Aktiviti
Idea Cantik
Kongsi Sikit
Rasa hatiku:'(
Kejutan Hari Jadi
11 November
Sebelum ni Bella ada kongsikan mengenai idea, macam mana nak buat kejutan untuk majlis hari jadi. Sekali lagi Bella nak kongsikan idea yang paling berjaya. Kali ini kejutan ini dibuat di FND MINDSPOT . Tempat yang sangat menarik dan paling penting, owner dia baik sangat. Banyak permintaan Bella ditunaikan. Nak tahu tak kali ini, Apa Kejutan Hari Jadi yang Bella buat? Surprise!!
Tempat ini dipenuhi dengan permainan - permainan yang menguji minda. Macam-macam permainan yang korang tak pernah jumpa dan main korang akan jumpa kat sini. Paling terbaik, barang-barang permainan tu ada saiz dari kecil sampai yang besar. Sekarang kan budak - budak banyak yang main online game. Cubalah datang sini. Sekurang-kurangnya korang boleh merapatkan hubungan dengan anak - anak ataupun kawan - kawan. Sekarang komunikasi sangat kurang. Rancak dekat FaceBook, Wechat, Whatapp, dan macam - macam lagilah. Bila jumpa sembang depan - depan dian kan? Jadi, inilah masanya kita saling bergelak ketawa dan bersembang.
Bella buat kejutan hari lahir dekat sinilah. Idea ini memang amat sesuai untuk korang yang duduk rumah sewa ataupun takda tempat nak celebrate. Owner FnD Mindspot ni baik sangat. Masa nak sambut hari jadi ni, Maharaja Lawak final pula. HB mati - mati tak nak keluar rumah nak tengok Maharaja Lawak Final ni. Bella minta tolong dekat Owner FnD untuk langan astro warna khas untuk HB. Sini memang ada astro, tapi takda dipasang saluran 132 tu. Terharu. Sebab owner langankan untuk Bella. Terima kasih FnD Minspot.
Masa nak buat dan aturkan majlis ini, memang susah. Sebab Jauh dari tempat Bella. Nasib baik kawan Bella, Nasar yang banyak tolong. Balik kerja saja kami pergi cari barang - barang semua. Kena fikirkan nak letak kek dekat mana, nak ajak siapa, apa lagi yang kena sediakan, Semua kena buat sembunyi - sembunyi. Sampai merajuk dan bergaduh Bella dengan Nassar. Cake F n D boleh simpankan. Sebab kat sini ada peti ais dan cafe kecil. Jadi air Bella order je kat sini. Konsepnya macam rumah. Cute kan?
Masa nak bawa HB datang sini paling susah. Dia kata nak balik cepat ni, kita kena pergi kedai yang ada astro. Puiii!! tu je yang disibukkan nya. Bella kata jom nak jumpa kawan jap. Masa ni Bella dah pesan kat semua member - member Bella, korang letak kereta jauh - jauh tau. HB, kenal sangat dengan kete kengkawan,nanti tak pasal - pasal kantoi. Masa nak cari parking tu pun Bella dah pesan parking dekat - dekat je. Tak yah jejauh. Bergaduh jugalah.
Tempat ini di tingkat dua, Jadi HB suruh Bella jumpa membe sorang - sorang dan dia nak tunggu je dalam kereta. Aduii, masalah ni. Kalau HB tunggu bawah jer, tak jadilah kejutan ni. Bella paksa dengan berbagai alasan. Masa nak paksa dia tolak pintu tu, Bella pura - pura yang pintu kedai ni sangat berat dan susah nak buka. Jadi HB tolak la pintu tu dengan perasaan marah. Pastu kawan-kawan Bella semua jerit surprise!!! sambil pecah kan belon la, dan berbagai alat khas untuk party hari jadi.HB? muka dia?? marah + sangat terkejut!! Berjaya!!!
Semua member - menber pujuk HB sebab muka dia nampak sangat marah. Tapi dah lama - lama muka dia macam nak menangis pula. Terharulah tu.Korang boleh la cuba idea Bella ni. Kadang - kadang kalau selalu sangat buat kat mah, susah nak jadi kejutan lagi. Mesti besday boy or gurl tu boleh agak la. Carilah kelainan dengan sambut disini pula.
Sampai sini dulu perkongsiaan Bella..harap berguna la yer.. bye2x.
1 ulasan
salam bella..nak tanya ni..maksud bella klik kat link fb tu kan..pastu ada nampak map location dia dekat quill city mall..maksudnya kedai ni dkt situ ke?
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.