SERONOK KE LOST OF TAMBUN?

Salam semua... Hari ini Bella nak bawa korang semua menjelajahi dunia keriangan kanak - kanak. Jom kita ke Lost Of Tambun di Perak.   S...

Salam semua...

Hari ini Bella nak bawa korang semua menjelajahi dunia keriangan kanak - kanak. Jom kita ke Lost Of Tambun di Perak.  SERONOK KE LOST OF TAMBUN? ni? Bella pun baru pertama kali ke sini. Jadi, bersama - samalah kita ambil tahu yer. 


SERONOK KE LOST OF TAMBUN?

LOST WORLD OF TAMBUN ni, korang pernah pergi tak? atau pernah dengar tak mengenai tempat ni? Orang perak mesti tahu kan? Lepas ini, selain daripada keriangan Sunway Lagoon, korang bolehlah ke Perak untuk merasai keriangan Lost Of Tambun pula. Bella pun tak sabar nak tahu. Seronok sangat ke Lost Of Tambun ni. Jom2x.

berseronok di lost of tambun

Bella gerak dengan kawan - kawan bujang Bella. Tema kitaorang hijau. hehehe.. Bella pakai hitam. Bising semua member - member. Bella kata, apa yang penting tudung. Kalau tudung merah, tak jadi juga kan? Relax dan enjoy! Dalam tengah hari tu kami sampai di Lost World Of Tambun. Seronok sangat - sangat sebab dapat berkumpul ramai - ramai dengan kawan - kawan baik semua. Have fun betul. Kami pergi drive dari KL. Tapi, untuk pengetahuan, korang boleh naik pengangkutan awam. Naik ETS. ETS ni under KTM memang ada perjalanan ke IPOH dengan harga RM25. Korang boleh pergi ke Lost World of Tambun. Perjalanan mengambil masa 2 setengah jam sahaja. Dalam kereta api ini siap ada jual makanan lagi, kalau tak sempat nak makan sebelum bertolak. Cuma tak ada air sejuk je. Semua air panas. Lepastu dari stesen kereta api, korang kena naik bas atau teksi ke Lost World Of Tambun.

cara ke lost of tambun

Kitaorang drive. Jadi pertengahan jalan kitaorang berhenti sekejap. Meluruskan otot si pemandu. Tambahan pula, kami bergerak secara berkumpulan. Jadi, sebelum sampai, haruslah kumpulkan semua ahli dulu. Barulah Happening!!. Walaubagaimanapun!!! (ko ada guna perkataan ni?hehehe) ada jugak kereta yang tersasar dan terlepas. Aduii... Biasa kan benda macam ni berlaku. Buatlah macam mana pun mesti ada je yang sesat. Bagi yang sesat tu, kami suruh saja mereka memandu menuju ke Ipoh. Senang je nak cari tempat ni sebenarnya.

berseronok di lost of tambun

Akhirnya, jumpa juga kami semua satu tempat. Apa lagi tunggu lagi??? Jom kita zoom in ke dalam.

SERONOK KE LOST OF TAMBUN?

Masa masuk ke dalam ni, kami semua terus terjun kolam. Kebetulan, ada member tak bawa seluar renang. Jadi kesiankan dia, kami pun sepakat pusing Lost Of Tambun ini dulu. Sebenarnya ada keretapi kecil yang akan bawa kita pusing - pusing taman ni. Tapi asyik penuh jer, jadi kami jalan kaki jela. Lagipun jalan ramai - ramai kan, takda la terasa sangat. Nyaman lagi adalah. Jadi, peringatan untuk korang. Pakailah pakaian yang sesuai. Lelaki kena pakai seluar pendek. Perempuan kena pakai legging. Kesimpulannya pakai baju renang yang bersesuaian.

SERONOK KE LOST OF TAMBUN?

Disebabkan kejadian itu juga kami ke Lost World Petting ZOO.. Seronok juga dekat sini. Sebab semua haiwan ini bebas.Tapi, Bella takut binatang!!! Jalan - jalan lalu tepi pokok ada ular. Maakkkkkk!!! menjerit saja kat sini.Terdapat beberapa bahagian utama di Lost World Petting Zoo ini.. ada  :-
  • Ruby And Friends.Kat sini terdapat seekor Raccoon yang sangat manja yer..kalau korang bagi dia makanan la. hehhehe kalau x bagi makan x manja la dia. 
  • Rabbit Wonderland.Sini plak ada Rabbit la.Arnab.Sesuai sangat untuk kanak-kanak cuba bagi arnad ni makan.Sebab arnab ni tak bahaya and manja.
  • Bird Paradise pula banyak burung yang terlalu la jinak. Bella lama kat sini.Beli banyak makanan burung dan cuba bagi makan. My dear bella excited sangat sebab burung yang sangat besar hinggap kat tangan dia. Bella cuba la pegang..berat pastu cengkaman kaki dia tu tajam juga.
  • Sepentarium adalah tempat terkumpulnya semua jenis ular..kecil,besar semua ada..eyuwww..
  • Tortoise Kingdom boleh tengok kura-kura gergasi dari negara luar.
  • Marmoset Tree House haiwan yang berbadan hitam dan bertelinga putih.Duduk di atas pokok,Kecik macam tupai+monyet.Lebih kurang la.
  • Rain Forest Trail adalah laluan dan jalan ke semuanya la.

SERONOK KE LOST OF TAMBUN?

Kami kembali ke Water Park!! kat sini penuh dengan keriangan bersama air.. Syokk sangat!! Tadi mandi kejap je kan. Bella yang tak tau berenang still nak main air juga sebab kolamnya tersangat la besar dan cantik. Kat sini pun ada beberapa bahagian:-
  • Jungle Wave Pool kat sini adalah Jungle Wave Pool yang terbesar di Malaysia. kadang - kala, ombaknya boleh mencapai sehingga ketinggian 3m.
  • Sandy Bay adalah pantai ciptaan yang mempunyai pantai ataupun pasir yang sebenar.
  • Adventure River lorong buatan ataupun sungai buatan. Apa yang paling seronok,  bila korang melaluinya dengan pelampung. Pusing - pusing kat dalam ni.

SERONOK KE LOST OF TAMBUN?

Kat sini juga ada Lost World Tiger Valley. Disini korang bolehlah bermanja-manja dengan harimau ni.

Get up close and personal with our very own Siberian Tigers. Be amazed by their agility and strength and be awed by our brave tiger rangers!

Kawan Bella sorang je yang masuk dalam pegang harimau ni. Kami tak pergi. Sebab kena tunggu time show time. Macam buang masa. Tapi kalau tunggu pun berbaloi kan? pegang harimau tu.

SERONOK KE LOST OF TAMBUN?

Disini juga ada Hot Spring. Sepatutnya mandi masa malam la kan? Baru asyik. Tapi kami belasah je mandi siang hari. Ala - ala spa la konon. Katanya air kat sini menggunakan air mineral. Disini pulak terbahagi kepada :-
  • Crystal Pool namanya crystal sebab tiles nya diperbuat daripada crystal. Tiles crystal ini akan memantulkan cahaya matahri jadi nampak macam pool ni awesome la. Bila malam plak pool ini akan dihiasi ngan lampu2x yang menarik dan membuatkan anda feel relax gitew.. Korg juga boleh reserved pool ni private untuk korang je. Best kn? kena cuba time malam plak ni.
  • Foot Spa  The Foot Spa is a unique pool of reflexology pebbles fitted to the floor. Visitors can walk on the pebbles while enjoying the hot springs water soothing their feet. It cleanses the body of toxins and impurities and also stimulates the production of endorphins, leading to an improved immune system and sense of well-being.
  •  Lost World Steam Cave Korang boleh rasakan pengalaman spa disini juga. Panas kat sini. Ia bukan sahaja bertindak sebagai sauna tetapi juga membersihkan kulit kita dan menjadikan kulit kita bersih dan segar. 
  •  Saphira’s Lair is specially created for children, portraying a virtual world complete with luminous and colorful light to illuminiate the glowing rain forest. When the sun sets in the evening, the luminous lights take its place at the Lost World Hot Springs and Spa. Not only children get to spend quality time with their families and friends too can benefit from the hot springs water and its healing properties.
  • Crystal Spa is a spa facility where visitors can enjoy body therapy at a nominal charge. The spa offers aromatherapy and head & shoulder massage within the privacy and comfort of your own massage hut. Treat yourself to an invigorating massage of your choice and feel rejuvenated from the inside out. Crystal spa is open from 3pm – 11pm.
  •  The Geyser of Tambun sprout thermal hot springs water 40 feet up and will tremendously impact a pleasant surprise as it erupts every hour. With subtle lighting effects it excludes a beautiful experience for those who visit at night.
  • Top Of The world Pool  Right at the very top of the Lost World Hot Springs & Spa sits the Top of the World Pool. This pool is a jacuzzi pool with pampering massage water jets that allows a full range of therapeutic hydro-massage for muscles, joints and pressure points.
  • Infinity Pool Pool ini plak dia dicipta sejibik macam spa yang sebenar.Ia juga dapat memuatkan 300 orang dalam satu masa.Time korang beremdam tu, kalau korang senyap je. Korang akan rasa sangat nyaman dan tenang sebab berdekatan pool ini ada air terjun, jadi hanya deruan air je korang akan dengar time berendam. Tak best kew? 

SERONOK KE LOST OF TAMBUN? Bagi Bella, sangat seronok dengan tempatnya yang bersih. Binatang yang jinak - jinak. Air sejuk ada. Panas pun ada. Pantai ada. Kolam renang ada. Sangat lengkap dan sangat menyeronokkan. Kalau korang nak pergi, Jom check it out harganya. Maklumat lanjut :-


HARGA TIKET 
Adult : RM48 nett per person
Children : RM41 nett per person
Child below 90 cm in height : Free of charge
Group package is available with minimum number of 30 persons (advance booking is required)


WAKTU BEROPERASI

Monday-Friday : 11:00am-6:00pm
Saturday & Sunday : 10:00am-6:00pm
School & Public Holidays : 10:00am-6:00pm
Park CLOSED every Tuesday except during Malaysian School & Public holidays


Lost World Hot Springs by Night Operating Hours

Open daily : 6:00pm-11:00pm
Address : No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 605 542 8888
Fax: 605 542 8899
Email : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : www.sunwaylostworldoftambun.com


IKHLAS DARI BELLA IDURA, SEMOGA BERMANFAAT.
 

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.