Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentian

18 March

Hollla.....!!! hai semua. Salam sayang dari Bella...

Siapa pernah pergi Terengganu?? atau kampung dia kat Terengganu? Pernah sampai Pulau Perhentian tak?? Apaaa??? tak?? alooo.. ruginya. Pulau Perhentian memang cantik. cantik dan cantik. Seronok sangat bila Bella dapat sampai ke sini. Kami bergerak dari KL ke Terengganu dari pagi subuh lagi. Kami tiba di Jeti pagi lagi sebelum Ferry yang kami booking bergerak pergi. Memang jauh la. Perjalanan Bella ke Pulau Perhentian. Eh jom lah Bella ceritakan Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan.

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan
Kami tiba di travel agent yang kami tempah. Sekali semua. Tambang ferry, makan minum kami disana dan penginapan. Senang. Kami hanya tinggal pergi dan berseronok saja. Kami berkumpul disini untuk memastikan semua ahli sudah sampai dan bersedia untuk menuju ke Pulau Perhentian. 

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan
Kami diberi tiket untuk menaiki feri. Ingatkan bolehlah terus naik. Rupanya kena beratur dan berebut - rebut lagi.  Lepas berebut-rebut nak naik feri tu, dapatlah kami duduk. Aduii!! penuhnya. Panas plak tu. Silalah bawa air minum sendiri. Punyalah haus dalam ni. Tengok minah salleh tu sampai hijau rambut berendam dalam air laut lama sangatlah tu. Hehehe.

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan
Perjalanan diteruskan dengan menaiki bot. Setelah mengharungi dan membelah laut selama lebih kurang 45min kalau tak silap. Maka tibalah kami di Pulau Perhentian. Yay!!! Alhamduliah. Pemandangan yang memukau menanti kami. Terasa tak sabar-sabar Bella nak terjun mandi. SubhanaALLAH !!! cantik sungguh.

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan
Inilah keluarga kecil kami. Menyusuri tepi pantai untuk ke hotel. Dari jeti ke hotel jauh. Pastu tepi-tepi ni dorang pacak mata sauh. Fuhhh!! bahaya giler!! Jalan kena tengok bawah dan hati - hati. Kang tak pasal - pasal kaki terbelah. Dah tak boleh berenang. 

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan
Inila bilik kami. Betul-betul mengadap laut dan tinggi. Cantik!! Cuma kena panjat tangga tinggi sikitlah. Ala - ala rumah kampung. Bilik pun banyak pasir. Biasalah tepi pantai kan? Paling penting puas hati. Bolehlah tenang - tenang lepak dengan my HB. Itu yang paling penting.

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan
Sampai-sampai je kami terus makan tengah hari. Cuaca sangat la panas. Makanannya sangat la tak kena dengan tekak Bella. Macam bukan orang melayu yang masak. Makan jelah. Cerewet sangat nanti lapar. Makan sambil mengadap laut. Teruja Bella tengok laut tu sambil makan sampai tak berselera.

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan
Cantik sungguh laut tengahari ni. Sungguh cantik!! SubahanaALLAH!! Bella merayu-rayu dekat HB supaya izinkan Bella mandi. HB tak bagi. Takut sangat bini dia hitam. Bella tak tahu berenang pun, tapi Bella suka berendam dalam laut. I love You Beach!!! Huish macam lain macam pula bunyinya. Tapi inilah yang Bella nak! laut! Bella sanggup hitam. Tapi tak ikut cakap suami kang jadi apa - apa ha.. nyesal. Jadi tunggu suami izinkan jela.

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentiaan

Sementara tunggu petang, Bella lepak sesorang kat buaian ni. Sebab HB baru baik demam. Dia tak larat. Jadi dia masuk bilik tidur. Bella duduk santai - santai dekat sini. Syokk!! Tenang sangat rasa. siap ada tupai menemani. hahaha. Masa sampai ni kitaorang takda aktiviti. Just free and easy. Jadi Bella duduk lepak - lepak jela sambil tunggu waktu HB izinkan terjun mandi laut. 

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentian
Malam tu kami di hidangkan dengan BBQ yang resort sediakan. Termasuk dalam pakej. Tapi ikan kena pilih satu jenis je. Nak kata sedap sangat tak jugak. Tapi lapar, bedal jelah.  Paling tak tahan pemandangan tu. Gegila awesome la. Tengok tu tak edit apa pun. Guna hp cikai je tangkap. Gambar still awesome sangat. How i miss this place.
Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentian

Malam tu kami berjalan kaki ke Long Beach. Tak sangka ia macam tempat maksiat tersorok la. Dah la pergi jauh ke dalam berjalan kaki. Jauh sangat. Bella rasa takda apa pun yang best. Mungkin kalau korang kepala gegila mungkin rasa macam tempat ni havoc sangat. Kitaorang rasa macam takda apa pun. Then balik.Dah la jalan jauh. Pastu kami rancang nak lepak minum tepi pantai. Sampai - sampai je pantai depan hotel kami, kedai semua tutup. Bella dengan HB ambik keputusan tido je kat tepi pantai tu. Sejuk sungguh. Terlelap plak tu. Bangun pun sebab orang tersepak kaki. Hahahaa..

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentian
Bangun pagi lepas sarapan tengok suasana lagi la cantik!! Air laut berkaca-kaca. Cantik sungguh. Apa lagi sakan la bergambar. Seriously sangat cantik. Tenang, damai, hilang kejap semua masalah.

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentian
Kami ada aktiviti snorkeling tengah hari tu.Tapi, Sebab kami dah pergi Pulau Redang sebelum ini,  jadi rasa macam tak la best sangat Pulau Perhentiaan ini. Sebab ikan dekat Pulau Readang lagi banyak dan besar - besar. Laut tetap cantik dan ada keistimewaannya tersendiri, tapi kami semua suka Pulau Redang lagi. 

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentian
Sampai la ke satu pit stop yang memang takda dekat mana - mana sebab kan sini banyak sangat penyu!! ya..penyu. Bella tengok kagum sangat. Penyu ni dari dalam laut nampak dekat tapi bila nak pergi dekat penyu tu jauh sangat rupanya. Penyu ni sekali sekala akan naik ke permukaan laut. Memang satu pengalaman yang Bella tak dapat lupakan. Walaupun ikan dekat sini kecil, tapi kehadiran kumpulan penyu ini membuatkan Pulau ini sangat istimewa. Bella suka sangat!!! Masa taip ni pun rasa nak pergi lagi. Miss u penyu.

Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentian

Walaupun dah nak balik tapi snorkeling rasa tak puas lagi, Jadi kami sambung snorkeling depan resort. Masya ALLAH, depan resort ni pun cantik. Ikan memo bersepah - sepah. Kalau tau dari semalam dah snorkeling depan ni je. Mandi sampai terleka dah nak balik sayang sangat nak tinggalkan tempat ni. HB tarik Bella sebab tak nak keluar dari laut. Seronok sangat bila fikirkan balik.
Pengalaman Bercuti Di Pulau Perhentian
Walaupun sayang sangat nak tinggalkan tempat ni tapi kena la balik juga kan? Memang tak rugi la datang sini. Bagi yang suka kan laut, kedamaian, kehijauan, bunyi alam, memang sesuai sangat ke sini!! Kalau korang kesini tanpa Travel Agency pun boleh. Deal saja semua aktiviti dengan Hotel. Sebab Bella pergi beramai - ramai susah takda siapa yang banyak masa untuk uruskan, jadi kami gunakan saja Travel Agency. 

Ok...sampai disini dulu..salam sayang...semoga bermanfaat. Dekat je.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY