Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Assalammualaikum semua.. Korang semua cuti sekolah apa perancangan korang? Takkan  takda apa - apa rancangan lagi? Meh la Bella nak bagi ...

Assalammualaikum semua..

Korang semua cuti sekolah apa perancangan korang? Takkan  takda apa - apa rancangan lagi? Meh la Bella nak bagi satu idea, tempat yang patut korang pergi bersama-sama anak-anak dan paling penting tempat ini hanya lah terletak di Pahang!! dalam Malaysia. #dekatje Memang patut la korang pergi. Bella yang pergi MELAWAT KUALA GANDAH ELEPHANT SANCTUARY-TEMPAT GAJAH sangat teruja walaupun dan besar panjang macam ni. Yela, Gajah bukannya binatang yang bebas macam ayam kan? Nak jumpa memang payah. Ia juga dikenali sebagai National Elephant Santuary. Bagi Bella ia adalah tempat yang amat - amat menarik untuk anak - anak dan kita sendiri belajar mengenai kehidupan gajah. 

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Korang dari arah mana pun datang haruslah menuju ke Pahang. Kuala Gandah ni terletak di Pahang.  Janganlah korang ke Melaka plak.Tak jumpa nanti. Sepanjang perjalanan, pemandangan kiri kanan sangat menghijau. Pahang kan banyak hutan simpan. Bella yang duduk sebelah ni sibuk la snap sana sini. HB dah mengantuk. Jauh jugalah. Nak fikir jalan lagi. Kalau ikut Google Maps dari Kuala Lumpur ke Kuala Gandah ini mengambil masa 1 jam 32 min sejauh 110km. Bawalah bekal jajan sepanjang perjalanan suap kat driver. Takut dia ngantuk.

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Seterusnya menuju ke Kuala Lipis Pahang. Tapi takdalah sampai kedalam sangat. Kalau masuk ke Kuala Lipis boleh la melawat tempat lahir Siti Nurhaliza kan? Kalau Tok ti nya ada takpelah juga. Bolehlah salam lagi pipi. Tapi tak singgah pun. Kita terus saja.

Tempat menarik di pahang

Korang jalan je terus sampai jumpa signboard ni. OMG!! dah nak sampai!! Happy nya.. hahahaha.. macam budak - budak !! . Tapi Bella memang seronok. Pengalaman pertama ni nak tengok gajah live. Secara lebih dekat. Mata bertemu mata, gitew!


Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Korang parking je, dan terus la ke kaunter tiket. Kaunter tiket tepi padang parking tu je. Bangunan tempat tiket tu kecil je, tapi masih boleh nampak. Dah dapat tiket?? lets go to meet elephant (happy punya pasal terus speaking) Paling penting masuk adalah percuma!! Pusat ini juga dibuka setiap hari.

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Nak jumpa gajah kena jalan sikit jauh ke dalam. Masa Bella baru gerak, dah hujan plak. HB terus kata "kita pergi sana lepas hujan berhentilah." Tapi Bella tak nak buang masa. Masa itu emas. Kalau boleh Bella nak tengok gajah tu puas - puas. Bella nak mengenali habitat gajah dan bertanya khabar adakah mereka semua seronok dan baik - baik timggal disini. Tapi, kata - kata suami seorang isteri patutlah patuhi. Kami hanya gerak, selepas hujan renyai. Nasib Bella bawa payung comel Bella ni kemana saja. 

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Kita teruskan perjalanan kita mencari gajah. Masa menapak ke kandang gajah ni, pemandangan yang disediakan pun tak kurang hebatnya. Siap ada sungai lagi yang mengalir dengan damainya. Bella pula jenis yang tak boleh tahan tengok air. Rasa nak sentuh sangat - sangat. HB kata balik nanti sajalah sentuh. OK!!!! Kami meneruskan perjalanan, dan sepanjang perjalanan pun banyak ilmu baru mengenai hutan Bella dah kutip. Sebabnya, semua pokok yang ditanam ataupun tumbuh disekitar kawasan ini ditandakan untuk pembelajaran. Terbaikk!! Bagus buat anak - anak belajar mengenai alam.

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Yeahhhh..!!! Jumpa pun kandang gajahnya. Tapi kesian gajah - gajah ni. Kaki dorang semua berantai. Lepas tu Bella tengok gajah - gajah semua macam lapar je. Masa ni seekor anak gajah sedang dimandikan. Masa nak mandi tu, anak gajah tu elak air tau, penjaga gajah tu pukul anak gajah tu. adussss sian sangat Bella tengok. Luka-luka badan dia. Mesti selalu kena pukul. Bella rasa ini juga salah satu cara dorang nak jinakkan gajah. 

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Buat pengetahuaan semua, dalam sangkar ni semua anak-anak gajah jer. Jadi, kome semua tak soh la takut sangat. Bagi nasihat dekat orang konon. Bella pun mengeletar tangan masa nak hulur makanan tu. Bila berjaya bagi gajah tu makan, rasa macam menang award! Berbagai-bagai cubaan Bella untuk bagi gajah ni makan.. hahahhaa... budak - budak tepi Bella tengok Bella hairan je. Dorang santai je bagi gajah - gajah ni makan. Tengok la gambar diatas, dah menjelaskan segalanya. Happy bebenor lepas berjaya bagi gajah tu makan. Gajah tu buat dekk je, mesti dalam hati dia kata, terencat apa manusia ni. hahhaaa.. Bella dari KL siap beli kacang lagi. Tapi salah!!  sepatutnya kacang dah goreng. HB beli kacang tanah yang belum masak lagi. Hahahaaa.. membazir !! 

bagi makan gajah

HB plak la nak buat aksi. Relax je. Nothing to afraid man.. aceehh.. Masa ni dia bagi makan kacang.  Bella bagi makan tebu. Tebu tu panjang beranilah sikit. Kacang yang kecil secoet tu nak masukkan dalam hidung gajah memang tak lah! HB seronok dia bagi terus ke belalai gajah ni. Belalai ni macam tangan gajahlah. Ia ambil terus masukkan ke mulut. Masalahnya tengok gajah ni macam tak pernah kenyang. 10 kali bagi makan pun dia makan lagi. Laju pula tu.

main dengan belalai gajah

Bella kan takut sangat nak bagi gajah ni makan, sekali gajah ni macam faham tau tak!! Gajah ni letak je belalai dia kat situ dan duduk diam - diam. Dia macam bagi signal dekat Bella "Saya gajah baiklah." Bella tinggal sumbat kan je kacang ni dekat hidung dia tu. EEEeeeee macam geli gelemanlah plak. Belalai dia takdalah dia menganas. Bella letak seketul je kot. Kacang yang lain, berterabur. Bella campak. Gajah dekat sini jarang-jarang sangat berbunyi. Jadi, budak - budak pun kurang rasa takut.

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Kita rasa macam gajah dalam sangkar tu, dah besar sangat dah. Tapi, sebenarnya ada masa - masa tertentu penjaga gajah akan bawa gajah hutan keluar. Besar sangat. Penjaga gajah ini akan naik atas badan gajah lagi. Lepastu semua buat muka bangga+sombong+riak+giler  macam dah hebat sangat la tu.. eee tolong la. Pastu setiap gajah ni dibagi nama. Ada nama Joyah, Bedah la. Nama tak glamour langsung. Gajah ini semua macam tak rela je nama dorang macam tu. Bella rasalah. Sebab tak sedap.

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Bila gajah semua ini dah keluar, gajah - gajah ini membuat persembahan yang pada Bella amat bijak! Gajah - gajah ini mengikut saja kata penjaga mereka yang akan suruh duduk, berdiri satu kaki, salam penjaga dia dan macam - macam lagi. Tiba - tiba!!! ada seekor gajah tu dia tak mahu buat aksi yang diarahkan. Seram plak Bella tengok. Mana tahu gajah tu tengah takda mood ke, takut dia naik minyak. Puaslah penjaga dia marah - marah, jerit - jerit " Hieepppp!!!! hieppp!!!!" ingat gajah tu nak peduli ke?? dia buat bodo je. Bella dengar dah takut. Nasib baik pengacara majlis kata "takpelah. Minta maaf, gajah ini masih sangat baru dan masih belajar." Takpe. Kami faham. Kemudian, Gajah - gajah semua dibawa ke bawah untuk mendekati penonton. Bagi makan. Dulu ada aktiviti naik gajah. Tapi sekarang dah takda. Mungkin pernah berlaku kejadian yang buruk kot. Cuma aktiviti mandi bersama gajah dikekalkan.


Lepas kita bermesra dan menonton beberapa aksi dari gajah - gajah ini, penjaga gajah ini akan bawa kesemua gajah mandi - manda plak. Penjaga gajag pun turut mandi sama. Muka masing - masing macam tak rela je nak mandi dengan gajah tu semua. Lainlah mandi dengan awek. Mesti ceria muka dorang kan? Masa Gajah ni lalu, haruslah bagi laluaan kat dia. Kang dia pijak nahas. Penyek la jadinya. Berlari - lari la budak bagi laluan. Masa ni gajah ni baik je. Dorang suka kot nak pergi mandi.

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Gajah ni kelihatan sangat gembira. Paling tak tahan asyik membuang jer!!! Tapi ok lagi. takda lah dorang kencing dan berak bersepah. Masuk dalam sungai baru dorang membuang. . eeeeyeksss... Geli. Masuk je dalam sungai gajah ini terus baring. Berguling - guling. Kaki kat tepi. Macam tido la. Masa nak suruh dorang naik, penjaga dia just cakap heippp!! pastu dorang bangun dan tundukkan kepala bagi tuan dia naik. Tiba-tiba!!! ada seekor gajah ni tak mau bangun!! puas tuan dia cakap Heippp!! Heippp!! rupanya dia nak membuang. Tak puas lagi gamaknya. Hahaha.

Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary-Tempat gajah

Selesai saja mandi, penjaga gajah ini akan bawa gajah kesayangan dorang ke pegunjung untuk bagi makan. Dalam 20 min macam tu penjaga gajah ni akan suh gajah ni berhenti makan dan bawa balik masuk ke Hutan. Walaupun gajah tu seakan-akan tak mau meninggalkan kami, tapi terpaksa juga dia melangkah..isk..isk. bye2x gajah.See you again.

Sedikit mengenai Kuala Gandah Elephant Santuary ini, Ia adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian. Bukan tujuan menyeksa gajah tau. 

Setakat ni dulu cerita mengenai lawatan Bella bermesra dengan gajah. Apa kata korang pergi pulak. Tak rugi. Lebih - lebih lagi untuk anak - anak. Bella akan sambung pulak lawatan Bella ke Deerland. Dekat je dengan pusat gajah ni. Jadi pengalaman korang akan jadi double triple seronok!! Jumpa di next entry ya.. salam..

You Might Also Like

8 ulasan

  1. Assalam... Kat situ ada tmpt penginapan? N klau dri bndr kuantan agk2 bpa jam utk smpai ke sana? Tq dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak pasti. Saya pergi balik hari saja.

      Delete
  2. salam sis, sis pegi tempat ni dlm pukul brapa ye? tankss.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi pagi. Senang boleh pergi banyak tempat.

      Delete
  3. akak nak bawa anak2 la minggu ni..dah pernah p dulu, tapi x sempat tengok gajah mandi

    ReplyDelete
  4. Jalan menghala ke sana teruk ke ok ye? Sebab ada org kata jalan pergi sana teruk sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdalah teruk sangat sampai tak boleh lalu. Ok je. :)

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.