Tempat Makan sedap Di Yangon,Myanmar

Salam... Hari ni bella nak sambung mengenai Myanmar .. Sebenarnya bella sangat la takda masa nak buat mengarang kat blog ni, Sebb bila ...

Salam... Hari ni bella nak sambung mengenai Myanmar..

Sebenarnya bella sangat la takda masa nak buat mengarang kat blog ni, Sebb bila bella karang je.. dia akan mengambil masa yang lama sebb bella tak nak orang yang singgah blog bella baca pastu cakap dalam hati, eeee apa ni?? bella nak semua dapat sesuatu bila singgah kat sini. Pastu bella akan cuba sedaya upaya keluarkan, tulis dan taip segalanya yang bella rasa patut kongsi.

Sebelum ni bella ada cerita pasal Myanmar. Kalau nak cari entry sal Myanmar ni mesti payah. Sebab terbalik-balik. Bella cerita ikut mood. Kalau rasa nak cerita sal food bella taip je. Walaupun sebelum tu bella cerita sal travel.HUHUHU.... time ngah byk idea kan.. apa yang terfikir mestilah terus taip. Kalau hilang cane?

So, Kalau ada yang nak tahu sal Myanmar bella sediakan link kat bawah ni.. klik je ok?

  1. Menariknya myanmar(yangon or ranggon)
  2. Matawang myanmar
  3. Bahasa yang digunakan di myanmar 
  4. Penginapan bajet dan murah di yangon 
  5. Pengangkutan bercuti di Myanmar 
  6. Tempat-tempat mesti dilawati di yangon.
Rasanya semua dah cover tapi rupanya belum.. sebab ada yang bagi email tanya tempat makan yang sedap kat ne? yela.. bella tak tulis lagi.

Ok.. bella ada la baca survey yang selalu pergi dorang ada bg cadangan la..

Mestilah try minum laphet atau disebut lapek. Ia sebenarnya air sama je macam teh tarik. Ia diperbuat daripada daun teh yang dijemur. Bella nak sangat cuba tau air ni. Tapi bila bella tanya kat cafe hotel sebelah hotel bella, (yela.. hotel bella hotel bajet. Hotel sebelah macm ber star gak la.) dia kata kalau nak betul2x sedap yang dari daun punya g try kat kedai tepi2x jalan tu. Gile ko.. kotor ok.. Tak mau la.Boleh keracunan makanan.

Dia kata dia pun bancuh yang 3 in 1 punya.Boleh la janji rasa. Lepas itu dia kata kalau nak beli je kat supermarket.Lepas tu bella pergi la beli. Sampai sekarang ada lg stok. Hahahaha...HB tak bagi minum. Takut sakit perut. Mana ada. Apa-apa ntah. Sebab lepas balik je dari Myanmar kitaorg sakit perut, muntah-muntah tapi dia tak minum pun sakit yang sama.Sape nak rasa leh la email bella. Sama saja macam teh tarik tapi pekat sikit. Ayah Bella kata sedap.


Teamix myanmar, makanan myanmar

Tomyam pun ada kat sana, tp bella tak sempat nak cuba. Puas bella cari tapi takda. Lagi satu MetaKyin ia adalah daging yang di rebus dan digoreng. Ni pun tak jumpa. OMG rasa rugi je. Sesampai je memang lapar, belasah mee maggi dulu.

Mee di myanmar

Maggi diatas la contohnya, tapi bella tak bawak la maggi jenis ni. Bawak mee cup ok. Kalau bawak yang ni kenalah bawak bekas la bagai. Hahaaha. Penuh la beg. HB tidak larat. Nak tido. Tapi bella sangat la excited takut tidak cukup masa nak explore cari tempat makan lagi. OUuuHHH tak sabar. Haha...lepas itu kitaorang pergilah ke Taman Karaweik di bandar. Cari kedai kat area situ jela. Jumpalah satu kedai. HB kata makan je la kat situ. Ye la terang2x nampak logo halal.

makanan di myanmar

Nama tempat tu S'Donuts Cafe & Bakery. Terletak di tengah-tengah taman. Nak makan kat karaweik tatut mahal la plak.Sebelum tu bella jalan la dulu kat belakang2x taman tu. Memang byk kedai cuma tak tau halal haramnya. HB kata tak yah la.

myanmar, yangon, makanan

Kat sini replika KLCC memang banyak. Nama bangunan KLCC, Kedai nama KLCC sangat glamour. Gambar ni pun saya ambik kat replika KLCC la. Belakang tu kedainya. Tapi tak nampak tanda halalnya. Akhirnya bella pergilah ke kedai pertama tadi.


Yummy!!ok.. hehehe.. Nasi yang atas sekali tu bella order. Macam masak pakrik la.Tak tulis plak namanya apa. Bella order. Memang nak makan yg pedas. Takut loya.hehehe. Macam ayam masak cili la rasanya.  Ok Sedap. Cuma minyak bergenang2x. Kalau siapa - siapa yang pergi dan nak pesan minta kurangkan sikit penggunaan minyaknya.

Lagi satu nasi HB yang order. Nasi goreng. Sebab dia sangat suka nasi goreng. Apa yang istimewanya ada sayur, like ulam gitu. Bila campurkan.. serius sedap. Kalau korang beli tak sedap bella tak tau k. Sebab masa bella beli tengah lapar.Sebab tu, makan lempeng cicah gula pun sedap. HB pun kata sedap. Maknanya ok la tu... Memula nak makan tu punyalah panjang baca doa makan. Heheheehe. Bukan was2x tawakal minta petunjukNYA. Air tu plak air avocado. Siapa yang tidak suka rasa payau tak payah la order. Tekak Bella tak leh terima. Bella order sebab ada blogger yang pergi kata air avocado kat sana sedap. So bella pun cuba la. Ngada kan?

Makanan Sedap di yangon

Sangat recommended restoran ini. Tengah bandar k...kitaorang jalan dari bogyoke market sampai ke kedai ni. Kitaorang just tanya orang sekeliling mana nak cari kedai halal. Alhamdullilah ada pengawal keselamatan yang berkerja di Hotel cadangkan restoran ini.Kami hanya berjalan kaki sebab hendak jimat. Lagipun pekerja tu cakap dekat saja.Sangat jauh k.. Sepanjang perjalanan tanya saja. Sampai la ke restoran ni. Tertanya2x dalam hati. Halal ke? Tengok sekeliling kat dinding kedai dia bahagian belakang ditampal besar logo halal. OK masuk tanpa was2x. Kedainya macam kedai mamak nasi kandaq la.

makanan sedap di yangon

Gulppp telan air liur time upload.. Korang cubalah. Seriusly tidak nyesal. Sedap. Penuh rempah. Memang super best. Penuh orang berbilang kaum.  Service pantas. Apa lagi yang kita perlukan? Pantas,sedap semua ada... Sekeliling Bella tidak tengok sangat. Lapar. Orang sekeliling senyum -senyum. Maklum la.Pelancong. huhuhu.


Nampak tak yang dalam mangkuk kecil tu?? Yang sebelah gambar bella bayar tu? Macam sambal. Korang tidak perlu la cuba. Potong selera betul. Rasa apa ntah. Tengok dorg makan macam sedap sangat. Bila bella rasa.. eeee pe ni????? Nasi dia banyak. Sila kosongkan perut kalau nak datang sini. Bella pun tak abis. Malamnya kitaorang g makan kat hotel sebelah hotel kitaorg. Jalan setapak dua sampai la. Demi keselamatan lebih baik jangan jalan jejauh.


Nampak tak hotel tu? Orchid hotel. Cantik juga la. Yang paling kelakar ada pelancong jepun keluar dari hotel ni minta snap picture Bella. Adui. Ingat Bella org yangon la tu. Tertekannya. Tapi time dia snap bella sempat buat peace. hehehe


Sedap. Betul sedap. Tak tipu. Pelik dari mana datang makanan sedap -sedap ni tapi tak da pula orang kongsi pun  kan.. Bella cite la. Tapi yangon ni besar. Kalau duduk kat hotel pearl inn tu ok la. Bella order bihun sup. Tak tau plak bihun dia besar. Pastu bella tanya halal ke? Dia punya manager kata im also muslim madam. Ok... Air gelas tinggi tu ada sudu biru tu HB order. Cantik... Macam teh 3 layer. Tapi ni kopi. Sedap. Tak pahit tau. HB tak mahu makan. Berkorban. Dia kata takut mahal. Mana ada. ok je. hehehe... walaupun beribu-ribu kyatt.

Ada buffet kat hotel ni, HB kata jom la cuba. Tapi bella takut tidak termakan plak nanti. Lepas itu tak jadi la ambik buffet. Lagipun bella dah senaraikan dah restoran untuk hari esok sebelum terbang ke Malaysia.hueheuhu. Sebelum balik kami singgah ke restaurant yang sangat glamour. PANDOMAR restaurant. Ada gambar ramai artis tau,Siti Nurhaliza pun ada.

Yangon, pandomar, makanan sedap

Sebenarnya bella dah lupa rasa makanannya, Tapi no complain. Apa yang bella ingat setiap suapan bella akan kata.. emmm sedapnya.. sedapkan dear.. tu je la bella ingat. Bella pilih picture aircond tu sebab rasa kelakar pun ada,habis di wallpaper kan aircond tu sekali. Kalau kat cafe kat sini dorang ada bagi loceng press punya kan? kat sini dia bagi loceng manual. Serius sangat cute. I love u bell cute. Macam nak bawa balik saje. Air tembakai gelas biasa je. Tapi deco super punya. Rasa menitik je air liur tgok.

makanan di yangon, yangon, restaurant yangon

Nasib jumpa nasi. HB yang tekak melayu tu nak nasi. Kalau tidak senang berangin satu badan. Tidak cukup tenaga katanya. Tgok set menu mahal!!! maklumlah.. ribu riban punya. Makan je pun. Selak-selak lagi ada menu murah la sikit. Order asing - asing. Lebih murah. Bella rasa la. Bella minta tunjuk ajar pelayan tu la. Nak order menu apa yang sedap.

Pelayan sangat baik dan tersenyum manis tu mencadangkan menu set ni. Nasi dua buluh. Sebab di isi dalam bekas berbentuk buluh yang dianyam tu.Rasa nasi sama je macam beras mahal kat malaysia ni. Tapi tak wangi ataupun panjang la. saiz biasa je. Tomyam ikan. Bella suka rasa ikannya. Lepas itu pelayan tu mencadangkan kami ambik ayam santan tu. Sorryyy sgt2x lupa nama masakan tu. Keropok tu plak diperbuat daripada soya. Sayur pun sedap. Sebelah sayur ada macam ikan kering yang hancur tau. Tu paling sedap. Kesimpulan restoran ni sangat sedap dan berbaloi2x.

Memang di syorkan. Tapi bella macam curiga sebab kat menu ada dihidang air carslbeg.Betui ke bella eja? Air arak tu!!!!! omg!! mak... kak long dah menjeratkan diri. Giler??? nak keluar malu. Kan bella dah nak balik Malaysia. Jadi dah angkutla semua beg bagai. Nak tarik keluar balik? OH no!!! Apalagi Bella jadi inspector la soal siasat.

"This restaurant for sure with HALAL food?"
"yes madam!! jawab pelayan tu sambil berdiri tegak macam askar menerima arahan!! hahahaha..
"but why this restaurant serve alcohol?" 
"Halal madam. I also muslim. We have certificated halal, and for your information we have two kitchen with means one for halal food another one for non halal food. Just wait a moment madam". Sambil berlari anak ke dapur.  
HB dah buat muka. Adoiiii!! problem.
A few minute. "madam!" sambil menunjukkan sijil halalnya. OK. tanpa was2x kami makan. 

Jadi you all pun boleh la makan tanpa was2x. Okey??



Nilah makanan terakhir. Bella nak rasa la buah kat sini. Sebab sebelum ni ramai yang review kata mempelam kat sini manis sangat. Cari mempelam tak jumpa. Jadi bella beli je la apa yang ada.. YES!! strawberry. Serius manis. Sampai bella kata dear.... nak lagi..... Tapi dah kat airport. Ok la dari takda kan...

So.. dah tau kan mana tempat makan sedap kat yangon,myanmar?? Panjang sangat ke cite bella?? sebenarnya ada lagi.. tapi takut orang muntah plak nak baca.  Pilih je part yang korang nak baca. Janji bermanfaat.

K la.... ikhlas dari bella. ... Pas ni check it out sal yangon yang lain plak k....

You Might Also Like

2 ulasan

  1. good... thanks a lot the info... x sabar mahu pi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey hasrin... hati-hati ok.. bykkan minum air kat sana. Saya balik sakit perut tau.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.