Bajet
cantik
Giveaway
Idea Cantik
ILmu percuma
Kongsi Sikit
Review By Saya Isabella Idura
Shopping Here
Shopping Here!!
SALAH BELI BARANG,MENYESALNYA!! WATSONS BRAND
23 June
Assalamualaikum semua, sedihnya hati bila apa yang kita hendak dan harapkan tidak dapat. Paling tidak seronok dan tension lagi "STRESS" bila kita sendiri yang salah. Itulah. Tidak fokus. Adus.. SALAH BELI BARANG,MENYESALNYA!! WATSONS BRAND.Betul. Bella salah brand WATSONS.Kebetulan esok Bella ada majlis. Maklumlah seharian menghadap komputer dan kadang - kala tidak tidur untuk menyiapkan task yang diberi. Apalagi, muncullah lingkaran gelap bawah mata dan mata yang penat. Esok ada majlis."Selfie" mestilah wajib. Mata panda pula.
Bahagian mata Bella ini, paling susah hendak cover. Jurumekap je pandai dan boleh cover menggunakan mekap. Setakat bedak dan foundation tu, memang nampak. Kalau pakai tebal sangat, kang bahagian mata je putih pula. Jadi, Bella cepat - cepat singgah ke Watson yang Bella jumpa dalam perjalanan pulang. Bella cari sesuatu untuk mencantikkan dan merehatkan mata Bella. Bella selalu guna Steam Eye Mask. Selalu dengar Mask atau dark circle mask saja kan? Haa sini Bella ceritakan sikit pasal topeng mata yang ala - ala ber"SPA" ini.
TERSALAH AMBIL SPA WARM EYE MASK BRAND WATSONS
Bella selalu pakai yang kotak pink itu. Steam Eye Mask. Sepatunya Bella ambil yang itulah. Tapi sebab hendak cepat punya pasal, kereta pun park tepi jalan saja, Bella terambil SPA WARM EYE MASK BRAND WATSONS Adui. Brand Watsons? Tak pernah guna. Tak pasti juga pasal keberkesanannya. Hendak pusing balik, tukar dah jauh. Tak apalah. Bella balik cuba dulu.Kalau ok, untung. Harganya pun lebih murah. Jimat banyak. Tapi, rasa tidak puasa hati dalam hati itu tetap menebal. Biasalah, kita dah pakai lama, tetiba suruh tukar. Berat hati kan? Macam - macam pertanyaan dalam kepala Bella ini :-
- Sesuai ke?
- Berkesan ke?
- Brand Watsons ini bagus ke?
- kalau pakai sakit macam mana?
Betul tak? korang pun mesti macam ini juga kan? Lagi - lagi dengar cakap orang yang dorang pun tidak pernah pakai cakap Brand Watsons ini tidak bagus sebab murah. Bella pun macam itu juga.
PERBANDINGAN PEMBUNGKUSAN (PACKAGING)
STEAM EYE MASK, berwarna pink. Menarik minat ramai wanita untuk membeli. Termasuklah Bella. Walaupun ramai yang tidak menyukai warna pink, tapi warna pink atau merah jambu, amat sinonim dengan wanita. Cara bukaannya pula dibahagian atas. Pek kecil didalamnya ada 5 dan divacum.
SPA WARM EYE MASK BRAND WATSONS lebih funky dan nampak ceria. Bagi Bella ia lebih menarik minat remaja. Mungkin lambang kartun ini menunjukkan siapa yang pakai ini akan nampak muda remaja. Cara bukaan lebih besar dan korang boleh buka dari setiap sisi. Mudah diambil tanpa mengoyakkan kotak. Pek kecil didalamnya ada 5 juga dan dikembungkan. Ada sedikit angin didalamnya.
Perbezaan : Packingnya yang tidak banyak beza. Kedua-duanya mempunyai daya tarikan tersendiri. Isi kandungan juga sama. 5 pak didalam satu kotak. Jadi ok sangatlah kan? Buat apa berbelanja lebih untuk benda yang sama? Berbaloi sangat ni Bella rasa.Jom tukar! Macam kata Fasha Sandha.
WATSONS BRAND DENGAN CORAK YANG MENARIK
Wow!! Betul - betul Bella terkejut dengan corak dan rekabentuknya yang menarik. Coraknya betul - betul Stylo - mylo bagi Bella. Kiranya ada 2 fungsi. Ia mencantikkan mata, sambil kita yang pakai tetap tampak cantik dan bergaya. Bagi Bella coraknya memang cantik dan ceria. Terus menceriakan hati Bella yang tadinya sedih dan menyesal sebab salah beli.
Perbezaan : SPA WARM EYE MASK Brand WATSONS ternyata lebih menarik dan bergaya. Bella akan lebih memilih untuk menggunakannya berbanding brand lain. Memang amat sesuai untuk dibawa "travel" dan digunakan bila - bila masa. Mesti tiada siapa syak yang kita sedang berspa. Seronok kan? Fuh! untung lagi bila Bella memilih Watsons Brand.
SPA WARM EYE MASK WATSONS BRAND LEBIH MUDAH DIGUNAKAN
Bella juga teruja sebab SPA WARM EYE MASK WATSONS BRAND LEBIH MUDAH DIGUNAKAN. Senang. Tidak tengok arahan penggunaan pun kita dah tahu pakai sendiri. Penyangkut untuk disangkut pada telinga mudah digunakan dan bagi yang pertama kali menggunakan Spa Warm Eye Mask ini, Bella percaya korang dengan sendirinya akan tahu cara hendak guna. Jelas - jelas nampak penyangkut untuk Spa Warm Eye Mask ini.
Perbezaan : STEAM EYE MASK brand XXX menggunakan penyangkut ke telinga yang melekat sekali dan menggunakan material yang sama. Bella masa mula - mula hendak menggunakannya menjadi agak keliru dan risau jika badan Steam Eye Mask ini Bella tidak sengaja koyakkan. Berbeza dengan SPA WARM EYE MASK WATSONS BRAND ia jelas kelihatan. Memang amat mudah untuk digunakan.
KEBERKESANANNYA KEATAS MATA
Bagi korang yang tidak pernah guna, dan tidak pernah tahu mengenai Spa Warm Eye Mask ini. Ia adalah topeng yang merehatkan mata. Ia bukan setakat merehatkan mata, ia juga memberikan kelembapan kepada mata dan merehatkan mata yang letih akibat tidak tidur seharian ataupun penat memakai cermin mata. Ia akan memberikan aroma lavendar yang tenang dan merehatkan minda dan mata. Automatik kita akan tertidur.
Cara menggunakan :-
1. Keluarkan topeng muka dari bungkusan.
2. Bila korang buka saja bungkusan dan keluarkan ia akan mula memanas dengan sendirinya.
3. Pasangkan penyangkut ditelinga.
4. Pakai sambil menutup mata dalam masa 10min.
Perbezaan : SPA WARM EYE MASK Brand WATSONS dan Steam Eye Mask berbeza dari segi baunya saja. Brand xxx menggunakan bauan rose, dan Watsons brand menggunakan aroma lavendar. Selain daripada itu, semuanya sama. Jadi, buat apa bayar lebih kan?
JOM TUKAR DAN JIMAT DENGAN WATSONS BRAND
Inilah cara Bella memanjakan mata. Kedua –kedua Brand ini sama ada Brand Watsons atau apa saja sekalipun jenama, Ia akan memberikan kesan yang sama dan kepanasan yang sama. Apa yang membezakan adalah harga dan jemana! Apa lagi jom tukar dan jimat. Bella dah tukar.
BERPELUANG BER SHOPPING DENGAN FASHA SANDHA
Korang bukan saja boleh berjimat. Korang juga boleh menang hadiah eksklusif jika kongsikan pengalaman korang TUKAR DAN JIMAT menggunakan Brand Watsons. Hanya dengan 3 langkah mudah.
1.Ambil gambar korang bersama dengan produk jenama WATSONS yang telah korang tukar.
2.Kongsikan sebab kenapa korang tukar ke Brand Watsons.
3. Gunakan hastag #myswitchandsave & #watsonsmalaysia di Instagram dan Facebook!
Senangnya!! Apa lagi, Jom tukar dan berjimat!!
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://www.watsons.com.my
Facebook : Watsons Malaysia
Instagram : @watsonsmy
#myswitchandsave
#watsonsmalaysia
2 ulasan
boleh try la nanti .. comel je packing tu
ReplyDeletemenarikk kne try ni hihihi
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.