Travel York
PENGALAMAN MASUK PASAR TRADISI KOREA SEOMUN MARKET DAEGU
07 September
Bas membawa kami dari keindahan bunga sakura dan terus menerus mengembirakan kami dengan membawa kami ke Seomun Market. Shopping time!! Semakin excited dan semakin teruja Bella. Ini adalah PENGALAMAN MASUK PASAR TRADISI KOREA SEOMUN MARKET DAEGU yang pertama kalinya bagi Bella. Kalau korang nak tahu Pasar Seomun adalah pasar yang terbesar di Daegu Korea Selatan. Pasar ini mengandungi lebih daripada 4000 kedai. Pasar ini juga sangat terkenal dengan kedai kainnya dan tempat untuk membuat tempahan membuat baju. Ia juga adalah tempat utama industri fesyen di Daegu.
Masa mula - mula sampai, Bella dihidangkan dengan pemandangan yang agak serabut. Bella macam "woah bersepah juga pasar dekat Korea ni." Standard pasarlah kan? Tapi memang banyak orang meniaga. Belum masuk pasar sebenar tau. Tepi - tepi jalan pun dan mula dengan pelbagai jenis gerai, kiosk, penjaja dan kedai - kedai kecil yang menjual pelbagai barangan. Tak sabar nak melompat turun nak mula shopping!! Tapi Bella haruslah sedar diri sebab Bella datang dengan media trip. Jadi niat tu kena ubah kepada mengumpul maklumat sebanyak mana yang boleh untuk dikongsikan. Bukan sebanyak mana barang hendak dibeli. Takdalah kecewa sangat, sebab kalau betul - betul nak shopping memang kena guna banyak masa. Jadi kena bawa tanggung jawab tu. Siapa kata Media Trip tu seronok sangat? Berat tanggung jawab tau. Hehehe.
Bas memberhentikan kami di tepi jalan dan cari parking. Kalau datang sendiri kena banyak buat research ni. Tempat parking pun Bella tak nampak. Kalau pakai tour guide korang wajib! minta masukkan Seomun Market dalam itinerary. Kena cakap betul - betul. Sebab Night Market Seomun Daegu pun ada. Tapi yang ini Traditional Seomun Market. Jangan salah pergi pula. Tak sama barang yang dijual. Kalau korang datang sini mungkin boleh masuk Seomun Market Tourist Information ini untuk ambil map atau no telefon. Mana tahu sesat ke. Pasar ini besar giler ok. Tapi berita baiknya korang boleh datang ke sini sendiri dengan Subway!
Kami dibawa masuk melalui lorong ini. Bella tak pasti lorong yang mana satu. Dihadapan, wah! banyaknya barangan Korea yang comel - comel. Ingat nak berhenti beli. Tapi Bella fikir nantilah pergi masa balik. Bella ingatkan kecil atau akan melalui jalan yang sama. Sekali tak! pasar ini sangat besar dan pintu keluar masuk ke sini banyak dan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Lorong yang kami masuk ini banyak menjual kraftangan dan barangan yang comel - comel macam baju kanak - kanak, bekas duit, scaf, barangan wanita dan banyak lagi lah.

Menyusuri pasar diteruskan dan Bella dah melihat berbagai - bagai makanan tradisi yang dihasilkan disini. Nak beli memang tak berani. Dari bahagian menjual hasil tanaman sehinggalah ke bahagian menjual makanan. Memang jamu mata sajalah. Gambar pun tak seberapa nak sharp sebab tangkap sambil berjalan. Tapi korang dapatlah sedikit gambaran kan apa makanan yang rakyat tempatan sini. Kimchi dengan oden tu dah ada dekat Malaysia. Cuma versi korea tak tahu macam mana.
Tujuan utama kami adalah untuk dibawa ke bahagian atas. Bahagian membuat dan menjadi pakaian tradisi rakyat Korea. Selfie jelah mampu. Bahagian bawah itulah yang Bella lalui tadi. Ada tangga untuk menuju ke bahagian menjahit baju dibahagian atas.
Korang yang nak datang sini sendiri? Backpackers bolehlah kesini dengan Subway! Atas ni Bella letak mapnya. Dengan teknologi sekarang boleh kot guna Google Maps. Bella tak pasti Korea, tapi masa Bella Backpackers ke Jepun memang sangat - sangat membantu. Siap bagitahu train mana yang akan menjimatkan masa. Bella rasa kalau nak melawat keseluruhan tempat dan berbelanja mesti spend satu hari. Kalau korang pilih tempat untuk membeli belah dan korang dah hafal map sini, separuh hari mungkin cukup. Kalau Bella datang sini lagi, Bella hanya akan ke bahagian jual barangan perempuan sebab over cute dan bahagian menjual pakaian.
Bahagian atas ini bukan buat baju biasa tau. Tapi disini adalah pembuatan baju Hanbok iaitu pakaian tradisional bagi masyarakat Korea. Pakaian ini terkenal dengan sebutan Hanbok (한복) dan di Korea Utara menyebutnya Chonso-ot (ì €ì„ ì˜·). Kata “Han” berarti sebutan bagi Warga Korea dan “bok” berarti pakaian. Gaya pakaian tradisional ini sebenarnya mengacu pada zaman dinasti Joseon. Pakaian ini biasa dipakai oleh masyarakat Korea pada acara-acara formal, semi formal, pengunaan sehari-hari, upacara atau festival-festival tradisional seperti menyambut ulang tahun anak pertama (doljanchi), pernikahan, atau upacara kematian.
Sekarang di Korea pakaian Hanbok tidak dipakai hari - hari. Dorang pun dah moden kan. Disini korang bolehlah tempah Hanbook pilihan korang kalau banyak masa. Dorang boleh jahitkan mengikut pemilihan warna yang korang nak dan design yang korang mahukan. Tengoklah bila dah dibungkus sebagai hadiah. Cantik sangat - sangat. Kombinasi warnanya memang menarik betul. Bella memang tak belilah. Tak tahu nak pakai bila. Mesin jahitnya pun comel sangat kan?
Kami diberi sedikit masa untuk berjalan sendiri dan menerokai Seomun Market Daegu ini. Korang kalau nak terus mencari baju Korea, kasut dan apa saja yang berkaitan dengan pemakaian cara Korean, bolehlah masuk ke lorong south 2 gate ini. Macam - macam ada dijual. Dari hujung rambut sampailah kehujung kaki. Korang kena survey dan carilah yang murah dan harga yang tak dapat dekat Malaysia. Bella nak survey harga memang tak sempat. Bella cari yang jarang jumpa dekat Malaysia je. Dapatlah seluar sehelai. Jadilah. Kalau handmade Korea memang mahal. Kalau baju sejuk dan kasut memang murah.
Korang yang nak datang sini sendiri? Backpackers bolehlah kesini dengan Subway! Atas ni Bella letak mapnya. Dengan teknologi sekarang boleh kot guna Google Maps. Bella tak pasti Korea, tapi masa Bella Backpackers ke Jepun memang sangat - sangat membantu. Siap bagitahu train mana yang akan menjimatkan masa. Bella rasa kalau nak melawat keseluruhan tempat dan berbelanja mesti spend satu hari. Kalau korang pilih tempat untuk membeli belah dan korang dah hafal map sini, separuh hari mungkin cukup. Kalau Bella datang sini lagi, Bella hanya akan ke bahagian jual barangan perempuan sebab over cute dan bahagian menjual pakaian.
Inilah subway nya. Kalau tengok maps memang dekat dah dengan Seomun Market ni. Bagi Bella Pasar Tradisi Korea Seomun Market Daegu ini memang tempat menarik di Daegu Korea yang korang patut singgah untuk merasai kehidupan rakyat Korea. Bagi korang yang datang sendiri memang kena study lebih route kesini. Bella ke Daegu dari Busan. Tiada penerbangan direct ke Daegu. Bagi penerbangan korang bolehlah baca maklumat dibawah.
Maklumat Penerbangan :-
KL ke Busan: 4x seminggu
KL ke Seoul: 2x sehari
AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.
AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.

4 ulasan
Selalu tgok dkt dlm reality show korea kan depa suka p market2 ni. Makanan depa sedapnyaa.
ReplyDeleteNampak sedap. Tapi bila dah masuk mulut rindu makanan Malaysia. Hehehe.
Deletebestnya dapat ke Korea.. btw follow sini
ReplyDeleteTerima kasih. Memang best nanti InshaALLAH nk repeat pergi sendiri plak.
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.