Monday

Asean Musical Extravaganza 2015

Hari ini beruntung sangat Bella sebab dijemput oleh Yaya Cendana dan Group Feratics Movement & Volunteer untuk sama-sama menyaksikan Asean Musical Extravaganza 2015 yang berlangsung di MATIC. Nama pun Asean Musical kan? Jadi, boleh dikatakan semua Negara Asean mengambil bahagian dalam persembahan Musical ni. Hebat!! Lebih 10 Negara yang mengambil bahagian adalah seperti Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Myanmar Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam dan tidak ketinggalan MALAYSIA.

asean muzikal

Bella baru pertama kali menyaksikan dan berada dalam dewan musical macam ni. Perasaan tu rasa macam TERUJA. Lebih puas hati dan jelas. Lagi lah dewan ini sangat terhad dengan penonton. Bertuah sungguh rasa. Bagi Bella program Asean Musical memang bagus untuk kita.Rakyat Malaysia dapat mengenal dengan lebih dekat budaya negara Asean yang lain. Menarik.
   
ASEAN MUSICAL 2015

Bella datang dah pertengahan persembahan sebab sesat teruk. Bella terus dipertontonkan dengan lenggok dan alunan suara yang lemah gemalai dari Negara Indonesia. Terpukau! Baru bella tahu Musical ini macam mana. Menggunakan peralatan asli dan tradisional. Semuanya mereka harus melakukannya ketika itu dan masa itu juga. Mesti hari-hari berlatih ni. Hendak buat persembahan dengan penonton walaupun 10org pun dah gementar. Lagilah.. depan orang-orang besar dan siaran langsung lagi. Gerun. Salah tak boleh baiki. Bella plak yang lebih-lebih.


Wakil dari SINGAPORE pula, memukau penonton dengan hanya menggunakan peralatan muzik seperti seruling, biola dan alatan muzik yang lain dan yang pastinya tiada alatan muzik moden. Alunan dan gabungan muzik yang menghasilkan lagu Can Ma Li Can amat menarik perhatian Bella dan memaksa Bella menggoyangkan kepala mengikut rentak. Amat comel bunyinya. 

Asean Musical extravaganza 2015

Persembahan diiringi dengan beberapa tariaan dan apa yang menarik perhatiaan Bella adalah persembahan dari Philippine ini. Pada permulaan penyanyi ini menjelaskan yang dia akan menyanyikan sebuah lagu tradisional rakyat Philippine yang bermaksud berkat. Be yaya.. lebih kurang macam tula bunyinya. Bila dia nyanyi punyalah merdu dan menusuk jiwa. Penyanyi latar turut memainkan peranan dengan menjadikan lagu lebih sedap. Lagu ini asyik teriang - iang saja ditelinga Bella. Be yaya..be yaayaa.. be yaaayyaa... yaayaa...  Bangga Yaya Cendana. Hhahaa.

MUSIKAL, JAMAL ABDILLAH

Kemuncak persembahan diakhiri dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah. Suaranya tetap power macam dulu. Sungguhn mengasikkan. Datuk Jamal Abdillah menyanyi dengan sungguh tenang, dan suraranya tetap sama macam dulu. Maintain jer.. Feel dan rasa tengok di TV tu lain tau. Musical, korang leh tengok keadaan sebenar Dato Jamal tu menyanyi macam ne. Cover terlupa lirik macam ne. Haaa pengalaman baru kot.
                                           

Pada pendangan Bella sendiri. Muzikal macam ini amat perlu diperluaskan dan didedahkan kepada umum lebih - lebih lagi kepada anak muda masa kini. Remaja zaman sekarang lebih berminat melihat nyanyiaan di You-Tube dan sebagainya, dan mereka mengangap muzikal sebegini tidak menarik dan kuno. Lebih baik korang baik anak korang lihat sendiri muzikal sebegini yang begitu indah dan teliti penghasilannya. Bagi sesiapa saja yang tidak pernah melihat muzikal, pergi lihat dulu dan barulah boleh bagi ulasan dan pandangan. Jangan main cakap saja yang muzikal dan teater membosankan. Tengok  dulu dan rasai pengalaman itu. Mesti korang jatuh cinta nak tengok selalu. 

OK.. pasni ni kita tengok sesama tau...

3 comments:

  1. assalamualaikum...kak bella...tq kak bell..ada lagi event best nanti kak bel join lg tau...
    Welcome to The Feratics Club :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Bella & suanni, Firdaus sbb sudi dtg luang masa layab muzikal dr negara2 ASEAN..


    Bukan The Feratics Club tp The Feratics Family..hehe erm kitaorang tak anggap kelab tp anggap keluarga..hehe..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Bella & suanni, Firdaus sbb sudi dtg luang masa layab muzikal dr negara2 ASEAN..


    Bukan The Feratics Club tp The Feratics Family..hehe erm kitaorang tak anggap kelab tp anggap keluarga..hehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari