Apa Yang Menarik Di E-WORLD DAEGU SOUTH KOREA

Keluar saja dari Pasar Tradisi Seomun Market, kami dibawa pula ke E-WORLD . Bunyi macam dunia keseronokan. Bella memang ternanti - nanti  A...

Keluar saja dari Pasar Tradisi Seomun Market, kami dibawa pula ke E-WORLD. Bunyi macam dunia keseronokan. Bella memang ternanti - nanti Apa Yang Menarik Di E-WORLD DAEGU SOUTH KOREA ni. E-World ini sebenarnya adalah taman tema yang dibina di sekitar Menara Woobang. Kawasan di sekitar menara itu diubahsuai sebagai taman gaya Eropah dan dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 1995. Ia mempunyai air terjun, air pancut, pameran lampu, dan bunga, serta pameran dan dewan persembahan. E-World mempunyai beberapa plaza yang dicirikan oleh tema yang berbeza. Plaza utama termasuk Entry Plaza, Central Plaza, Plaza kanak-kanak (taman permainan), dan Young Town Plaza. Menarik kan? Jom kita terjah masuk. Adakah sama macam Universal Studio? Sebab Bella macam nampak ada roller coaster la.
 
E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Harga tiket masuk E - World :- 

Kalau korang tunjuk DAEGU Card, korang akan dapat harga :- 

    - entrance ticket for 12,000won (E-world enter + Free concert)

    - Free Pass for 19,000won (E-World & 83 Tower enter + Free concert + rides)

Opening Hours

  10:00~21:00

Admission fee Without Daegu Card

  Entrance Ticket : 23,000won (E-World enter + Free concert)

  Free Pass : 33,000won (E-World & 83 Tower enter + Free concert)

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Bas memberhentikan kami disuatu kawasan yang sangat cantik. Penuh bunga - bungaan. Bungaan Asli lagi tau. Kagum sungguh Bella. Ingat bunga plastik. Bella siap sentuh lagi. Kawasan ini sangat cantik dan romantik. Bella nampak memang ada banyak permainan tapi lebih kepada permainan kanak - kanak. Macam tak seram sangatlah. Nak berhenti lama - lama memang tak berkesempatanlah yer. Sebab KTO terus membawa kami menaiki Sky Way. Dalam keadaan hujan dan berlari - lari anak kami kena cepat kerana mengejar jadual yang telah ditetapkan. 

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Sky Way E - World di Daegu sebijik dan sama je macam kabel car. Bella rasa kereta kabel ni, semua negara mesti ada. Bella dah pergi banyak negara, mesti ada kereta kabel dekat kawasan tumpuan dan dijadikan kawasan perlancongan. Cuma pemandangan yang dihidangkan berbeza - beza. Kebanyakan tempat kita akan melihat sama ada kawasan yang seluas lautan ataupun pemandangan bukit bakau yang menghijau. Menariknya Sky Way di E-World ini, kita akan dapat melihat pemandangan keseluruhan taman tema ini dan kecantikan bunga sakura! Sangat cantik sebab masa Bella sampai sini, pokok bunga sakura ni disini banyak yang tak gugur lagi. Wow! SubhanaALLAH.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Cantik sangat - sangat kan? Kami berebut - rebut nak duduk ditepi tingkap. Orang Korea buat tak tahu je dengan pemandangan indah ini. Kami terus keatas bukit. Tinggi juga. Dari dalam kereta kabel ini pun dah terasa kesejukkannya. Macam makin lama makin sejuk ni. Bella tak pasti kami naik hingga ketinggian berapa. Sebab Bella terlalu leka memerhatikan pemandangan yang indah dan memukau ini. Mana nak jumpa pokok pink di Malaysia kan? Sepanjang dekat Korea, nampak je pokok ni, 10 OOTD. Ambil semua sudut. Tak nak lepaskan peluang. Dari atas juga nampak tempat ni agak kosong. Mungkin sebab cuaca sejuk dan hujan.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Sampai dekat atas, sekali lagi Bella teruja. Wow! Luasnya tempat ni. Tempat yang nampak lebih terkenal dengan kawasan dating dan kelihatan amat - amat romantik! Tengok dari sini pun nampak pemandangan bawah. Cantik. Tempat ini dinamakan Sky Garden.Tapi sejuk sangat - sangat menyebabkan Bella tak lama berada diluar menara. Cepat - cepat masuk untuk ke 83 Observatory Tower. Kalau tak nak naik ke Menara 83, korang boleh je menikmati pemandangan Daegu dari menara Sky Garden yang terletak di tingkat Keempat. Ini adalah tempat yang ideal untuk menikmati matahari terbenam dengan secawan kopi atau koktel sebelum menaiki menara untuk menikmati pemandangan kota. Gitew! Sky Garden telah direka dengan elegan dan sangat rapi. Memang cantik dan unik bagi Bella.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum, 
Sebenarnya bila kita masuk ke dunia E - World ini, kita boleh habiskan satu hari hanya untuk menikmati keseluruhan tarikan yang terdapat didalam E - World ini. E-World juga akan membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak. Kita boleh nikmati semua tarikan dan rasakan keseronokan menaiki roller coaster, kemudian berpindah ke 83 pemerhatian Menara dan menikmati pandangan kota Daegu. Banyak sangat aktiviti yang dapat dilakukan seperti Magic Art Show, gelanggang ais, dan bahagian Play Kids.


E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Harga Tiket Masuk Observatory Tower

If you show us your DAEGU Card, we will give you observatory entrance ticket for 5,000won

Opening Hours

  [Weekdays] 11:00~22:00

  [Weekends] 10:30~22:30

  No holidays

Admission fee Without Daegu Card : 10,000won

   E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

   E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

  E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Daegu E-world 83 Tower Menara Daegu dengan (ketinggian 202m) terletak di dalam E-World ini. Ia juga adalah salah satu tarikan pelancong yang terdapat disini. Bila kita Menaiki Daegu E - World 83 Tower ini, kita boleh melihat seluruh bandar Daegu. Pastikan cuaca eloklah yer. Keindahan seni bina menara tradisional telah diterbitkan semula dan bentuk pagoda Dabotop telah dicipta semula. Bahagian barat Menara Daegu (jumlah kawasan: 1,653,965㎡) mempunyai Pusat Kebudayaan dan Kesenian Daegu, Seongdangmot dan Daegu di mana para pelancong dapat menikmati pelbagai pertunjukan dan pameran.

Terdapat kemudahan latihan fizikal rakyat termasuk padang sukan pelbagai guna, kolam renang, padang bola sepak, gelanggang tenis, stadium baseball, gelanggang luncur sebaris, dan sebagainya yang Bella boleh nampak dengan jelas dari atas menara ini. Dalam menara ini juga ada restaurant yang korang boleh lepak sambil tengok pemandangan yang indah. Korang juga boleh melawat pusat maklumat pelancongan Daegu yang merupakan pangkalan pelancongan serantau Daegu berhampiran menara ini apabila anda memerlukan bantuan.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Turun ke tingkat 1 dan 2 juga terdapat tarikan yang tak kurang hebatnya iaitu menara kedua. Menara yang mempunyai gelanggang ais yang dihiasi indah sebagai kawasan ajaib musim sejuk. Kalau korang mempunyai pas masuk E-world yuran hanya 3000won untuk menyewa topi keledar keselamatan dan masuk ke taman ais ini dan korang boleh skate selama mana yang korang suka. Tapi kami tak masuk ke Ice Rink, kami terus menuju ke Euroseum. Euroseum harga tiket masuk adalah 5000won.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Euroseum juga terletak di tingkat dua. Euroseum sama je sebenarnya dengan Muzium Trick Eye Art. Korang hanya perlukan kreativiti untuk menangkap gambar dengan karya seni 3D yang inovatif dan ilusi optik. Di sini korang boleh mendapatkan beberapa gambar kreatif dan menyeronokkan. Korang memang akan mengambil masa didalam ini sebab tempat ini luas dan menarik. Bella rasa, kalau korang tak cukup masa, korang boleh skip dan pergi ke tempat lain. Gambar 3D ini pun dah banyak sangat dekat merata - rata tempat kan?  

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Keluar saja dari menara, Bella terkejut tengok keadaan dah gelap. Hah? dah malam? cemburunya masa dengan kami. Bila malam E - World menjadi sangat indah dengan gemerlapan lampu yang berwarna warni. Bila malam kunjugan lebih ramai dari kalangan golongan remaja. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang kami skip. Kalau korang cari makanan korang bolehlah ke Foodpolitan. Apa yang menariknya, di Foodpolitan terdapat makanan dari seluruh dunia termasuk makanan Korea, Barat, Asia dan Fusion. Cuma halalnya Bella tak pasti. Mungkin tiada apa yang halal.

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

E-world, Daegu, E-land, Sky way, Sky Garden, 83 Observatory tower, Euroseum,

Bella masuk ke sini melalui jalan lain dan keluar melalui jalan lain. Dapatlah Bella menikmati keindahan E-World dari sisi yang berbeza - beza. Apa yang pasti, bila sampai ke Daegu korang jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan di Menara 83 Observatory dan menikmati keseronokan di E-Land. Jika korang datang menggunakan pengangkutan awam dan ingin menuju ke E-land adalah 5 minit berjalan kaki dari Stesen Duryu (Daegu Subway Line 2) keluar 15. Untuk sampai ke 83 Menara korang boleh melalui taman jika mahu melihat dunia E - World terlebih dahulu. 

Kalau korang nak pergi terus ke menara, disyorkan mengambil teksi dari stesen kereta bawah tanah yang akan memandu anda ke sekitar Eworld dan akan memberhentikan anda betul-betul di hadapan pintu masuk ke menara. Berjalan ke menara adalah kira-kira 10-15 minit jadi silalah pakai pakaian dan kasut yang sesuai ya. Korang boleh pilih sebenarnya. Sama ada untuk menikmati dan menjelajah E-World pada waktu malam atau siang. Kedua - duanya mempunyai tiket yang berbeza. Maklumat lanjut atau untuk mengetahui sebarang perubahan, korang bolehlah ke :-

Website :- E WORLD GUIDE

Address:

English Address: 200, Duryugongwon-ro, Dalseo-gu, Daegu City

Korean Address: ėŒ€źµ¬ź“‘ģ—­ģ‹œ ė‹¬ģ„œźµ¬ ė‘ė„˜ź³µģ›ė”œ 200 (ė‘ė„˜ė™)

Waktu Operasi :-

  Hari Biasa : 11: 00 ~ 22: 00

  Hari Minggu : 10: 30 ~ 22: 30

  Tiada cuti 

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Bestnya jalan2 kt Korea..
    Kita xsampai2 lagi Korea... Teringin gak nak ke sana jln2 dgn family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best lagi kalau jalan-jalan ngan family kan? Bella pun nak repeat nak pergi dengan Family. Insya-ALLAH.

      Delete
  2. Wahh Korea. Salah satu tempat yang KakYa nak pegi jugak ni. Maybe satu hari nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYA-ALLAH. Moga - moga tercapai. Bella pun nak repeat. HB tak pergi lagi.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.