Tempat-tempat menarik ke singapore

Salam sayang dari Bella...,  ini sambungan dari perancangan Bella untuk ke Singapore . Negara Singa. ahaks. Excited kot nak pergi. Sing...

Salam sayang dari Bella..., 
ini sambungan dari perancangan Bella untuk ke Singapore. Negara Singa. ahaks. Excited kot nak pergi.Singapore ni tak perlu diperkenalkan lagi,semua tahu dan kenal Singapore kan? kalu tak kenal bolehla tinggalkan kat comment nanti Bella balas.ahaks. Iklan kat tv pun byk dan berlambak promote singapore.an? Kat sini Bella jelaskan sikit apa yg sangat menarik-narik Bella untuk ke singapore. Ada 18 tempat menarik dan tempat shopping di singapore yang Bella kongsikan di sini. Cuba terabur sikit la. Pepandai la korang susun ikut kesesuaian jadual korang ok?
singapore, singapura, tempat menarik, uss,
Antara tempat menarik yang kami lawati
Pertamanya tentulah USS (Universal Studio Singapore)!!!!.(Klik je) Penuh dengan keriangan dan keseronokan macam genting.Cuma USS best lagi kot.Best 2x. ahaks. Bella akan terangkan terperinci mengenai USS ni sebab banyak sangat nak diceritakan dan tip2x yang nak Bella share.
uss, singapore, bercuti di singapore,
Universal Studio Singapore im come in!!
Merlion Park Terletaknya patung singa yang mengeluarkan air dari mulutnya.kononnya Kiranya sape yang tangkap picture kat sini confirm la dah pergi singapore. Masalahnya time bella pergi aritu patung tengah dalam pembikinan. Adoi..!! punyalah bella cari bagai nak mam tak jumpa2x pun. Sekali tu pak guard tu kata alamak dik tengah baiki la.. adoi3x..Jadi bella just bergambar dengan pemandangan yang mempersonakan kat situ sajala. Antaranya Esplanade dan Marina Bay Sand Building (bangunan yang seolah-olah ada kapal diatasnya).Mula2 bella nampak bangunan yang tergantung kat atas bangunan tu bella cakap kat HB... waaahhh macam dalam cerita goku. Ala.. cerita cartoon dragon ball. Favorite gile.teruja...hahaha.Cara nak ke sana: MRT Raffles place. 


Kampung Arab (Arab Street/Kampong Glam) Terletak di North Bridge Road. Di daerah ini terletak Masjid Sultan (Sultan Mosque) dan Malay Heritage Centre. Cara ke sana: MRT stesen Bugis. Sangat terkenal kat sini dengan kain baju nya. Macam masjed jamek jugak la.. Tapi sini USD yer...  jadi harap maklum. Haritu bella tak sempat la datang sini. Tak tahu la murah ke mahal.
tempat menarik, singapore, singapura, kampung arab singapore

China Town Daerah ini merupakan pusat segala barang-barang yang memiliki ciri khas budaya China. Mulai dari baju khas cina untuk wanita yang biasa disebut cheongsam hingga toko obat China yang menjual segala macam obat khas China. Juga tidak ketinggalan restaurant Chinese food yang menawarkan hidangan yang sangat menyelerakan.Tempat menarik: Kuil Thian Hock Keng, Pura Sri Mariamman, Smith Street Wet Market, Food Street. Cara ke sana: MRT stasion Chinatown atau Outram Park.
Informasi penting

  • Jam buka : setiap hari jam 11.00-23.00
  • Situs web : www.chinatown.org.sg
  • Kategori : pasar jalanan, bazaar, pasar loak, barang bekas
  • Fitur : nuansa mewah, barang murah, nuansa indie, produk lokal.



china town, tempat menarik, shopping, singapura



Little India Terletak sepanjang Serangoon Road. Tempat ni macam pusat orang india kat sini la.Tempat menarik: Masjid Abdul Gafoor, Kuil dan Pura. Cara ke sana: MRT stasion Little India dan Farrer Park. Menarik ke?? Bella tak pergi pun. Tak sempat.


MUSTAFA CENTER  Tempat ini lebih kurang macam mydin kat malaysia.Kira murah la.Terletak di Syed Ali Road di kawasan Little India dan dibuka 24jam. WOW! kat Malaysia ader? hehehe. Jadi korang pergi je tempat-tempat lain dulu. Pastu bolehlah over night disini. Kat dalam ni boleh di katakan semua barang yang hendak dibeli ada. Kalau takda complain kat sini. Sure ada punyalah. Macam mydin. Cuma kemas sikit la. Terkenal sebab perfume yang murah-murah. Tapi sedih bebenor bella tak sempat pergi sebab ada kejadian yang tidak diingini berlaku. isk..isk.. takda rezeki sangat. Bella target sangat dah nak beli perfume kat sini. Cara ke sini MRT little india.

Mustafa center, haji mustafa, Shopping di singapore
 

Katong Terletak di East Coast Road dan joo Chiat Road, tempat jajanan makanan yang menarik dari pelbagai tempat. Cara ke sana: MRT stesen Paya Lebar atau Eunos. Tempat ni macam glamor ngan makanan. Jadi bella tak pergi sebab makanan kan? takut sgt tak dapat bezakan yang mana halal dan yang mana haram. Jadi bella tak pergi. Setahu bella yang paling famous kat sana cuma restoran zam-zam. Tu je. Tapi sekarang tak perlu ke singapore, restoran tu dah ada kat malaysia.

singapore, singapura, katong, makanan singapore



City Hall dan Padang Terletak di antara Connaught Drive dan St. Andrew’s Road. Lapangan luas tempat bersejarah berdirinya negara Singapore.Rasanya kalau limited time datang kat singapore ni, Tak perlu kot ke sini. Setakat bangunan sejarah dan mall, tak berbaloi la. Bagi bella la. Tapi ikut korang la kalau nak pergi juga. Cara ke sana: MRT terdekat stesen City Hall.

Bideford Junction Crosswalk Terletak di daerah Orchard, antara Paragon, Park Hotel at Orchard, Meritus Mandarin Hotel dan Ngee Ann City. Setiap hari mulai pk 19.30, setiap 30 minit lalu lintas di Bideford Junction akan berhenti selama satu minit. Selama waktu ini, daerah itu disirami oleh empat skenario tata cahaya yang mempesona, yaitu: “Singapura Kota Taman”, “Berjalan Di Air”, “Aurora (Cahaya Kutub Utara)” dan “Langit Malam Berbintang”. Tapi bella tak sempat nak merasai suasana ini sebb bella tak bermalam di singapore. Bella bermalam di johor. Ada ke yang pernah tgok suasana ni? Share sikit. Kalau cantik sangat leh la bella pergi lagi rasai sediri. Picture di bawah pun sumber dari google. Cantik an??Cara ke sana: Stasion MRT Orchard.

singapore,bideford junction crosswalk

Carlsberg Sky Tower Terletak di sebelah cable car ke pulau Sentosa. Carlsberg Sky Tower memberikan pemandangan ke seluruh kota Singapura, Sentosa, Southern Islands bahkan Malaysia dan Batam dari ketinggian 130 meter. Tiket masuk S$10/ dewasa dan S$6 (Anak 12 tahun ke bawah).Sini pun bella tak tertarik nak pergi sebab time bella naik kat melaka tu, feelnya takda la best sangat.Sebab dah merasa naik jadi bella tak naik la sebab bella tak pergi ke pulau sentosa tu.

singapura, Singapore, Carlsberg sky tower


DHL Balloon Terletak di Tan Quee Lan Street, Bugis. Belon ini merupakan salah satu yang terbesar di dunia. Belon ini dapat membawa 29 penumpang dan terbang sampai ke ketinggian 150 m, untuk menyingkap sebuah pemandangan kota yang mempesona seluas 360 darjah. Selama 7 – 10 minit, kita akan terbang melihat seluruh pelosok kota. Jam Buka Isnin s/d Minggu: 11.00 s/d 21:30. Tiket masuk: Dewasa SGD23, anak-anak SGD13 (3 – 12 th), Anak-anak di bawah 3 tahun SGD2.Sebenarnya bella tak tau la benda alah ni wujud atau tidak. Bella adalah pergi ke stesen bugis ni. Tapi tak taulah ada tempat menarik lain selain dari bugis street. Bella pergi dulu, Barulah bella buat artikel ni. Sebab senangla bella nak bagi review bella kat negara singa ni. Sape yang pernah naik belon ni, angkat tangan dan cite kat bella. Daripada naik belon yang tak seberapa ni baik shopping kat bugis street tu. Dah dekat dah. hehehe. Cara ke sana: Naik MRT dan turun di stesen Bugis (EW12) lalu berjalan ke tanah lapang di samping 7th Storey Hotel.

BUGIS STREET  Tempat terkenal yang menjual barang barang murah di singapore. Kira barang2x cendarahati patutlah di beli di sini berbanding tempat lain. Kira $10 dapat t shirt la. Boleh la dari takda. Bella kat sini pun shopping T-shirt 3 helai. $10 jer! tapi seriusly nipis la. Hadiahkan kat mak pun mak tak sanggup nak pakai. Hehehe. Keychain cecantik. Tapi HB tak bagi beli. Bella kata murahnya5x. Tapi HB kata mahal. Cane???? tiap kali nak beli converted ke RM. Memang tak dapat beli apa la. Tapi bella beli banyak juga la.Nasibla, Kang teringat2x kat mah susah.Cara ke sana MRT bugis. Tinggal pilih saja.

By Bus

SBS Transit7 , 12 , 63 , 80 , 175 , 197
SMRT Buses : 190 , 61 , 851 , 960 , 980 , NR7

Bugis street, singapore, singapura


Orchard Road Singapore Tempat terkumpulnya segala barangan yang branded gile macam Louis Vuitton, Prada, Channel dan bermacam- macam lagi la yang bella tak mampu nak beli, dan beli nak taip semua terasa bella ni miskin plak. hahaha. gurau2x. Syukur la apa yang ada. Tapi nasihat bella, korang pergila time hujung tahun. Sale gegila. Kalau time lain boleh juga kalau mampu.Bella pergi pun setakat bergambar kat situ jela. Terasa.. ketidakmampuan bella bila berada di sini. Jadi singgah jap je la. Ok la ambik aura kekayaan. Cara ke sini mrt stesen orchad.

Orchard road singapore, shopping singapore


G-Max Reverse Bungy Bungy pertama di Singapura.Dibuka Isnin Till Khamis: Kul 3 hingga 1 pagi. Tiket masuk $40 per orang. Lokasi di Clarke Quay, River Valley Road. Menarik ke? Tepuk dada tanyalah selera. Bella roller coaster pun tak naik. Naik yang benda berpusing kat sunway lagoon pun menangis. Tak taula kalau naik benda ni. Bella tak kan naik. Sorry. Tengok picture pun dah meremang. Jadi bella just bagi information sikit la. Yang bungy ni ada di singapore. Kat Malaysia pun ada. Kat sunway lagoon tu.Cara ke sana: Naiklah MRT lalu turun di stasiun Clarke Quay, keluar di Eu Tong Sen Street lalu belok kiri dan menyeberangi Coleman Bridge.

G-max reverse bungy sinpapore. bungy


Singapore Flyer (Kincir Angin) Terletak di Marina Bay, dengan diameter roda hingga ketinggian 165 meter. Kita dapat menyaksikan pemandangan Singapura, seperti Marina Bay, Gedung Esplanade, Pulau Batam, dll. Dibuka setiap hari dari pk. 8:30 s/d 22:30. Lokasi di Raffles Avenue. Dekat i-city pun ada. Hehehe. mesti nak comparekan dengan Malaysia.Cara ke sana: Naik MRT ke Stasion City Hall, jalan kaki ke arah Marina Bay.

Kincir angin, Singapore flyer


Singapore Science Center Memiliki sekitar 850 lebih interaktif yang menggambarkan keajaiban dan keindahan ilmu pengetahuan. Selain itu ada juga Kinetic Garden iaitu taman iptek interaktif luar-ruang pertama di Asia. Selain galeri pertunjukan utama, Omni-Theatre merupakan biskop dan dilengkapi Virtual Voyages Simulation Theatre dengan 18 kerusi, tempat para penonton mengalami fenomena iptek secara visual sekaligus fizik, dengan sebuah kisah petualangan selama 15 minit. Bella rasa tak menarik. Jadi bella tak singgah. Tak cukup masa plus bajet ciput. Banyak tempat lain nak kena pergi.

DiBuka : Setiap hari dan hari cuti sekolah, kecuali Isnin. Antara jam 10.00 pagi sampai 18.00.
Tiket Masuk: Dewasa SGD 6, kanak-kanak (di bawah 16 tahun) SGD 3, lansia SGD 3.60. Pertunjukan Filem Omnimax: Dewasa SGD 10, kanak-kanak (3 sampai 12 tahun) SGD 5, lansia SGD 7. Film IMAX DMR: SGD 12 per orang (hari kerja), SGD 15 per orang (akhir pekan/hari cuti umum). Lokasi: Science Centre Road, Jurong East. Cara ke sana: Naik MRT ke Jurong East Station (EW24/NS1) lalu naik bis SBS nomor 335.


Ski 360° Ski kabel (atau main ski tapi pakai kabel) adalah ski air yang ditarik oleh sebuah kabel di atas. Kecepatan laju kabel tersebut sama sekitar 58 kilometer perjam (sama seperti kecepatan speed boat).Bella tak berani. Takut tercampak. Lagipun takda kemahiran ni. Tapi boleh la cuba kalau berani dan yakin. sebab permainan atau sukan ni macam takda di negara kita. Dibuka: Isnin – Jumat: 10.00 s/d 22.00. Sabtu, Minggu, Hari Cuti: 9.00 s/d 22.00.
Lokasi: East Coast Parkway Singapore. Cara ke sana: Dengan Bas: 401 dari Bedok Interchange.

Ski 360, singapore, Ski kabel


PULAU SENTOSA Pulau ini dikenali Pulau Belakang Mati. Bolehlah merasai pengalaman melalui jambatan gantung dan melihat keindahan tiga pantai indah di Pulau Sentosa iaitu  Siloso, Pahlawan dan Tanjung. Perkhidmatan keretapi percuma ada disediakan untuk pusing-pusing di Pulau ini.Dengan bayaran SGD 3 saja ia termasuk tiket pergi-balik Sentosa Express dan bayaran masuk ke Pulau Sentosa. Bayaran tambahan lain dikenakan sekiranya anda ingin mencuba permainan seperti memandu luge iaitu sejenis kenderaan kombinasi antara go-kart dan toboggan atau masuk Underwater world dll.Cara ke sini dengan menaiki MRT dari stesen Orhard Road ke stesen Dhoby Ghaut. kemudian memilih Line Unggu untuk ke Stesen Harbour Front, naik pula Sentosa Ekspress dari tingkat 3 Vivo City untuk sampai ke Pulau Sentosa.

Pulau sentosa, Singapore, Singapura


Song of The Sea Berlokasi di laut pulau Sentosa, pertunjukan ini menampilkan permainan api, laser, jet air, ledakan lidah api dan pencitraan komputer dilengkapi dengan lagu-lagu. DiBuka: Setiap malam, 19:40 dan 20:40. Tiket Masuk: SGD 6 (dewasa / anak-anak). Lokasi: Beach Station. Pulau sentosa.

Song of the sea, singapore, singapura


Okeh!!! nilah tempat-tempat yang bella rasa agak menarik.Ada lagi tau bella tak sebut. Kalau korang nak lawat semua tempat ni memang tak cukup 3 ari la.Bella pergi USS pun sehari tak cukup. Serius. Jadi 80% tempat - tempat menarik di singapore atau singapura yang perlu korang pergi dan jejaki. Tapi kalau tak kan pergi semua pun takda orang paksa pun. Hehe. K la.. salam sharing is caring..

with love. Bella-idura.

sila la clik untuk mengetahui Apa ada di universal studio singapore ..

You Might Also Like

23 ulasan

  1. Sudah jalan2 disni sambil follow awak isabella..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih daun keladi. Pas ni sila datang lagi.

    ReplyDelete
  3. yоu're in reality a good webmaster. The site loading pace is amazing. It seems that you are doing any unique trick. Also, The contents are masterwork. you have done a fantastic activity in this topic!

    Feel free to visit my blog - Same Day Payday Loans

    ReplyDelete
  4. hi sy nk tanya pendapat kalau nk masuk dengan kereta dr johor mudah x..hotel yang sesuai unyuk kita menginap di singapore apa ye

    ReplyDelete
  5. shariena syukriena cuba check entry yg ni untuk pengangkutan kena sana..
    http://isabellaidura.blogspot.com/2013/02/bajet-pengangkutan-untuk-ke-singapore.html

    ReplyDelete
  6. cik puan bella, kalau hendak ke marina bay sands stesen mrtnya adalah Bayfront (circle line mrt). stesen ini berada betul-betul dibawah bangunan marina baysands. dari sini kita boleh ke skypark, shopping mall, gardens by the bay dan banyak lagi...

    saya sekadar kongsi info... tq

    ReplyDelete
  7. ada tak guard boleh hantr kita kesana??????? please reply me by emel inna1290_yoong@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. ada...tour guard. Mestilah ada.. Ada duit suma jadi... Mahal sikitla. Lagipun buat apa nak gunakan tour guard. Naik mrt jalan sikit sampailah ke tempat semua ni.

    ReplyDelete
  9. bagus gila blog awk.... 9hb mac ni saya g singapore..blog awk sgt sgt bergunaaaaaaaaaa/////

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious ke mia? Thanks..rasa di hargai amat. Dah jadi kawan ke lum? hehehehe.. jangan lupa yerk.

      Delete
  10. entri yang sangat bagus. lengkap dengan panduan stesen MRT dan bas. terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  11. wah bestnyer..tgu mase nk pergi dgn kawn2 jer neh.. huhu.. btw done folo sini #246, jemput singgah yer ke blog sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. appreciate sanggat jadi kawan saya yg ke 246. Pergila. Selamat je.

      Delete
  12. Info yg menarik.Sgt membantu,tq
    diyanarazim.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Salam sis..saya nk tnya if dari uss mcm mn nk ke tempat2 menarik yg lain? Mrt mmg berdekatan area situ ke? Bleh x sis bgtahu cara nk ke tempat2 menarik jk dari uss? Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya xda. Sebab saya pergi sana pun naik bus. Lgpun di uss tu..hiburan dia sampai mlm. Awak pergila ke pulau sentosa. Kalau x..kena keluar dr uss tu.naik taxi.

      Delete
  14. pulau sentosa cocok untuk liburan
    thanks infonya...

    ReplyDelete
  15. https://www.facebook.com/kalumpangresort?fref=ts

    019-384 0838 (Mr.Fahmi)

    ReplyDelete
  16. mustafa center, belanja 24 jam nonstop
    info menarik nih thanks

    ReplyDelete
  17. bugis street memang tempat belanja untuk oleh-oleh
    informasi menarik terima kasih

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.