PERCUTIAN JIMAT DENGAN AIRASIA

Siapa yang nak tip jimat masa travel? Dapat berjimat, melancong pun dapat. Mestilah nak kan? Mendapat kebaikan daripada apa yang kita buat....

Siapa yang nak tip jimat masa travel? Dapat berjimat, melancong pun dapat. Mestilah nak kan? Mendapat kebaikan daripada apa yang kita buat. Buat apa hendak membazir jika boleh berjimat? Sedangkan islam kata membazir itu amalan syaitan. Jadi jom Bella bagi Tips PERCUTIAN JIMAT DENGAN AIRASIA. 


Bella pergi mana-mana memang akan terbang bersama - sama AirAsia. Ramai yang kata Malindo lagi best, MAS terbaik, Firefly laa.. bagi Bella, AirAsia adalah yang paling Bella percaya, senang nak faham dan mampu milik. Korang bacalah mana - mana tips percutiaan bajet, tidak pernah lagi menyenaraikan selain AirAsia sebagai penerbangan bajet. Semuanya akan bagi tips jimat dengan AirAsia. Terbaik kan? Bella pun sama. Bella dan HB adalah pengguna no.1 dan setia AirAsia. Sampaikan  nak pergi ke destinasi yang AirAsia tak pergi rasa takut sangat dan tak yakin.


Bella setakat ini memang ada target atau matlamat untuk mengelilingi seluruh Asia dulu sebelum mengelilingi Eropah atau negara lain. Jadi, selama ini Bella memang naik AirAsia promo ke Asia saja. Bella tidak pernah menaiki AirAsia X. Buat pertama kali nya Bella menaiki AirAsia X untuk ke Gyeongjungbuk Korea. Terima Kasih AirAsia. Korang tahu tak maklumat penting pasal AirAsia? Bella kongsikan sikit Ya.

KL to Busan: 4x weekly
KL to Seoul: Twice daily

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.



Bella hendak kongsikan juga dengan korang hari ini keterujaan Bella menaiki AirAsia X . Keadaan didalam flight sangat luas. Maklumlah pertama kali. Terbahagi kepada 3bahagian. Flexi bed, quiet zone, bajet zone. 


Bella memang fikirkan Bella pergi Korea ini sebagai media, Jadi mestilah Bella dapat yang siap boleh baring tido semua. Sekali tu. Sama saja macam naik AirAsia yang biasa. Ada 3 barisan kerusi. Bella pulak boleh tinggalkan baju sejuk dalam luggage. Arrgghhhh stress. Bella rasa sedih sangat sebab dapat bahagian belakang dan sebelah Bella pula lelaki busuk. Arrrrghh stress lagi. Bella kata sabar dulu, lepas simbol tali pinggang keselamatan dipadamkan (siapa selalu naik mesti tahu) Bella terus tukar seat depan. Biarlah. Tak tahan la. Tapi, kalau korang bayar tambang murah, korang bolehlah tambah ( add on ) untuk hot seat atau flexi seat. Sangat selesa dan puas hati. Kalau tak, bertabah yer. Janji sampai kan?? . 



Kali kedua Bella naik AirAsia X ke Jepun. Masa ni Bella terus add on untuk dapatkan seat di quiet zone. Memang sangat selesa. Tapi tetap jalan lupakan baju sejuk korang yer. Kang beku sementara nak sampai. Dekat ruang quiet zone memang ada 3 baris juga kerusi tapi tetap terasa selesa. Kalau tak memang sebijiklah rasa macam naik bas. 



Korang kalau dapat seat yang depan - depan sikit masih ok. Jangan belakang. Kalau korang dapat auto seat dapat yang belakang silalah add on bagi dapat yang bahagian depan atau quit zone. Kalau korang jenis tak kisah berhimpit atau berbau tak pe. Belasah jela. Tapi jangan balik travel complain kata travel korang spoil sebab sepanjang perjalanan korang rasa teruk. Siapa suruh korang kedekut sangat nak tukar seat. Hehehe,


Seat ini yang paling selesa. Ada satu lagi yang siap macam dalam bilik lagi. Bertutup langsir lagi. Tapi bagi Bella, dapat duduk dekat quite zone pun dah kira ok. Tiket korang takdalah naik jadi travel mewah. masih under bajet. Macam Bella, untuk double jimat, Bella memang beli tiket setahun awal untuk travel tahun depan. Macam contoh untuk travel tahun 2020, Bella dah beli siap - siap tahun 2019. Jadi, untuk tahun 2020 Bella tinggal kumpul duit belanja sepanjang travel. Itulah antara tip percutiaan jimat dengan AirAsia Bella. Jimat tapi tetap selesa.

Terima kasih AirAsia. Dengan AirAsia Bella dah travel banyak tempat antaranya :-

  • Jepun
  • Indonesia
  • Korea
  • Thailand
  • Vietnam
  • Myanmar
  • Australia
  • Hongkong
  • Macau
  • Singapore
Banyak kan? Jadi korang jangan ragu - ragu. Terus berjimat dengan AirAsia.

You Might Also Like

6 ulasan

  1. wahhh seronoknya dapat travel.....saya harap nanti saya ada rezeki jugak macamni

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALLAH... semoga sama - sama murah rezeki

      Delete
  2. Best yer bella travel sana sini dah.. so far baru 3 kali baik AA , mmg terbaik..cuma part seat jer la..kena add on utk lebih selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, betul. Kalau kurang 3jam waktu penerbangan takpe. Kalau 3jam keatas memang tak tahan. Better tukar.

      Delete
  3. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  4. Tengs sharing bella, info yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.