Jom Makan Di Cafe Uncle Sam Seksyen 15

Salam Sayang semua, hari ini Bella nak share pasal makanan!! Hah?? tengah diet? Takpe, korang makan la sikit - sikit,  ataupun makan lauk j...

Salam Sayang semua, hari ini Bella nak share pasal makanan!! Hah?? tengah diet? Takpe, korang makan la sikit - sikit,  ataupun makan lauk je. Tapi, rugi la. Bella pergi pun tak jadi nak diet. Makanan semua sedap - sedap. Rambang mata nak pilih. Bella nak ajak korang cuba masakkan di Cafe Uncle Sam!! Cafe ini terletak di Shah Alam seksyen 15. Korang cari saja Petronas Seksyen 15, lepas nampak petronas tu, belakang tu ada simpang masuk kanan korang akan nampak Cafe Uncle Sam. Apa lagi? Jom Makan Di Cafe Uncle Sam Seksyen 15.

cadangan makan, sedap

Inilah Cafe Uncle Sam. Dalamnya teratur dan cantik. Cafe ini asalnya kecil saja dan dibina hanya untuk orang-orang setempat saja. Lama kelamaan respon yang diterima semakin baik dan sambutan yang diterima juga semakin meningkat, jadi dengan permintaan yang tinggi ni, dari sebuah kedai kecil uncle sam dan partner nya membuka sebuah cafe. Maknanya memang sedaplah kan? Dari kedai makan kecil menjadi Cafe. Walaupun cafe ini baru beroperasi 4bulan..tapi sebenarnya uncle sudah amat terkenal di kawasan ini. Jadi don't worry. Pasti puas hati.

kedai makan sedap di Shah alam

Makanan terdiri dari western food, malay food dan juga Chinese food. Segala yang kamu mahu ada disini. Ok.. jom intai apa yang special!!

makanan sedap di Shah Alam

Ini memang lain dari yang lain dan tiada dimana-mana cafe. Chicken Chop Uncle Sam. Boleh dikatakan signature dish kat sini. Kelainannya , kerabu mangga yang diletakkan diatas Chicken Chop. Uncle Sam ini sangat hebat dalam membuat kerabu mangga, jadi dorang olah - olahkan kerabu mangga menjadi pelbagai resepi sehingga terjadi nya resepi yang istimewa ini. Istimewa dan yummy! Even member Bella yang cerewet tu memula tak nak makan, sekali dah suap tak abis - abis memuji. Sedap! 

kedai asam pedas sedap, kedai shah alam

Ini Asam Pedas Nyonya. Rasanya berbeza dengan yang korang masak sendiri. Memang terus menjadi makanan kegemaran Bella dekat sini. Pedasnya ngamcam!! sebab bila korang suap saja masuk kedalam mulut, pedasnya sampai menitik air hidung.. hahahhaha.. hot abisss... Bella memang suka masakan yang pedas ni. Kalau korang jenis yang tak makan pedas, tapi teringin nak rasa, makanlah dengan kicap. Gabungan kicap ngan asam pedas ni Pasti buat bontot korang terangkat. Ikan yang digunakan pun tak hanyir dan lembut. 

kedai makan shah alam, kedai sedap

Apa yang istimewa lagi, cafe uncle sam ini menjual air botol keluaran 100% bumiputra. Pop The Soda namanya. Dari korang minum air bergas yang tak tau sumbernya tu, baik korang cuba air ini. Bella cuba air perisa durian belanda. Banyak lagi perasa. Tinggal pilih saja. Ada mangga, pisang dll. Airnya tidak terlalu sedap. Just really nice.

kedai makan sedap shah alam,

Yummy!!! ini adalah air pilihan ramai. Bella memang gilakan kopi. Tandingan antara air berwarna putih, iaitu kelapa shake dan coffee ice. Mana satu pilihan korang? Nasib Bella datang berdua.  Bolehlah Bella rasa kedua-duanya sekali dan hirup!! Walla wei.. rasa kopi yang betul - betul kaw! Coconut lover, you all should try. Best seller drink at uncle sam cafe. Ramai yang pas minum terus say i love you kat coconut shake ni. 

kedai makan sedap dan murah di shah alam


Wantan mee memang kegemaran Bella sepanjang masa. Ini wantan mee dry. Bila Bella dengar je ada wantan mee dalam menu, terus bella Pesan. HB dah menjeling takut Bella tak dapat abiskan. Mestilah abis. Sedap ok. Wantan mee di rendam sikit dalam kicap cair, dan di hidangkan dengan cili kicap dan sup bebola. Masa taip ni pun telan air liur je ni. Sedap. Mungkin kena dengan selera Bella. Bila nak repeat lagi ni.

kedai makan murah shah alam

Ini menu terakhir yang Bella order. Marah diri sendiri. Suruh stop. Kalau tidak, abis satu buku Bella order. Yee Mee Cantonese. Yee Mee la bella hirup sikit - sikit sambil bersembang. Nikmat sungguh. Yee mee ni tak pedas. So, korang rasa dulu, kalau nak pedas sila minta cili kicap. Memang mengancam lepas tu. Tak tipu langsung. Masa Bella datang ni waktu malam. Kedai bahagian depan memang dah penuh. Kalau hari minggu lagilah penuh. Harganya pun amat berpatutan. Dari rm2-rm23. Rm23 tu pun steak.

Kedai ni beroperasi sampai kul 11 malam. Pekerjanya pun baik - baik belaka. Korang yang pertama kali datang, tak tau nak makan apa, tanya je menu yang paling meletop kat sini apa. Mesti dorang akan suggest kan yang terbaik untuk korang. Tak puas lagi? Feel free and just check it out!!

Facebook : unclesam15

Instagram : @15unclesam

Alamat    : 
Tel no : 019-481 1844

Okey.. sampai disini dulu perkongsiaan bella. Banyak lagi makanan Bella tak cerita kat sini. Lain kali kalau Bella datang lagi, Bella kongsikan yang lain pula ok. Semoga bermanfaat. 

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Uncle sam pnye makanan memang terbaik. Saya slalu g mkn kt sane.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. memang nak makan selalu kat sini tapi duduk jauh. Payahhh... sedih jer...

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.