgejang ( 옹기꽃게장 )

Daejeon-ri, Daedeok-ro, Nam-gu, Daegu, Korea
(No.) 561-255, Bongdeok 5-dong, Nam-gu, Daegu, Korea
대구 남구 대덕로 157
(지번) 대구광역시 남구 봉덕동 561-25

11.00am till 10.00pm
053-474-8130


Semoga bermanfaat dan selamat bercuti.

Maklumat Penerbangan :-


KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.

#AirAsia #VacayWithAirAsiaX #VacaywithAirAsia #VisitKorea

You Might Also Like

4 ulasan

  1. harap suatu hari nnti boleh pergi travel merata dunia

    ReplyDelete
  2. Akak tunggu anak akak habis belajar baru boleh travel berdua dengan dia

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya travel. Layan maka macam2 .. Moga ada rezeki nak travel bersama anak2 nanti..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.