AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Sunday

Majlis Perkahwinan Di Resort Agrofarmstay-Skilltech

Salam semua...

Adat dijunjung, agama dijulang. Pernah tak dengar peribahasa tu? Haaa... ini amat berdekatan dengan majlis perkahwinan. Hmmm ada tak bakal-bakal pengantin kat sini? Korang dah ada perancangan dah dimana korang nak buat majlis perkawinan korang? Perkahwinan kan seumur hidup orang nak sekali je.. tapi... tak tau la kan, kalau ada lelaki di luar sana yang memang mengimpikan bersanding 2 hingga 4 kali. Bella x masuk campur yer.. hahaaha.

Ok. disini Bella ada cadangan supaya korang masukkan Agrofarmstay diantara tempat majlis bersejarah korang tu. Tempat ini lebih privacy dan aman. Bakal2x pengantin yang mahukan majlis yang jauh dari bandar, jammed, bau asap kereta tapi memang asal di bandar dan mahukan majlis yang tenang dan dipenuhi alam semula jadi?? disinilah tempatnya..http://agrofarmstay.my/ klik je. 
Jom kita bersama- sama ke MAJLIS PERKAHWINAN DI RESORT AGROFARMSTAY -SKILLTECH.

Agrofarmstay melaka

Perjalanan Bella mengambil masa dalam 2jam. Jauh gak? tapi xpe..amat berbaloi. Sampai saja disini, kami dilambai2x dengan kehijauaan dan ketenangan alam.Gitew.. hahahahaa... sebab best kan. Rasa teruja dan seronok sangat2x sebab nak g makan kenduri. Plus.. kenduri yang lain dari yang lain dalam Agrofarm tau. Ne ada orang pernah terfikir kan?

PERCUTIAAN KELUARGA

Yeahhhh!!! Sampai juga Bella akhirnya. Congratulation kepada suami tercinta sebab berjaya bawa kami kesini..Yeaaaahhh!!!!. Bila korang ikut waze tu, waze cakap "in 100m you will arriving" perlahan sikit tau. Sebab takut korang terlepas simpang masuk sini. Signboard ada cuma kalau korang drive terlalu laju mesti terlepas punya la. Bukan Bella seorang je yang telepas. Boleh dikatakan semuanya pun terlepas. Jadi x nak la berlaku kat korang kan? Sila perlahankan kenderaan anda ok...



Selepas makan, Bella pun berjalan-jalan la melawat kawasan. Sekali ternampak pelamin nan indah di tepi swimming pool. Pelamin ini adalah ilham dari Ilham katering. cantiknya!! simple
and sweet. Bella suka sangat dengan kombinasi warna dan gubahan bunga tu. Cantik kan? Bella cerita sikit la pasal Ilham katering & Galeri perkahwinan ni OK..

Ilham katering & Galeri Perkahwinan ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah bertapak lebih 5tahun dalam perkhidmatan katering. Ilham katering bukan saja menyediakan perkhidmatan khidmat katering, dorang juga ada menyediakan kanopi, andaman, kompang, DJ, Karaoke sehinggalah menyediakan doorgift. Korang pilih je bajet korang berapa, apa yang korang nak..pas tu bincang dengan Ilham katering..sure puas ati. Paling best korang boleh tempah perkhidmatan ilham katering min 100px.

katering pengantin

Taraaaa.. comel x? Tadi bila pelamin waktu malam. Sekarang waktu siang pula. Pengantin comel.. Baju pengantin cantik. Mengamit kenangan sungguh. Seriously combination warna yang sangat comel. Personally Bella suka sangat. Korang boleh mempercayai Ilham katering & galeri perkahwinan ini. 100% milik bumiputera dan memang bermula dari bawah. Terbaik...Pengantin ni datang untuk buat photoshot outdoor sekali.Sebab kat sini banyak sangat tempat-tempat menarik yang boleh kita abadikan dalam album perkahwinan kita.

Owh lupa plak.. bagi yang nak gunakan khidmat ilham katering & galeri perkahwinan bolehla lawati

website   : ihlamkatering.wordpress.com
FB         : IlhamKateringGaleriPerkahwinan
Tel         : 019-686 8889

Perkahwinan di Agrofarmstay

Pengantin yang kita raikan pun sudah tiba. Apalagi.. ahli persatuan silat dari UTEM pun mula beraksi. Sangat lincah. Semua tetamu hadir terngaga dengan kelincahan aksi dorang. Pastu paling best..ada ahli perempuan. Salute korang la. Dulu Bella pun ada masuk jadi ahli silat gayung. Pastu kuar. Takut la... Boleh la sape2x yang berminat untuk menggunakan khidmat dorang sekitar Melaka. Pencak silat ni ada group. Tapi closed group la pulakk.. hari tu lupa Bella nak tanya.. cara nak hubungi dorang. Tapi xpe, Bella dah request dah join group. Kalau dapat maklumat je Bella terus update. Ok?


Nilah pengantin yang ditunggu-tunggu. Segak berpakaiaan tradisional melayu. Baju ini dah berusia lebih dari 25 tahun tau.Pakaian pengantin adalah dari AZ Designer's boutique ..Pelamin yang cantik ini pula dari Noris andaman. Sila lawati laman FB Noris andaman untuk melihat pelamin yang indah2x.Menurut Pak andak, baju dan pelamin mereka amat digemari oleh orang luar kerana amat menekankan adat resam melayu. Jadi kita harus berbangga, bila kahwin pakai pakaian tradisional melayu bukan mengagungkan baju dan tradisi negara luar. Orang luar negara berebut-rebut nak pakai baju tradisional kita. Tengok la pengantin tu, cantik sungguh.


Apa yang menariknya di Agrofarmstay ini, korang bakal-bakal pengantin boleh la memilih untuk membuat majlis korang gaya apa? Ala taman? Agrofarmstay ada kawasan yang lapang dan cantik untuk menjadikan impian korang berjaya. Ala2x moden dan mewah? Agrofarm boleh menyediakan pelamin seperti diatas yang disediakan betul2x di depan kolam renang. Waaa mesti tetamu pun teruja. Lebih privacy dan berprotokol? Agrofarm ada dewan lily dan dewan palma. Tinggal pilih saja konsep yang korang mahukan..


Comelkan? hahahaa puji diri sendiri. Tengokla pelamin yang sweet ini. Ini amat sesuai untuk dijadikan pelamin majlis bertunang. Trend sekarang kan? Betul2x depan pelamin ni adalah swimming pool. Jadi konsep dia takdelah semua orang berebut2x serbu korang dihari bahagia korang tu kan.. hanya orang yang penting saja datang dan sarungkan cincin..yang lain sila duduk ditepi2x saja.Haaaa korang pun xda panas sangat.


Balik je dari kenduri mesti dapat gift kan? Bella dapat banyyaakkk sangat. Semuanya sedap2x dan yummy!! bella ada botol kacang yang comel dari Hanna Homemade. Hanna homemade bukan sahaja ada gift untuk perkahwinan,untuk apa-apa majlis sekalipun dorang boleh sediakan. Selain dari kacang, Hanna Homemade ada pretzel, marshmallow, almond rocher dan jelly beans. 100% bumiputera. Hanna Homemade sudah lebih 5tahun dari bidang ini.

Hanna Homemade boleh dihubungi tel : 017-2255085  atau instagram : @hannahomemade

OWH!!! ada coklat juga dari Hanis Fancy Chocolate!! Ia adalah coklat homemade tau. Sama juga dengan menggunakan tagline spread the love korang boleh la menempah untuk sebarang majlis. 100% milik bumiputera jadi status halalnya x usah dipertikaikan lagi. Rasanya pula enak.Tu paling penting.

Boleh terus hubungi umi rania : 017 7938510 FB : Hanis Fancy Choclate Insta : @hanisfancychoclate

Lastly bella dapat dodol masyhur.. waaa nama pun masyhur. Istimewanya mengenai dodol ini, ia menggunakan resepi turun temurun dari melaka. Resepi kampung tau.Dorang dah usahakan perniagaan dodol ini hampir 20tahun. Cara masaknya yang menggunkan kayu arang menjadikan dodol ini sangat istimewa. Bahan-bahan utama seperti santan hanya dari yang segar-segar saja dan menggunakan gula melaka, tiada penggunaan gula pasir disini.

Dodol masyhur juga digodak ataupun dikacau secara manual. Letih tuh!! hurmm jadi kena makan pelan-pelan hayati rasa dodol sebenar. Korang juga boleh order untuk apa saja majlis. Pattern, harga, bungkusan macam ne korang nak.. boleh request. Dorang akan ubah mengikut kehendak korang. Syok kan? Jadi orang bandar semua..cubalah idea ni. Bagi doorgift dodol plak. Bagi anak kita tahu adanya makanan tradisi orang melayu yang bernama dodol.Menarik kan?

Boleh hubungi : 017 3769592   FB : Dodol Masyhur


Ok.. bagi sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis disini boleh la hubungi 

Agrofarmstay di FB : Agrofarmstay at Skill-Tech
Website : www.agrofarmstay.com
Address : Resort Agrofarmsaty @ Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap 76100 Durian Tunggal,Melaka.
Tel : 012 2118246

Ok..buat semua yang merancang dan sedang mencari-cari kelainan bagi majlis perkahwinan korang.. bolehlah menyenaraikan Agrofarmstay sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk majlis bersejarah korang tu.. Semoga bermanfaat!!!...

4 comments:

  1. bella.. macam dah janji dengan pengantin kaler baju sama.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. nasib orang x salah ingat saya yang pengantin. hahahaha

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.