Saturday

Pengalaman Ke Pulau Pangkor

Salam sayang semua....Ari ni bella nak share mengenai satu pulau yang tidak asing lagi iaitu PULAU PANGKOR. Sebenarnya pulau pangkor turut tersenarai antara pulau yang terkenal dikalangan rakyat malaysia. Bella dan kengkawan pun ambik kesempatan nak pergi ke Pulau Pangkor.

bercuti ke pulau pangkor
Ke pulau pangkor kena la naik ferry. Berebut-rebut plak tu. Renyah giler. Sape nak nak ferry kena la bawak barang yang perlu je yer.. limited. Senang la sikit nak mencelah. Kalau terlepas ferry nak beratur menunggu lagi la jawab nya.. fuhhh!! tak tahan.
Keadaan di dalam ferry. Kalau lambat, kena berdiri tau. Beg yang besar2x,semua dicampak dibahagian hadapan. Actually time ni kami dah malu. Ferry ni ada stop kat satu perkampungan untuk menurunkan penduduk setempat. Kami ingat dah sampai. cepat2x kami bangun. Sekali pehal semua orang x bangun. Kami je bangun dan berebut2x. hahaha. Sekali auntie tu kata next barulah pelabuhan kami. Malunya!!
Inilah terminal tu. Ni lebih kepada penduduk setempat. Nampak la perkampungan nelayan disini. Tapi tadi yang turun banyak kaum cina. Melayu langsung takda.hmm..

Sampai jugak la akhirnya terminal kami. Fuhh sangat jauh okey.. My dear boring je muka nak ferry.. sabo k..dah sampai sayang.

Welcome to pulau pangkor!! YEaaapppiii!! bestnya. Nampak macam cantik. Berbau la skit la. Kami kena tunggu the next trip ferry sebab group kami dah terpecah dua. Kami dapat naik ferry awai yang lain tertinggal. Hahhahaa...
Tengok la beg bella tu..besar giler kan. Hahhaha.. Kelako. My dear ikutkan je. Hahhaa..bella kata ngan my dear senang sikit, bella x mau angkut beg. Tapi ok sangat beg tarik ni..membantu sangat. Sebab jauh ferry tu ngan tempat parking.

Sampai je kat situ kami diberi pilihan untuk sewa moto atau kereta. Beria-ia My dear nak naik kereta. Sebab panas. Bella plak nak nak naik moto je sebab lagi murah dan senang. Tapi my dear beria2x nak naik kereta. Bella hangin la kat sini sebab my dear outsider plak yang beria2x nak bermewah2x padahal ni trip group bella. Kami dah bincang time kat office. Bergaduh la kitaorang. Lantak la semua tengok.


Kami sampai2x je penat giler. Terus tukar baju dan makan!! lapor sangat. Sementara tu kami jejalan la dulu.. tengok apa yang istimewa kat sini. Xda pe2x pun yang pelik.ahakas.. Oppsss ada satu yang rare okey???

Kami jumpa ELLA di pulau pangkor okey?? Dia asyik cakp je..sorry im smelly.. sorry.. Ella..you should know. You not smelly at all!! ok jer. Kami minat sangat kat ella okey.. Bella yang perasan dulu ckap..eh pesal macam ada orang cakp gaya macam ella yer?? membe cakap hish!! xkan ella datang sini kot? sekali tukang kedai tu kenyit mata bg signal tu betul ella. Pelagi.. snapping lerrrh!!!

Cari ole2x. Bella beli fridge magnet je. Apa lagi.. hahaha...

Morning!! pepagi kami dah bersiap sedia menerokai Pulau Pangkor! Kecik je. Pusing2 dah settle. Kawan2x naik moto,kami round2x naik kereta. Dorang rasalah angin pagi. Tapi kira ok gak. Takda la bella sakit pinggang.
Inilah kete sewa kami. Hahahaha. Buruk. Tapi mahal okey.
Kami singgah disini. Entah apa ntah namanya. Tapi didalam kampung tempat ni. Ok la.
Not bad kan?? Mungkin ada something history kat sini. Sebab ramai gak yang stop kat sini.

Selepas kami berjalan-jalan kita berhenti di tepi pantai untuk mandi manda sementara melakukan aktiviti seterusnya iaitu snorkling!! hmm excited gak. BUt... air laut ni macam x bersih la. Pas pulun2x mandi bella angkat tangan kotor. Dekat bulu-bulu roma ni sangkut macam minyak hitam. Entah apa entah. Then kami mandi kejap jela. My dear pun x bagi mandi lelama.
Tak nampak ikan pun.. hhaaaha.. susah nak nampak ikan kat sini. Puas cari. Pastu kalau ada pun seekor dua je. Hmmm...time ni panas gilerr plak tu. Have fun je r. Banyak batu kat sini.Bella tergelincir, luka teruk kat kaki. Sakit.

Kami bukan sahaja snorkeling dorang juga bawa kami round2x kat pulau tu. Kami berhenti kat satu pulau yang cantik. Pasirnya pun memutih. Sebahagian dari kami hanya berehat2x. Sebahagian lagi mencari port untuk memancing dah sebahagian lagi melompat-lompat mengambil gambr. Tetiba kawan kami seorang yang ikut group memancing tu jatuh!! tapak kaki dia terbelah. Dah la boat kami sudah pergi. Nasib membe bella ada no nya. Dan datanglah boat kecemasan ni. Laju giler dia bawak.

Tulah kawan kami yang sakit kakinya. Pastu kami duduk je la tepi pantai tu..x sempat nak mandi manda kat pantai yang cantik tadi. Kami hanya menghabiskan masa di tepi pantai ni saja. Walaupun airnya kotor. Last2x kami ambik keputusan untuk main ngan banana boat. Happy sangatla. Budak2x lelaki.. ayah budak, bapak budak semua happy.
Masalah naik banana boat ni plak.. boleh plak banana boat tu terbalik kat tengah-tengah laut tu. SubbahanaALLAH. Kan terjatuh. Budak-budak lelaki la.. sibuk menghenjut-henjut kan banana boat tu. Pastu time selekoh terbalik!!! yang perempuan, mengelupur la.. pe lagi. Tak tahu berenang. Time jatuh tu, kawan bella dia hempap jatuh atas bella. Sakitt sangat tengkuk.

Kawan bella yang perempuan lagi seorang dia panjat atas badan yang gurl lagi seorang lagi. Lemas membe. Bf dia marah giler sebab tenggelamkan awek dia.. acane kan.. bukan sengaja. Gabra. Pastu bella pun sama. Panik abis. Nak naik pun x boleh. Tengah2x laut tu. Sampai pakcik tu kata sorry2x. Padahal bella dah rayu2x kata jangan terbalikkan. Hampeh tol.


Okeylah... end untuk kami disini. Kami ambik pakej. Penginapan kami macam rumah gitew. Ada  6 bilik semuanya. Jalan depan skit jumpa laut. So far.. laut pangkor agak mengecewakan.. Sebab kami pergi bukan pangkor laut. Kalau pangkor laut mungkin lebih awesome. Tapi mahal la. Ok la tu. Mungkin nanti kalau diberi kesempatan kami ke pangkor laut pula..


bye2x semua.. sampai disini dulu yer...

ikhlas isabella idura.

Friday

Aktiviti Di Lost World Of Tambun

Salam semua... Hari ni bella nak korang semua tahu pasal satu tempat yang korang semua patut tahu..dan sangat di recommend kan untuk ke sini.

LOST WORLD OF TAMBUN..korang pernah pergi tak? Selalu sure pergi Sunway lagoon untuk mandi manda kan? Tambun pun korang kena senaraikan untuk next holiday korang.Tambun juga under Sunway. Best okey.. Complete la tempat ni bagi bella untuk family..Hari tu bella gerak ngan kawan2x bella. Tema kitaorang hijau. hehehe..bella pakai hitam sebab baju hijau semua dah pakai.. hehehe..gedik je. Nanti pic pakai baju yang sama..x best la. Hahahaha..unless tu baju favorite atau x perasan baju tu dah pernah pakai and post kat laman sesawang ni. hHeheehe..

Dalam tengah hari tu kami sampai di Lost World Of Tambun.Happy sessangat sebab dapat berkumpul reramai dengan kengkawan plak tu. Have fun gegiler la. Kami pergi drive la yer dari KL.tapi untuk pengetahuaan korang boleh naik pengangkutan awam ok. Naik ETS.Bella cite serba sedikit la yer..ETS ni under KTM memang ada perjalanan ke IPOH.. Dengan harga RM25, korang boleh pergi ke Lost World of Tambun. Perjalanan mengambil masa 2 setengah jam sahaja.Dalam train ni pun ada jual makanan kalau tak sempat nak membeli makanan sebelum bertolak. Cuma tak ada air sejuk je. Semua air panas. Pastu dari stesen tu korang kena naik bus atau teksi ke Lost World Of Tambun.Dekat je.
Kitaorang drive. Jadi pertengahan jalan kitaorang stop di perhentian tapah sebab kereta banyak jadi kena kumpulkan bagi sesama sampai di Lost World Of Tambun.Walaubagaimanapun!!! hehehe ada gak kereta yang tersasar dan terlepas. Aduii... Biasa la ni berlaku. Buat macamne pun mesti ada je yang sesat.Korang drive je menuju Ke Ipoh. Senang je nak cari tempat ni.
Last2x jumpa juga kami semua satu tempat. Apa lagi..Jom kita zoom in ke dalam.. jom..
Sebenarnya ada train kecil yang akan bawak kita round2x taman ni..tapi asyik penuh jer..then kami jalan kaki jela.. lagipun reramai kan.. takda la terasa sangat. Nyaman lagi adalah. Tempat yang pertama kami pergi adalah water park. Malangnya salah seorang dari kami xdapat main sebab tidak memakai pakaian yang ditetapkan..jadi korang kenalah pakai pakaian yang sesuai. Lelaki kena pakai seluar pendek. Perempuan kena pakai legging. Kesimpulannya pakai baju renang yang bersesuaian.
Disebabkan kejadian itu kami ke Lost World Petting ZOO.. best sesangat kat sini sebab semua haiwan ini bebas.Tapi, bella takut binatang!!! Jalan2x lalu tepi pokok ada ular.. Maakkkkkk!!! menjerit saja kat sini.Terdapat beberapa bahagian utama di Lost World Petting Zoo ini.. ada  :-
  • Ruby And Friends.Kat sini terdapat seekor Raccoon yang sangat manja yer..kalau korang bagi dia makanan la. hehhehe kalau x bagi makan x manja la dia. 
  • Rabbit Wonderland.Sini plak ada Rabbit la.Arnab.Sesuai sangat untuk kanak-kanak cuba bagi arnad ni makan.Sebab arnab ni tak bahaya and manja.
  • Bird Paradise pula banyak burung yang terlalu la jinak. Bella lama kat sini.Beli banyak makanan burung dan cuba bagi makan. My dear bella excited sangat sebab burung yang sangat besar hinggap kat tangan dia. Bella cuba la pegang..berat pastu cengkaman kaki dia tu tajam juga.
  • Sepentarium adalah tempat terkumpulnya semua jenis ular..kecil,besar semua ada..eyuwww..
  • Tortoise Kingdom boleh tengok kura-kura gergasi dari negara luar.
  • Marmoset Tree House haiwan yang berbadan hitam dan bertelinga putih.Duduk di atas pokok,Kecik macam tupai+monyet.Lebih kurang la.
  • Rain Forest Trail adalah tempat dan jalan ke semuanya la.

Seterusnya kami ke Water Park!! kat sini penuh dengan keriangan bersama air.. Syokk sesangt!! tapi bella x tau berenang tapi still nak main air juga sebab tersangat la best dan cantik. Kat sini pun ada beberapa bahagian:-
  • Jungle Wave Pool kat sini adalah Jungle Wave Pool yang terbesar di Malaysia.Kekadang juga..ombaknya boleh mencapai sehingga ketinggian 3m.
  • Sandy Bay pula adalah pantai ciptaan yang mempunyai pantai ataupun pasir yang sebenar.
  • Adventure River pula macam lorong buatan ataupun sungai buatan paling best melaluinya dengan pelampung.. round2x kat dalam ni.
Kat sini juga ada Lost World Tiger Valley. Disini korang bolehlah bermanja-manja dengan harimau ni.
Get up close and personal with our very own Siberian Tigers. Be amazed by their agility and strength and be awed by our brave tiger rangers!. Kawan bella sorang je yang masuk dalam pegang harimau ni. Kami x pergi. Sebab kena tunggu time show time. Hmmm macam buang masa. Tapi kalau tunggu pun berbaloi kan.. pegang harimau tuu... I want Touch THe Tiger!!!

Inilah Hot Spring nya. Sepatutnya mandi time malam la kan.. Tapi kami belasah je mandi siang hari. Ala2x spa la konon. Katanya air kat sini menggunakan air mineral. Disini pulak terbahagi kepada
  • Crystal Pool namanya crystal sebab tiles nya diperbuat daripada crystal. Tiles crystal ini akan memantulkan cahaya matahri jadi nampak macam pool ni awesome la. Bila malam plak pool ini akan dihiasi ngan lampu2x yang menarik dan membuatkan anda feel relax gitew.. Korg juga boleh reserved pool ni private untuk korang je. Best kn? kena cuba time malam plak ni.
  • Foot Spa  The Foot Spa is a unique pool of reflexology pebbles fitted to the floor. Visitors can walk on the pebbles while enjoying the hot springs water soothing their feet. It cleanses the body of toxins and impurities and also stimulates the production of endorphins, leading to an improved immune system and sense of well-being.
  •  Lost World Steam Cave Korang boleh rasakan pengalaman spa disini juga. Panas kat sini. Ia bukan sahaja bertindak sebagai sauna tetapi juga membersihkan kulit kita dan menjadikan kulit kita bersih dan segar. 
  •  Saphira’s Lair is specially created for children, portraying a virtual world complete with luminous and colorful light to illuminiate the glowing rain forest. When the sun sets in the evening, the luminous lights take its place at the Lost World Hot Springs and Spa. Not only children get to spend quality time with their families and friends too can benefit from the hot springs water and its healing properties.
  • Crystal Spa is a spa facility where visitors can enjoy body therapy at a nominal charge. The spa offers aromatherapy and head & shoulder massage within the privacy and comfort of your own massage hut. Treat yourself to an invigorating massage of your choice and feel rejuvenated from the inside out. Crystal spa is open from 3pm – 11pm.
  •  The Geyser of Tambun sprout thermal hot springs water 40 feet up and will tremendously impact a pleasant surprise as it erupts every hour. With subtle lighting effects it excludes a beautiful experience for those who visit at night.
  • Top Of The world Pool  Right at the very top of the Lost World Hot Springs & Spa sits the Top of the World Pool. This pool is a jacuzzi pool with pampering massage water jets that allows a full range of therapeutic hydro-massage for muscles, joints and pressure points.
  • Infinity Pool Pool ini plak dia dicipta sejibik macam spa yang sebenar.Ia juga dapat memuatkan 300 orang dalam satu masa.Time korang beremdam tu.. kalau korang senyap je. Korang akan rasa sangat nyaman dan tenang sebab berdekatan pool ini ada air terjun, jadi hanya deruaan air je korang akan dengar time berendam. Tak best kew? 

Kalau korang nak g..jom check it out harganya.
Ticket Price
Adult : RM48 nett per person
Children : RM41 nett per person
Child below 90 cm in height : Free of charge
Group package is available with minimum number of 30 persons (advance booking is required)
Park Operating Hours
Monday-Friday : 11:00am-6:00pm
Saturday & Sunday : 10:00am-6:00pm
School & Public Holidays : 10:00am-6:00pm
Park CLOSED every Tuesday except during Malaysian School & Public holidays
Lost World Hot Springs by Night Operating Hours
Open daily : 6:00pm-11:00pm
Address : No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 605 542 8888
Fax: 605 542 8899
Email : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : www.sunwaylostworldoftambun.com
  Best giler kot. Bella rasa lost of tambun ni sangat lengkap dan best. Semua ada. Mini zoo, theme park, air sejuk, air berombak, pantai dan hot water.Apa tak best??Sampai ada yang bella x review pun kat sini. Penat. Pas ni maybe bella akan pergi sekali lagi untuk tido kat sini.Malam leh la berendam sampai kecut. Bestnya!!kan???
Ok la.. sampai disini dulu..
Daa..da... Bye2x. Ikhlas. Isabella Idura.
 

Wednesday

Bercuti Ke Cameron Highlands

Helloooo... salam semua. Hari ni bella nak share sal Cameron Highlands yang terletak di Pahang. Sangat Popular la tempat ni. Bella dah pergi banyak kali. Hehehehe... syok kot. Dulu pergi sejuk...tengah hari pun sejuk.Malam lagi la.. bercakap kuar asap. Ingat hantu folow rupanya asap keluar dari mulut. Maklum la ne pernah g negara sejuk.

Tempat yang bella rasa amat menarik pasal Cameron ni adalah:- 
CUACAnya yang sejuk dan amat damai..Bella pernah pergi dengan kengkawan untuk menyambut hari jadi kawan kami nassar.Time ni suasana memang sejuk. Ubat gigi..syampu semua keras.. Mandi pagi hu mak aiii... mengigil-gigil. Pastu makanan bawa banyak mana pun x cukup. Asyik lapar je kejenya.Time ni bella duduk di apartment saja. Ala2x asrama macam tu.

Malam tu kami ada aktiviti bakar ayam.. Banyak sangat kami bakar dan sangka x abis la. Malam tu mmg full. Banyak yang membazir. Then pakat2 bungkus la bawak balik asrama. Giler.. x sampai 1 jam semua lapar balik. Ayam sejuk tu dirasakan terlalu enak ok.. hahahaha... sejuk jadi lapar la. Masa tengah bakar ayam ni..asap kuar dari mulut tau.. over sea sangat.
Apa yang kita ingin perkatakan adalah.. keindahan flora nya.. Dimana-mana pun tumbuhan yang segar ni boleh hidup. Tepi longkang dan jalan pun bunga-bungaan ini kelihatan amat cantik dan menarik. Rasa nak bawak balik je semuanya. Perbelanjaan di atas bukit ni lebih kepada membeli buah-buahan dan bunga-bungaan.Cantik sangat..x tahan...
Sape pun yang naik ke Cameron Highlands mestilah pergi ke ladang strawberry, ladang tomato,ladang bunga rose, bunga daisy dan macam - macam lagi keindahan tanaman. Cameron je la korang dapat petik dan rasa strawberry yang manis dan sedap. Bila bawa turun... Masam dah..hmmm...Ya..Strawberry juga adalah salah satu tarikan ke sini.

Bella suka sangat kat sini.Ada cactus gergasi tau. Sangat menarik.Bella rasa nak bawa balik je. Makin besar cactus tu makin mahal tau. Tapi bella ada beli cactus kat pasar je. Murah dan bila bella bawa balik hidup segar ok.. Beli dekat kedai yang gah dan mahal x hidup pun. Betul..


Ladang Teh yang sangat luas dan awesome. Kalau di Malaysia..kalau x naik cameron highlands.. tak jumpanya yer ladang teh kt Felda Gedangsa atau Baling yer.. Kat cameron highland je la korang jumpa. Ladang teh yang luas dan sangat mendamaikan..

Apa lagi..harusla cuba pelbagaian teh disini..Malangnya mahal sangat!!! adui..mesti sekarang lagi mahal. Minyak naik. GST bagai. Adui..


Penginapan pula..bella menginap di Equatorial Hotel Cameron Highlands. Nice. Betul2x tepi pasar. Pergi pasar jalan kaki je. Dari bilik bella pun nampak pasarnya.

Biliknya besar dan cantik. Siap ada mineral water lagi. Complete. Terasa sangat nyaman. Pastu ada balkoni lagi. Dapatlah tengok view yang awesome tu.

Bawah hotel tu ada macam tempat rehat dan reakreasi la..untuk lepak2x..tapi kalau nak main permainan tu kena bayar la kot. Kitaorang x try pun sebab dah nak balik.. saja pose2x je. huhuhu..

Abis berposing jom la kita melawat kawasan sekitarnya pula.. yang terdekat dengan Hotel ni adalah pasar malam berinchang.


Memacam ada.. highlight kat sini boleh la beli kaktus. Bella beli kat sini..hidup segar tau. Jaganya senang je. Kebanyakkan barangan dijual kat sini bermotifkan strawberry dan tumbuhan...

Nilah kaktus yang bella ngan kawan bella beli tu. Segar hidup ok. Beli la sekali ngan baja dia. Tips..korang jangan beli kaktus yang banyak daun. Beli yang x banyak daun. Batang2x je. Tu senang hidup. Kaktus kat tepi jalan ni lah..satu satunya kaktus yang bella beli..dan jaga dan semuanya hidup segar. Sebelum ni, semua mati.Sedih...


Ada juga madu asli. Dorang yang jual ni siap ajak kami rasa lagi. Rasa je la.. tapi waktu tu xda sebab nak beli. Sekarang ni rasa perlu beli plak. Orang kata elok campurkan ngan telur ayam kampung, senang nak ngandung. hahahha...

Dah abis shopping, duit pun habis la.. then jom la kita ke bank cucuk duit. Jejalan jumpa plak kedai ni. My dear plak yang excited. "Daling...cepat..tangkap pic. nama daling tu". Ok.. hahahaha..kelako.
Nasib tutup. Kalau tak dah lama try..

Tudia.. punya la penuh orang nak ambik duit. hahaa.. yela. nak shopping sakan ni. Pastu pe lagi turun balik la...kita.


Nampak orang ramai kat tepi jalan..singgah jap la tengok apa yang menarik pastu boleh kita beli. Owh tembikai rupanya..Tembikai rock. Tapi dia jual murah la. Memasing beli seorang 5ketui. Dah kata murah. Penuh plak kete..

Pastu harus la rasa air teh dari ladang teh kan.. Jadi kami pun singgah di cafe tepi jalan tu.


Teh sedap tau... setakat ni kami rasa air teh dan makan kek sahaja. sebab dah kenyang makan buah-buahan..

Ok guys..setakat ni dulu bella nak share...sebab kebanyakkannya mesti dah tahu apa bestnya cameron kan.. ok ...bye2x. love you all.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari