Pengalaman di Deerland

Assalamualaikum.. Sebelum ini, Bella dah kongsikan mengenai tempat yang amat seronok untuk korang mengenali dan mempelajari habitat gajah...

Assalamualaikum..

Sebelum ini, Bella dah kongsikan mengenai tempat yang amat seronok untuk korang mengenali dan mempelajari habitat gajah. Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary kalau korang nak tau, klik je kat link tu. Berdekatan dengan pusat Elephant Sanctuary ni, ada Deerland. Dekat sangat. Paling penting besstttt!!! Apa yang seronok sangat tu? Haa ini yang Bella nak kongsikan dengan korang semua, Pengalaman di Deerland. Nak tahu apa ada? Haruslah baca sampai abis. 

Pengalaman di Deerland

Perjalanan nya, korang kuar je dari Kuala Gandah tu, pergi ke kereta masing-masing dan pergi ke Deerland. Kalau jalan kaki agak jauh. Lagipun Bella rasa macam bahaya. Kiri kanan hutan. Korang jalan keluar tapi jangan kuar jalan besar lagi. Deerland ni dalam kawasan situ juga.Korang akan nampak papan tanda ke Deerland. Papan tanda nya besar tepi jalan. Lepas saja korang melalui  signboard tu, korang ambil kekiri dan masuk kedalam dan jalan je terus lebih kurang 2km. 

Pengalaman di Deerland

Nanti korang akan jumpalah pintu masuk ke Deerland. Bella tengok macam ala - ala muzium pun ada. Bila korang melepasi pagar ni, akan jumpa tempat jual tiket. Dalam tempat jual tiket itu pun ada jual cendrahati. Masuk bukan percuma. Kena bayar. Dewasa rm6. Kanak-kanak rm4. Hari jumaat tutup. Bella cadangkan korang tengok dekat website setiap kali nak ke sini. Salah hari, tutup pula. Waktu tutup berbeza dengan tempat gajah tadi. 

Pengalaman di Deerland

Masa ni HB dah mula malas layan. Gambar semua gegar. Pos jelah dari takda. Lepas dapat tiket tu, korang terus ke belah kanan dan akan melalui jalan ni. Rasa damai giler kot. Kalau korang jalan ramai-ramai tak jadi damai la, mesti sambil jalan korang membawang kan? Sebab jalan ni sunyi. Bella jalan separuh pastu terasa seram plak. Macam masuk jauh kedalam hutan pulak rasanya.

Pengalaman di Deerland

Tapi Tak lama lepas tu korang akan nampak kawasan rusa ni la. Penuh betul dengan rusa yang jinak! Bella berlari nak jumpa dan tengok rusa ni dengan dekat. Tapi pekerja situ halang. Bella macam, "Apahal?? Gua bayar kot masuk sini". Rupanya!! dia nak bagi makanan rusa. Dia bagi dalam bakul kecil makanan binatang-binatang kat sini. Macam kentang kot. Kebetulan pekerja tu suka kat "girl" saja, jadi Bella kenyit mata sikit minta bagi lebih. Apa lagi melimpah ruah dia kautkan makanan rusa ini untuk Bella. Hahhahahaa. Jangan jealous.

Pengalaman di Deerland, rusa jinak

Dekat sini banyak sangat jenis rusa. Ini yang orange bintik-bintik. Bella nak datang dekat. Sebab super comel. Macam cerita Cinderella plak. Bella nak pergi tapi macam tak da laluan ke sana. Jadi, Bella tanya la dengan pekerja kat situ. Kang kena halau lagi malu. Owh.. rupanya rusa-rusa ni kebanyakkannya emosi tak stabil. Sebab musim dorang mengawan dan membiak. Jadi tak leh pergi dekat. Sebab itu dia diasingkan dan boleh tengok dan intai dari jauh saja. Alaaaa, masa ni pula dia nak berasmara.

Pengalaman di Deerland

Rusa yang ini jenis besar-besar. Pekerja tu siap cakap jangan guna "flash" masa ambil gambar takut dia terkejut. Kalau dia terkejut jadi apa? Bella tertanya dalam hati. Tiba - tiba!! ada pekerja masuk!! Bella pun apa lagi lah. Terus membebel. "Eh!! tadi kata tak boleh datang dekat la, musim mengawan la. Pekerja tu masuk apahal!!??  HB terus kata "Daling ni, yang nak masuk sgt kenapa??? bukan berani sangat pun!! Tak yah nak ngada sangat!" Sekali kena marah daa. Bella pun patah balik ke kandang rusa jinak kat depan tadi. Sebab makanan banyak lagi.Hampa nak bermesra dengan yang lain.

burung unta jinak, rusa jinak

Bersebelahan dengan kandang rusa ni ada burung unta. Kesian sangat Bella tengok dia.  Duduk disangkarkan sorang - sorang saja. Baik hantar dia dekat PD. Dekat sana bolehlah dia berkawan. Ini dalam sangkar dekat sini, tak ada pasangan. Mesti dia hari - hari hidup dalam tekanan. Bella sebenarnya takut sangat nak bagi makan. Sebab pagar dia lagi rendah dari leher dia. Sekali dia patuk. Mampus. Hahaha. Niat Bella memang nak bagi. Tapi bila dia datang dekat, Bella lari!!! bila teringat balik kejadian ni, kesian plak ostrich ni.

Pengalaman di Deerland

Binatang kecil macam kancil si bijak pun ada kat sini? Kecil sangat, sampai tidak pasti adakah ia seekor kancil ataupun anak rusa. Tapi ia kelihatan takut dan terkejut bila nampak kami. Cepat - cepat ia berlari dan melompat - lompat. Laju betul. Nampak la kawasan ini memang sangat luas. Mudah bagi binatang disini bergerak bebas. Baru betul. 

melawat rusa

Ala2x.. anjanya dia. Ini namanya Cico. Comelkan? Bella baru je bagi nama. Bila melihat perwatakkan dan gayanya, nama Cico paling sesuai. Tapi, kalau Bella datang harini mesti tak ingat mana satu Cico..hahahaha... usaha memegang Cico ini diteruskan. Kalau tak tadi, Bella berani guna satu jari je. Kali ni dah berjaya letak 3 jari. Yeahhhhh!!! hhahaha..  HB la bagi semangat kata, yang ini paling baik. Nasib betul - betul dia baik. Ok. Bila dah berjaya pegang Cico jom la kita meneruskan perjalanan kita yer. Puas hati la dapat pegang. 

memegang ular jinak

Jalan-jalan dan terus jalan, nampak la ular ni. Adoi. Sian dia. Dalam sangkar. Nampak sempit dan rimas jer. Sekali pekerja kat situ datang. Terus dia kata dekat Bella "Eh.. nak pegang ke?" Sekali dia keluarkan ok dari kandang tu. Aiyooo!!  Tadi kesian sangat kan? Ha, pergilah belai. Ya ampun. Mana ada binatang yang Bella berani. Kucing pun Bella takut. Lagikan ULAR???

memegang ular, jumpa ular

HB seronok betul dapat pegang ular tu. Teruja dia nak lilitkan dekat badan dia. Ular tu macam menyampahnya aku tengok mamat ni.. Sekali dia zassss!! abisla. Bella sentuh gak, tapi sikit-sikit jela. Bahagian belakang. Biar dia ingatkan HB yang pegang. Terasa lembik - lembik badan dia. Panas juga. Warnanya kuning. Cantik dan berkilat. Nampak pergerakkannya perlahan dan malas. Baru lepas makan kot. Bella takut jadi memang tengok dari jauh jelah.


HB kata, binatang paling dia suka tengok adalah ular. Sebab ular dia boleh jadi sejinak - jinaknya dan boleh jadi pembunuh senyap. Ular kulit dia cantik. Jadi Bila dapat ular ni, macam - macam gaya dia buat. Adus. Buat silap mata pulak dier.... adoiii  sebelum dia buat aksi yang lagi pelik-pelik baik Bella ajak dia balik. Hhahahaaa... Kalau dulu, memang payah nak jumpa orang kuarkan ular dimana - mana untuk kita pegang. Sekarang korang boleh jumpa di pesta ataupun pasar malam. Tapi nak cuba pegang dan ambil gambar kena bayar. Ini benda percuma. Seronoklah HB buat berbagai gaya. 

ular kuning, ular takut

Bila Bella paksa HB balik, dia kata ok. Jom ambil gambar dengan ular dulu sama - sama baru boleh balik. Inilah pertama kali Bella membiarkan ular dibadan Bella. Sebenarnya banyak gambar lagi. Ini masa ular ni statik, Bella ok lagi. Adalah sekeping gambar yang jadi. Gambar lain semua muka Bella tahan nangis. Lagi setitik nak menitis. Takutt!! Geli geleman!! Bella tahan je dari menangis. Mesti ada yang kata, alaaa.. manjanya. Tapi seriusly, perasaan takut Bella dekat binatang bukan Bella sengaja buat. Bella memang takut gila - gila. Sampai kucing melompat atas Bella on the spot Bella menjerit dan menangis walaupun sebelah mak mentua. Malunya!!

durian pahang sedap

Semua binatang dah pegang. Jadi jom balik!! Dalam perjalanan balik tu, kami ternampak ada gerai jual durian. Haruslah singgah. Sedap sanggattt!! tak tipu. Mana tak sedapnya, Musang King! Sedap sehingga Bella lupa yang duit tak cucuk lagi. Mahal lah tapi. Lepas makan sebiji je. Takpe, kalau ada rezeki inshaALLAH kita makan durian dekat sini lagi yer. 


Semoga bermanfaat. #dekatje #pahang #bermaindenganrusa

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.