PENGALAMAN MELIHAT KELIP - KELIP DI CHERATING

Salam, Bella ada ceritakan sebelum ini mengenai percutiaan Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari ke The Legend Resort Cherating . Bella dah ...

Salam, Bella ada ceritakan sebelum ini mengenai percutiaan Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari ke The Legend Resort Cherating. Bella dah rancang untuk kesini bersama - sama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dua bulan sebelum. Bella rasa InshaALLAH segala-galanya akan dipermudahkan dan berjalan lancar. Mana hendak tahu, Bella dipanggil kerja saat akhir! Tuhan saja yang tahu perasaan Bella masa tu, nasib baik. Kalau dah dikatakan rezeki, sampai juga Bella kesini. Tapi, hari Jumaat tu, Bella tidak dapat cuti. Terpaksalah Bella bergerak selepas balik kerja sahaja. HB bawa pecut habis sebab Bella kata, kalau boleh Bella nak join aktiviti Hafiz Cherating untuk melihat sendiri kelip - kelip yang banyak. Ia akan menjadi PENGALAMAN MELIHAT KELIP - KELIP DI CHERATING yang pertama bagi Bella.

kelab blogger ben ashaari

Sepanjang perjalanan Bella memang tidur saja. Penat beb, balik kerja. Kena kemas store lagi. Denda sebab tidak dapat kerja hari sabtu. Bella set waze untuk HB dan terus membuta. Bangun - bangun HB kata, "Ok syg, dah nak sampai. Terengganu kan?" Bella terperanjat beruk, sebab Bella dengar - dengar perbincangan dorang selama ini kata dekat Pahang. Alamak!! Sesat ke? HB teruskan juga perjalanan dan bila sampai saja kat hotel ini, nampak welcoming note ini. Fuh!! lega. Alhamdullilah! Maknanya tempat ini memang sangat berdekatan dengan Terengganu. Patutlah lautnya cantik.

kbba9, bercuti ke cherating

Bila sampai, ambil kunci bilik dan terus pecut tukar baju, HB cuci muka sebab dia drive tadi dah penat sangat. Kami tidak makan apa lagi, jadi singgah cafe dan alas perut sikit. Terus join group KBBA untuk menaiki bas yang disediakan ke Hafiz Cherating Activities. Bella sempatlah rasa sup tomyam di cafe Cherating ini, perggh!! sedap. Tapi kena cepat kan. Sampai hari ini teringat sup tu. huhu.

river safari, cherating, kelip-kelip, sungai cherating

Memang terbaik kemudahan yang disediakan oleh The Legend Resort Cherating ini. Siap ada bas lagi. Tidaklah kumpulan blogger terpecah dan sesat barat. Bas pun amat selesa. Paling penting bersih.

kelip-kelip, HAFIZ'S CHERATING ACTIVTIES, Cherating

Sampai saja di Hafiz's Cherating Activities ini, kami terus diberi jaket keselamatan dan diminta untuk mendengar sedikit penerangan mengenai kehidupan  kelip - kelip disepanjang sungai cherating ini. 

kelip-kelip, cherting, bercuti di cherating

Bella suka tengok semangat En Hafiz menerangkan serba sedikit mengenai kehidupan kelip - kelip dan cara untuk membezakan ia adalah jenis betina atau jenis jantan. Jika betina, cahaya yang dikeluarkan hanya sedikit dan laju. Tapi jika ia adalah jenis jantan, cahaya yang dikeluarkan adalah lebih terang dan perlahan. Selalunya cahaya yang dikeluarkan adalah untuk mengawan.

kelip -kelip, cherating pahang

Bagi Bella, aspek keselamatan amat penting dalam aktiviti ini. Jangan lompat dalam bot yang kecil ini. Keadaan gelap dan kita tak akan tahu bahaya yang menanti. Bella menaiki bot yang boleh memuatkan 15 orang sekali. Perasaan Bella masa ini, kecut perut. Keadaan gelap gelita dan penggunaan telefon bimbit amat dilarang. Nanti kelip - kelip tak datang dekat korang.

bercuti di cherating

Bella hendak duduk bahagian tepi bot. Jadi, awal - awal Bella dah turun. Pelantarnya diperbuat daripada tong Bella rasa. Kukuh betul. Tidak terasa terumbang ambing pun. Bella berkira - kira juga hendak pakai kasut. Tapi sebenarnya pakai selipar biasa pun ok. Bella rasa apa yang penting korang pakai lengan panjang dan sebelum itu korang sapukanlah losyen Cosmoderm. Nyamuk tidak gigit tu. Selesa lagi.

kelip -kelip cherating, cherating pahang

Kami menaiki bot, dan bot hanya bergerak perlahan. Masing - masing membatukan diri. Mesti semua pun takut jatuh. Bella tengok dah macam pendatang haram dekat dalam berita tu. Naik bot kecil -kecil macam ini hendak masuk malaysia. huhu.Kami memulakan perjalanan ketepi - tepi sungai yang ditumbuhi pepohon bakau. Menyusuri secara perlahan dan tanpa bantuan cahaya. Nasib baik kepakaran pengemudi bot terserlah. Walaupun bot diletakkan berdekatan, sedikit pergelesaran pun tidak berlaku. Terbaik. Bella takut nak amat. Cuma korang kalau boleh, jangan letak jari - jari korang di kiri kanan bot la. Langkat keselamatan. Takut bot berselisih, bot elok. Jari korang pula yang luka.


Kami menyusuri lebih kurang sejam. Seronok. Ada Angin yang sesekali menerpa muka. Air sungai yang sejuk sesekali terpercik dimuka yang dah mengantuk. Paling menarik kelip - kelip yang terbang ke arah en Hafiz bila sedikit cahaya dipancarkan. Bella cuma membayangkan kelip - kelip akan banyak seperti pokok krismas. Tapi mereka hanyalah sekelompok kelip - kelip yang kian pupus. Baik korang pergi tengok sebelum pupus. Macam Bella dulu dekat kampung masa kecil kecil selalu juga nampak kelip - kelip. Tapi sekarang memang susah hendak jumpa.

kelip - kelip, sungai cherating,

Bella memang puas hati dan disini Bella senaraikan kenapa korang kena cuba aktiviti melihat kelip - kelip ini.

  • Orang luar pun ramai datang Malaysia untuk buat aktiviti ini. Dekat Australia tidak ada kelip - kelip tau.
  • Pengalaman naik bot kecil diwaktu malam. INSAF. 
  • Suasana malam di sungai Cherating.
  • Melihat keajaiban kelip - kelip yang keluar dan terbang ke atas tangan kita.
  • Melihat sendiri cahaya yang dikeluarkan oleh kelip - kelip.
Penting!! Jangan ditangkap dan dipicit kelip - kelip itu ok? atau tampar macam nyamuk. Binatang ini tidak mengigit. Maklumat lanjut.


CHERATIG NET ENTERPRISE
Hafiz's Cherating Activities
7/1156, KG, Budaya Cherating
26080 Kuantan Pahang


Email :- kohafiz@gmail.com

Kelip - Kelip @ Fireflies Watch 1st TRIP 7.30pm & 2nd TRIP 8.30pm one hour trip.  Hanya RM35 seorang dewasa dan RM25 seorang kanak - kanak bawah 11 tahun. 

Koang juga boleh memcuba aktiviti paling "touching" iaitu Melepaskan Anak Penyu. atau mahu mengetahui aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang

Selamat Bercuti.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.