MAKANAN SEDAP DI THE LEGEND RESORT CHERATING

Sepanjang Bella Bercuti di Cherating Pahang , Bella menginap di THE LEGEND RESORT CHERATING.  Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari menggunak...

Sepanjang Bella Bercuti di Cherating Pahang, Bella menginap di THE LEGEND RESORT CHERATING. Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari menggunakan sepenuhnya kemudahan disini termasuklah merasai semua makanan disini. Sama ada untuk bersarapan, makan tengahhari, minum petang, makan malam dan juga supper. Kesemuanya sedap - sedap dan enak - enak belaka sampaikan buncit perut Bella memaksa makanan sedap ini masuk walaupun perut dan penuh. Jom Bella tunjukkan sebahagian MAKANAN SEDAP DI THE LEGEND RESORT CHERATING. Mana tahu ada yang masih berkira bila mahu kesini. Banyak sangat kelebihannya.

SARAPAN SECARA BUFFET


bercuti di cherating pahang


the legend resort cherating pahang

cherating




Nama pun makanan secara Buffet. Memang banyaklah makanan. Bella kalau pergi mana - mana buffet hotel Bella paling suka ada set bubur. Kalau dapat makan sekali dengan ikan masin, perrghh!! rasa terbang dia punya "feel" tu. Biasalah, masa kecil inilah makanan rutin Bella bila mak ayah nak berjimat. Tidak kurang hebatnya dengan nasi lemak dan mee gorengnya. Roti pun ada. Tapi Bella tunjuk yang Bella sempat dan mampu makan jelah yer. Korang jangan lupa untuk ke bahagian luar dan rasa omelet yang dibuat hanya bila korang order saja. Memang terangkat. Bihun sup juga dibahagian luar.Tapi hati - hati masa mahu mengambil sup nya, kerana penutupnya panas. 

MAKAN TENGAHHARI SECARA BUFFET

makanan sedap di cherating





Bella menginap disini 3 hari dan 2 malam. Makanan disini berubah - ubah dan tidak sama setiap hari. Memang terbaik. Barulah dapat rasa semua masakkan dan rasa setiap keunikkan makanan disini kan? Kebanyakkan makanan susah nak tangkap comel dan molek sebab bukan Bella seorang yang menginap disini kan? Jadi diatas adalah MAKANAN SEDAP DI THE LEGEND RESORT CHERATING yang Bella sempat ambil. Masak lemak cili api ikan tenggiri, rendang ayam, sayur campur, sayur kailan masak dan sup ayam herba membuatkan Bella tidak mahu berhenti dari mengunyah. Tekak Bella amat sukakannya.

MAKAN MALAM ROMANTIK BERTEMAKAN PIRATE DAN BBQ

tempat makan romatik pahang

tempat makan malam cherating


Balik dari buat aktiviti laut, Bella terpandang meja yang telah diset cantik dan menarik. Dalam hati bertuah dan beruntungnya, dapat makan ditepi laut sambil mendengar deruaan bunyi ombak. Ini kalau buat candle light dinner "Hanya kau dan aku" ni, memang terus jatuh cinta ini, kalau dah kawin memang akan mengeratkan hubungan suami isteri la. Kalau ramai - ramai macam kami ni, merapatkan persahabatan. Malam terakhir, rupanya THE LEGEND RESORT CHERATING membuat kejutan dengan menyediakan makan malam secara Exclusive di tepi pantai khas buat kami! Fuhh!! rupanya yang cantik dan boombastik ini set untuk kami. Memang teruja! Tersangat cantik. Cuba buat majlis kawin macam ni. Memang meletup lah!










Keadaan yang gelap menyebabkan gambar yang Bella ambil semua blur. Ini adalah nasi dan udang dan ayam yang telah dibakar. Terbaik. Terima kasih THE LEGEND RESORT CHERATING untuk makan malam yang indah ini.

PENCUCI MULUT DI THE LEGEND RESORT CHERATING










Pencuci mulut dihidangkan setiap kali makan. Sarapan ada, makan tengah hari pun ada, Makan malam pun ada. Tidak perlu berebut sebab bila habis atau berkurang saja, pekerja hotel akan tambah, Bella paling suka Pie kat sini. Sedap betul. Setiap kali makan, Bella mesti akan ambil pie. Jadi, korang tidak perlu susah - susah fikir hendak makan mana. Makan dalam hotel saja. Pilihlah The Legend. Jimat masa dan pasti semuanya akan puas hati.


Maklumat lengkap mengenai hotel :-

THE LEGEND CHERATING
Lot 1290 Mukim Sungai Karang,
Cherating 26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel :- 09 - 5819818
Toll Free :-1 800 88 8866
Email :- reservation@legendresort.com.my


Korang yang ingin baca aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang


Selamat Bercuti

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Harga makanan di Resort macamana ? Kalau 2 family bajet agak2 berapa ya? Boleh kongsi maklumat.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, soal bajet En boleh terus berhubung dengan pihak Resort, mungkin dorang boleh sesuaikan dengan bajet En. boleh terus hubungi En Meor. 013-3319822. Dia yang uruskan percutiaan Bella aritu. :)

      Delete
  2. rasenya skrg ada promosi utk bilik superior rm195 bersama 2 sarapan ketika sy bhenti di dpn pintu msuk resort hrni..try le call hotel utk more info

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.