Tip - Tip Dan BAJET Ke Yangon,Myanmar

Hari ini Bella nak kongsikan Tip - Tip Dan Bajet ke Yangon, Myanmar .. Ni memang betul2-betul penting tau. Sila ambil pen dan buku nota...

tips ke myanmar

Hari ini Bella nak kongsikan Tip - Tip Dan Bajet ke Yangon, Myanmar.. Ni memang betul2-betul penting tau. Sila ambil pen dan buku nota kecil, atau di zaman cyber ini kan, korang screenshot saja. Janji korang kena ingat Tip Bella ini untuk atau bila korang ke Myanmar. Iyela kita belajar dari kesalahan. Benda yang dah jadi kat orang kita buat sebagai pedoman.kan... Jadi korang terselamat la. Takyah la jadi susah macam Bella. Benda -benda penting sangat sebelum berangkat ke MyanmarPertamanya korang mestilah ada passport dan visa, Korang boleh klik link kat bawah yang Bella bagi ini untuk memudahkan kerja korang...just click je.
Dua diatas wajiblah ada, untuk bajet dua benda ni Passport rm100.00 untuk 2tahun. Dan Visa Bella mahal sikit RM300. Kalau buat sendiri murah sikit. Dalam rm220. Ni sebab Bella upah runner. Ada cerita disebalik pembuatan visa ni. Sape yang dah baca time link membuat visa kat atas mesti tau.

Kedua benda yang penting adalah tiket kapal terbang ke Yangon la. Bella haritu booking sekali semua Rm427.00. Murah ke? hehehee... rasa murah kot. Apalagi kalau bukan penerbangan tambang murah anda AIRASIA..tp flight delay lama giler plak tu. Dari sepatutnya kul 7 delay sampai kul 11. giler!!! tapi takpela... janji dah selamat sampai dan pulang..

Ketiga kenalah tahu kat mana korang nak tinggal, Sebab masa nak buat visa tu pun dia akan tanya kat mana korang nak menetap bila kat nak isi form visa tu. Sebelum korang sampai kat Yangon korang wajib!! wajib ok salin alamat penuh hotel korang. Bagi yang dah pakar takpelah.. untuk yang baru first time sila ikut nasihat Bella ni ok. Sebab bila sampai je kat sana.. berebut2x pemandu teksi tarik korang, jadi hati2x dan mesti ada alamat. Bagi yang tak tau nak duduk mana lagi.. boleh la rujuk penginapan Bella. 3 hari 2 malam. Bella bayar lebih kurang RM170.00.
Keempat sebelum terbang tu, silalah jumpa doktor. Cakap la nak pergi Myanmar. Sebab lepas Bella balik dari Myanmar, Bella sakit tau. Muntah2x.. cirit birit.. mungkin dia negara yang kotor. Serius tak larat. Kumannya nak mati susah tau. Bella makan banyak ubat pun sakit lagi. Kena banyak minum air suam atau ice lemon tea bila kat sana.

Kelima Sediakanlah duit secukupnya dalam USD. RM sesetengah tempat je terima. Tapi bila kat sana tukarla ke kyatt. Carilah rate terendah. Boleh la rujuk link bella di bawah.
 
Tip - Tip Dan BAJET Ke Yangon,Myanmar

Keenamnya korang lebih baik buat susun atur jadual korang kat sana, sebab dari satu tempat ke satu tempat menarik jauh2x. Nak jadual bella ke? Kalau banyak permintaan baru bella tulis la. Kalau tak malu la syok sendiri.

Tempat-tempat menarik yang bella senaraikan untuk pergi tapi tak sempat nak pergi adalah
  • Masjid di Yangon berhampiran Sule Pagoda,Indian (ni Bella lalu je x singgah).
  • Membeli belah di Migalar market & masjid di township.
  • Membeli belah di Theingyizay bazaar National musuem.
  • Inde lake (tempat orang beromen) saja je Bella tak gi. hehhee.
  • Kyaikto juga di sebut golden rock.
Tempat2x menarik yang sempat bella pergi bolehla klik di link di bawah.
Perbelanjaan bella kat sana untuk makan yang sedap2x.. boleh tgok kat link bawah.
Total perbelanjaan untuk makan kat sana, fee apa2x, tambang teksi, barang2x shopping dan lain2x semuanya sekali tak termasuk tambang flight, buat passport dan visa. rm850.00 sahaja,untuk dua orang. Murah kan? hehehe.

Bajet sangat bella kan?  Jadi kalau ada apa - apa yang tertinggal.. bella lupa nak inform just tinggalkan comment. Bila bella baca bella jawab k??

bye22x... jumpa next entry.....

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.