10 SPA TERBAIK DI KUALA LUMPUR - THAI PARADISE

SUNGGUH SELESA SEHINGGA TIDAK SEDAR SEBENARNYA KITA BERADA Di SPA - THAI PARADISE "Feel the paradise by going to Thai Paradise"...

SUNGGUH SELESA SEHINGGA TIDAK SEDAR SEBENARNYA KITA BERADA Di SPA - THAI PARADISE
"Feel the paradise by going to Thai Paradise" Anson V, 4May

Betul!! inilah kita akan rasakan bila kita mendapatkan perkhidmatan dari Thai Paradise yang tersenarai sebagai 10 SPA TERBAIK DI KUALA LUMPUR - THAI PARADISE.

SPA terbaik di KL


Bella baru saja memanjakan diri sambil menenangkan diri dengan perkara dan benda paling seronok dan best untuk dibuat, iaitu ke SPA. SPA bukan Suruhanjaya Perkhidamtan Awam ya. SPA yang membawa maksud memanjakan diri. Perrghh!! idaman semua wanita ini. Selain daripada hendak makan banyak, tetapi hendak kurus lah yer. Bella pun pergi ke THAI PARADISE memandangkan SPA ini adalah SPA yang paling dekat dengan tempat kerja Bella di Kuala Lumpur. Korang pernah dengar Pacific Regency Hotel Suites? amat hampir dengan KL Tower. Disinilah Bella memanjakan diri dan lari dari hiruk pikuk Bandar. Eceh.  Bella pergi saja atas cadangan member. Terkejut Bella bila dapat tahu ia adalah diantara 10 SPA TERBAIK DI KUALA LUMPUR - THAI PARADISE.


memanjakan diri di spa


LOKASI SPA YANG SANGAT STRATEGIK YANG TERLETAK DI TENGAH - TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR- THAI PARADISE
"Best SPA in town" rajabatumalai2017,KL,Malaysia 11May 2017

Bella melangkah masuk ke Pacific Regency Hotel Suites dengan perasaan berbunga -bunga. Apatah lagi bila semua pekerja me "welcome" kan kedatangan Bella. Terasa bagaikan puteri. Jangan tak tahu, Pacific Regency Hotel Suites adalah salah sebuah hotel 5 star yang terbaik di Kuala Lumpur. Kiranya, hanya yang terbaik semuanya disini. Hotelnya pun cantik ya amat!. Memang memuji diri sendiri sebab memilih Hotel yang sangat selesa ini. Mesti perkhidmatannya pun 5 Star.

spa terbaik di kuala lumpur

Bella yang pertama kali ke Spa ini, agak kabur tentang lokasi sebenar spa ini. Rupanya Hotel ini mempunyai beberapa lift yang menghubungkan ke tempat dan aras yang berlainan. Nasib baik jumpa flayer ini. Hendak tanya pekerja disini pun malu. Bella pemalu orangnya.Ahaks. Thai Pradise ini terletak di aras 9. Naik kearas 9, keluar saja dari lif, toleh kiri dan kanan, korang terus akan nampak Thai Paradise.

spa paling mesra
SPA YANG BERKONSEPKAN THAILAND 100%- THAI PARADISE
"Finally, the correct Thai Massage" Aliii997,KL, 21 April
Disinilah Thai Paradise Traditional Thai Massage.Jangan risau, patung dan gaya hanyalah sekadar gaya penarik yang membawa maksud, segala apa yang terdapat didalam Spa ini adalah berasal dan sememangnya dibawa dari Thailand. Originality Thailand 100%. Memang lain dari yang lain. Pemiliknya juga telah berpengalaman lebih daripada 15 tahun menjalankan bisnes SPA ini.

spa paling bersih

spa keluarga

spa terbaik di kuala lumpur


pusat urut thailand


pusat urut di kuala lumpur

SPA YANG BERSIH, SELESA, CUKUP LENGKAP DAN SENTIASA DISIRAMI DENGAN HARUMAN YANG AMAT MENDAMAIKAN - THAI PARADISE
"Best place for perfect massage" yajoujou, London, 23 April

Bila melangkah masuk kedalam SPA ini, haruman sermerbak harum terus dapat dihidu. Muzik yang beralun dan berirama perlahan dapat didengar dengan amat jelas. Menjadikan kita sangat tenang seperti berada diawangan. Perrgh!! Terbaik !! kalau korang booking untuk menginap disini sekali dengan pakej SPA disini. Apatah lagi untuk membuat kejutan kepada yang tersayang ataupun berbulan madu. Tapi korang boleh saja datang "walk in" khas untuk ke SPA. 

Macam Bella, ini kali kedua Bella walk in kesini. Pertama kali untuk makan dan buat supprise birthday untuk HB. Ini kali kedua Bella kesini khas untuk dapatkan rawatan dan memanjakan diri di SPA. Korang boleh saja buat bersama - sama dengan HB ataupun kawan - kawan perempuan kerana disini terdapat bilik yang luas sehingga memuatkan 3 orang dalam sesuatu masa. Kawan - kawan lelaki pun boleh. Maksimum satu hari 11 orang boleh mendapatkan urutan secara serentak.

spa islam, spa untuk muslim


spa tanpa lelaki, spa thailand

SESUAI UNTUK SEMUA JENIS LAPISAN MASYARAKAT DAN AGAMA - THAI PARADISE
"Tempat yang sangat sesuai untuk merehatkan badan dan memanjakan diri tanpa perlu risau dan was - was. " dura, Malaysia, 6Jun.

Inilah bilik peribadi untuk Bella. Disini, pemiliknya juga islam jadi sensitivi aurat memang difahami. Bilik Bella sangat "privacy" dengan bilik air turut berada didalam bilik. Jadi Bella tidak perlu keluar daripada bilik untuk menukar pakaian ataupun mandi. Masa berurut cahaya turut dimalapkan jadi keadaan kita tidaklah jelas terlihat. Tidaklah malu sangat.

tukang urut thailand

TUKANG URUT YANG MAHIR DAN BERPENGALAMAN- THAI PARADISE
"Very exotic total indulgence massage, brillant, friendly"Marichu Q

Tukang urut disini juga, dipilih dengan berhati - hati dan dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang pengurutan. Jangan main - main tau, pengurutan mempunyai berbagai teknik dan kepakaran, jadi setiap tukang urut disini mempunyai kepakaran dan teknik yang berbeza - beza. Apa yang pasti, mereka semua didatangkan khas daripada Thailand. Tapi jangan risau bukan pendatang tanpa izin. Mereka semua permit kerja dan sijil yang sah.Disini hanya menggunakan khidmat daripada Thailand ataupun orang Malaysia yang mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang "nuat thai" Ini semua dilakukan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dan merasakan urutan yang sebenar daripada Thailand.

spa murah

RELAX, TENANG, NYAMAN DAN SELESA SEWAKTU URUTAN DIJALANKAN- THAI PARADISE
"Fantastic massage" khalidali1159,KL, 25 Feb

Korang tahu tak apa makna THAI MASSAGE sebenarnya? Thai Massage adalah cara sejak dari dahulukala untuk menyembuhkan penyakit dengan penggabungan teknik dari Acupressure, Indian Ayurvedic principles and Yoga positions.Sebenarnya,menurut perubatan Thailand 2013, urutan Thailand secara tradisi adalah tanpa menggunakan minyak dan pelanggan tetap berpakaian. 


DIMANJAKAN BAGAIKAN PUTERI - THAI PARADISE
"Amazing experience" KLcitizen,KL, 23 April

Bella dimanjakan dari hujung rambut sehinggalah kehujung kaki. Tapi, dimulakan dengan hujung kaki dahulu. Bella mengambil Pakej Hot Stone Massage. Penambahan Tradisional Foot Massage dan Body Scrub.Memang terbaik!! Pada mulanya kaki Bella direndam kedalam air perahan limau. Terasa nyaman dan segar. Kaki Bella di cuci dan lap bersih sebelum Bella diminta untuk menukar pakaian. Jangan risau, seluar dalam pakai buang warna hitam disediakan. Fuhh!! lega. Bella pun memang tidak sediakan pakaian lebih. Lupa. Kata scrub badan kan, haruslah basah.


MUDAH SANGAT UNTUK MENUKAR PAKAIAN BILIK MANDI YANG BERSIH DAN SELESA- THAI PARADISE
"Great atmosphere,professional service" Marjorie Mae M, 27jan

Tadi kan Bella ada bagitahu yang amat mudah untuk menukar pakaian kerana tempat ini amat menjaga sensitiviti wanita. Jadi memang amat mudah. Tempat mandi dan persalinan baju amat bersih dan selesa. Selepas Bella menukar pakaian, seluruh badan Bella dilumurkan dengan scrub. Masa ini, keadaan dan masa seakan - akan berhenti dengan urutan yang lembut dan keharuman scrub yang diratakan keseluruh tubuh Bella. Amboi!! Bella rasa scrub ini adalah daripada garam dan juga campuran kopi melalui keharuman baunya. Bella sekadar meneka. Selesai men "Scrub" badan Bella, lebih kurang 30min, Bella sepatutnya mandi menggunakan air panas untuk memboleh khasiat Scrub menyerap ke kulit badan Bella. Bella pergi mandi menggunakan air sejuk pula. Pengalaman pertama kali katakan, tapi Bella terasa kesegaran yang maksimum. Masih ok dan puas hati. 


HOT STONE DIGUNAKAN UNTUK MENGURUT. AMAT SELESA DAN RELAX - THAI PARADISE
"A Dream with THAI PARADISE for an hour" PUtera S,4may

Kemuncaknya, Bella menikmati HOT STONE MASSAGE. Pada mulanya tukang urut mengurut badan Bella menggunakan Aromatherapy. Terasa badan sedikit berminyak dan lembut. Bella tidak pasti adakah penggunaan losyen atau minyak. Bella diminta untuk meniarap dan batu - batu panas disusun dan diatas diatas belakang Bella. Batu itu, bukanlah terlalu panas sehingga kita merasa sakit. Tapi ia akan menyebabkan badan kita menjadi sangat selesa. 


SEDAP SUNGGUH MENERIMA URUTAN DARi TUKANG URUT - THAI PARADISE
"Pengalaman Baru yang mengasyikkan"

Tukang urut ini memang pakar. Batu - batu panas itu turut dipegang dan diurut keatas kaki dan tangan Bella. Perrghhh!! hilang segala lenguh - lenguh dibadan. Bukan itu saja, sambil kepanasan batu menyerap dan menyelinap keatas tubuh Bella, Tukang urut mengurut kepala dan telinga Bella. Fuh!! hampir meleleh air liur Bella menahan keasyikkan dibelai. Selasai 60min Hot Stone Massage yang pada pandangan Bella amat dan teramat berbaloi. Relax, lega dan asyik giteww!! Harus bagi HB cuba juga ini.


TERASA BADAN LEBIH RINGAN DAN KULIT LEBIH LEMBUT SETELAH SELESAI BERURUT - THAI PARADISE
"Apa salahnya mengeluarkan sedikit duit untuk memanjakan diri setelah penat membantng tulang" Firdaus, Silk, 10 jun

Bila tukang urut berbisik kepada Bella, miss, done!! Orait! Bella pun bangun dengan badan yang ringan dan kulit yang terasa lembut dan segar. Badan terasa panas. Menunjukkan yang perjalanan darah Bella menjadi lebih lancar. Kalau korang ada mana - mana bahagian yang tidak boleh diurut atau sensitif sila bagitahu. Kang tidak pasal - pasal sakit balik. Korang dinasihatkan tidak membawa banyak sangatlah barang kemas atau barang berharga sebab nanti kena buka kan, tempat ini agak gelap. Korang diurut enak kang susah hendak jaga barang berharga tu. Nasihat sajalah. Walaupun pekerja disini baik - baik. Sebab pelanggan lain turut ada. Semasa menerima urutan, korang dinasihatkan untuk mematikan telefon bimbit untuk menjamin ketenangan korang dan juga pengunjung lain. Kalau bising sangat macam mana hendak relax kan?



BARANGAN SPA TURUT DIJUAL ORIGINALLY DARI THAILAND - THAI PARADISE
"easy and really convinience" Nurul, KL

Paling istimewa, bila korang rasa sedap dan "feeling giler " dengan bahan yang dilumurkan pada tubuh badan korang, korang boleh minta untuk beli. Disini segalanya memang didatangkan dan istimewa dari THAILAND. Kalau korang terlepas beli disini, dekat luar mungkin agak sukar untuk korang cari dan beli. Bella beli teh yang khas untuk kesihatan turut dijual disini. Siap ada "tester" lagi untuk korang hidundan cuba sehingga korang berpuas hati.


MAKLUMAT LENGKAP TRADISIONAL THAI MASSAGE - THAI PARADISE

Instagram : spathaiparadise 
FaceBook : Thaiparadisespa
Lokasi : Terletak didalam banggunan Pacific Regency 
Level 9, Pacific Regency Hotel Suites, KH Tower Jalan Puncak, OFF Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

Bella galakkan korang Follow Instagram Thai Paradise untuk mendapatkan harga promosi dan diskaun sehingga 50% !! jangan tidak percaya!! Bella seru semua untuk mencuba mendapatkan perkhidmatan terbaik hanya di THAI PARADISE. Gunakan code "LOVEBELLA" untuk dapatkan harga promosi!!!





You Might Also Like

3 ulasan

  1. Kat jepun dulu kalau saya cari minuman ringan saya ke family mart. Hingga cashier tu dah kenal saya.

    Yg urut thai tu, saya lom cuba. Teringin jugak nak ke situ

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.